:...Melaka Bandar Bersejarah – Part 2b...:

Saturday, January 12, 2013 2 Comments A+ a-

Masih berkisarkan Melaka...so sambungan part 2a bermula...


Sebelum menuju ke destinasi berikutnya, kami sempat posing di sini dulu...
Pasangan romantik la konon haha...semoga kekal selamanya...
Dah macam hero hindustan pulak mak tengok hahhaa


Kota A Famosa
Kalau dah sampai Melaka tak singgah sini memang tak tahu la nak kata apa…for the second time mak sampai bersama my hubby dan pertama kali bersama anak-anak…terlalu ramai orang yang lalu lalang so berjaya tangkap gambar kat sini jer la…tapi ada jugak orang cakap tempat ni keras…bukan sebab batunya tapi sejarahnya…dimaklumkan dulu tempat ni gereja so faham-faham je la kan…
Dibelakang pintu gerbang A Farmosa nie ada gereja yang mak maksudkan tu…banyak sungguh bilangan anak tangga tapi jangan tanya berapa sebab tak kira pun…yang pastinya di tengahari rambang kami memanjat anak tangga yang ada…memandangkan keberatan dah macam lori, nasib baik la my hubby tolong tolakkan…kalau tak sure lewat baru sampai ke puncak…

Di tepi kanan bangunan ni ada makam belanda dan didalam bangunan ni pula ada penutup keranda rasanya…sebab kat atas batu tu dia tulis macam nie… “Disini disemadukan jasad….” nama omputih jadi mak pun tak berapa alert sangat…rasanya tokoh-tokoh dulu-dulu kot..kami just ambik gambar kat tingkap bangunan ni dan diluarnya sahaja…
Dalam bangunan ni jugak ada 1 lubang besar yang bertutup dimana banyak duit syiling dan kertas ada dalam lubang nie…kalau tengok pada pengunjung yang datang, semuanya dok baca senyap-senyap dan sumbat atau masukkan duit ke dalam lubang tu…wish something kot hehehe…

Muzium Istana Melaka
Turun je dari bukit tu masing-masing mencari air sebab cuaca yang betul-betul panas di tengah hari yang panas…lepas berehat ala kadar, kami pun bergerak ke Muzium Istana Melaka…dikatakan muzium ini merupakan replika yang dibentuk berdasarkan buku sejarah dulu…masa sampai tu teruja gile sebab ingatkan memang istana Melaka yang betul sebab ada taman larangan bagai…Bila dah masuk rupanya replika yang dibina…tapi so nice for me…anggap je anda yang berkunjung sedang masuk istana yang betul…
Kalau ikutkan ada 3 tingkat kesemuanya dekat istana ini…tingkat 1 diletakkan sebagai balai rung seri dimana semua pembesar, pedagang, ahli agama, anak raja mahupun pesalah yang mengadap hukuman diletakkan dalam posisi yang sepatutnya seperti gambar ini…di tingkat yang sama juga diletakkan pameran cerita pasal hang tuah dengan hang jebat…disamping pakaian rasmi setiap negeri di semenanjung ini…
Ditingkat dua pulak ada bilik beradu raja….semuanya warna kuning dan bertali dilarang masuk…tapi mak tangkap gambar posisi tepi je la…dekat ruang beradu ni ada sudut macam tempat dia berehat sambil bersantap la lebih kurang…

Ditingkat ini juga ada perhiasan yang dipamerkan cuma yang menjadi tanda tanya mak kenapa semuanya berlapikkan kain kuning hehhee…Di tingkat yang sama juga diletakkan cerita berkaitan kehebatan seorang wanita dalam mempertahankan negeri Melaka…mak tak ingat lak apa namanya..
Di tingkat 3 dalam istana ini pula terletaknya tempah simpanan khazanah…tapi masa mak pergi tu, tingkat tu tidak dibenarkan masuk…maybe takut ada barang yang hilang atau sememangnya dilarang masuk…Lepas je pusing-pusing kami pun keluar dan menuju ke bahagian bawah istana untuk berehat…sebelum keluar ke pintu masuk istana, terdapat beberapa replika istana dari beberapa negeri dan patung pedagang dipersembahkan…ini antara replika yang mak ambil..nama istana ni jangan tanya sebab dah lupa hehe...

Bahagian bawah istana pula diletakkan pangkin dikatakan untuk bermain permainan tradisional seperti congkak, batu seremban…so kami pun berehat la kat bawah nie…maklumla waktu tu pun dah almost ke jam 2.30 petang lebih kurang la…perut pun lapar, kaki pun dah sakit…penat semua ada…

So destinasi berakhir pada pagi sampai petang itu adalah di Medan Selera yang letak betul-betul depan Muzium Samudera sebelum kami berangkat balik semula ke hotel ;)

River Cruise
Untuk malam kedua di Melaka, tanpa menghampakan impian anak-anak buah yang seronok berjalan, mak bawa diorg ke River Cruise…
^0^ wait for the last entry pasal Melaka ^0^

2 Komen

Write Komen
ida =)
AUTHOR
January 12, 2013 at 5:33 PM delete

Wahhhh... river cruise malam2... kami g siang. Siang x cantik. Panas

Reply
avatar
asYDhia
AUTHOR
January 12, 2013 at 10:13 PM delete

malam best, sejuk dan kalau dok paling hujung sure air sungai pun leh merasa hahaha

Reply
avatar

~~ Tabung AsyDhia ~~