:...Aktiviti Bersama Ayah Tersayang ... :

Wednesday, March 25, 2015 0 Comments A+ a-

Penghabisan minggu cuti sekolah, ayah melapangkan diri dan masa demi anak-anak tercinta...mak tersayang membesarkan diri di rumah...memang mak malas nak turun bermain di taman walaupun hanya di bawah kawasan rumah...

Dalam jam 7 petang mak tengok semuanya tak balik lagi...sekali intai dari rumah mak dok pelik...amboiii sampai bersila ko abang layan anak-anak dan kawan-kawan diaorang....tah apa la yang tekun sangat tu dibuatnya...
 
Dalam jam 7.15 petang macam tu, dengar suara anak-anak menjerit dari ruang lif ke depan pintu rumah...bila bukak pintu tengok anak bujang membawakan ini
Rumah semut katanya....tangga dan lantai tak siap sepenuhnya....apa pun kreatif gak mak fikir...janji anak-anak suka....TQ abang layan anak-anak :)

:... Kemajuan Dalam Hasil Mewarna...:

Monday, March 16, 2015 0 Comments A+ a-

Suatu ketika dulu......
 
Hasil tiga bulan persekolahan dan ulangkaji mewarna dirumah....
Tada........ 
Dah sama pulak mak tengok muka Dorra ni dengan anak mak...cuma gambar pegang kucing, tapi dia tentunya pegang kucing....

:... Perubahan Wajah Ringgit Malaysia...:

Tuesday, March 03, 2015 0 Comments A+ a-

Cuti CNY hari tu sempat juga la mak ke Petrosains bawa anak-anak berjalan ke sana...tapi memang ramai warga melayu yang tak balik beraya di kampung rupanya...

Sampai area KLCC dalam jam 11.00 pagi camtu dan dapat tiket masuk dalam area 12.15 tengahari...beratur la mak dengan anak-anak ni nak menaiki Dark Ride...penantian berakhir dalam 45 minit namun nak dijadikan kisah, sampai je turn mak nak naik tetiba ada short circuit lak berlaku pada ride tu...so kami semua diarahkan naik ikut lif...tak dapat la nak naik ride tu untuk balik...

Dalam pusat pameran petrosains mak tertarik dengan pameran mata wang Malaysia...suka tengok mata wang lama generasi pertama...besar-besar kepingannya macam kat bawah ni...
 
Kalau tak silap mak, my mom ada simpan lagi beberapa kepingan duit lama ni...tak pasti nilai yang mana satu...
Matawang generasi kedua...mak membesar dengan menggunakan matawang ini...dalam simpanan mak hanya ada nilai RM1 - RM10 je...my brother ada nilai sampai RM100 tapi nak bodek dia tak kasi...

Dan ini nilai ketiga juga mak ada simpanan dari RM1 - RM50 je la...nilai RM100 tak ada pulak...dapat simpan sekeping untuk 1 nilai pun dah ok kan..boleh tunjuk ke anak-anak real punya selain dari boleh google kat tenet...  
 Sekarang kita semua guna RM macam bawah ni...meriah warnanya...kalau masa tukar duit raya mak akan simpan setiap nilai satu keping sebab masih "keras" kepingannya...lepas ni untuk generasi ke lima tak tahu la wajah RM tu macam mana pulak...
Banyak yang dah baru di Petrosains..tapi kalau nak pergi baik cuti biasa dari cuti umum...ramai hamba allah sampai bersesak-sesak...nasib naik LRT kalau naik keta tak tahu la camni...

~~ Tabung AsyDhia ~~