:...Adab Bertutur Dengan Anak...:
Sebagai manusia biasa yang bergelar ibu, emak, ummi, mama atau mummy dan apa jua gelaran yang dipegang oleh seorang ayah, bila sudah mempunyai anak pasti akan cuba buat yang terbaik dalam mendidik anak-anak dari kecil sehingga la besar...Ingin berkongsi info dalam memperbaiki diri sendiri serta peringatan untuk mak dan my hubby dalam cara bertutur bersama-sama anak-anak...
1. Biasakan bersuara rendah
Anak yang biasa mendengar ibu bapanya bertutur dengan suara yang rendah dan lembut akan lebih berkemungkinan memperoleh watak yang lembut da mulia. Ia tidak mudah berkasar dengan rakan-rakannya dan orang-orang lain. Al-Quran juga ada mengingatkan bahawa bercakap dengan suara yang tinggi adalah seperti 'seekor keldai'.
- Part ni agak mustahil pada mak sebab nada suara mak sangat tinggi terutama bila marah...sampaikan sekarang mak perasan my son pun dah terikut nada tu bila dia bercakap dengan my daughter...In sya Allah mak akan cuba terbaik dalam mengawal amarah serta nada suara mak...TQ my hubby coz tegur sekiranya mak buat juga...dan mak tahu mak mampu ubah walaupun lambat...lebih baik ada dari tiada langsung perubahan...
2. Bercakap dengan Mata-Temu-Mata(MTM)
Hubungan MTM ini memberi anak kecil keyakinan bahawa ibu ayahnya memberi tumpuan kepadanya dan menyayanginya. Ibu ayah yang mengamalkan MTM akan cepat memahami betapa pentingnya hubungan konsentrasi sebagai asas pendidikan & pembangunan anak-anak. Dengan cara MTM ibu bapa akan membiasakan anak-anaknya mudah memberi tumpuan sepenuhnya setiap kali mereka bercakap, belajar atau berfikir.
- MTM selalu mak praktikan pada my kids...setakat ni alhamdullilah apa yang mak terangkan akan diterima oleh mereka walaupun kadang-kadang pelbagai soalan akan muncul semula...paling berkesan MTM ni bila my kids buat salah...dalam menerangkan kepada mereka kenapa, mengapa dan apa jua alasan dalam membetulkan kesalahan, pasti air mata mak akan turun sama...for my kids bila mak dah nangis diorg pun ikut nangis huhu..
3. Bercakap secara positif, optimis dan meransang
Adab ketiga ini ada kaitannya dengan pembinaan asas-asas kemanusiaan dan ketauhidan. Dengan menggunakan bahasa dan nada yang lembut ibu bapa akan membina suasana tenteram dan mulia. Ibu bapa boleh menyatakan aspek-aspek keagungan, kekaguman tentang benda-benda seperti hujan, air, kesihatan, bulan, ikan dan sebagainya yang memberi tanda kebesaran Tuhan.
- Alhamdullilah my son banyak belajar tentang perkara ini...apa itu bulan, bintang, matahari apa jua yang dicipta olehNYA mampu difahami...cuma untuk lebih memahamkan my kids, mak perlu kesabaran yang tinggi dalam menerangkan segala yang ALLAH ciptakan di muka bumi ini...
4. Adab memuji Allah swt
Setelah anak dapat memerhatikan keindahan dan kesempurnaan sesuatu perkara serta berpandangan positif atas setiap kejadian, maka perasaan syukur dan pujian harus dihadapkan kepada Allah SWT yang menjadikan makhlukNya. Antara latihan ialah mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar dan seumpamanya.
- Mak perasan selepas sedawa my son akan ucapkan alhamdullilah..setiap kelakuan yang dirasakan salah jika dibuat dia akan berkata "nanti ALLAH tak sayang"...dan now mak dan my hubby dalam proses membentuk dia untuk bersolat walaupun hanya 1 waktu sehari...mak nak my son tahu as umat islam WAJIB kita buat apa yang disuruh olehNYA dan jika mendapatkan sesuatu perlu bersyukur kepadaNYA...
5. Adab silaturrahim
Adab silaturrahim sangatlah penting kerana anak yang cerdik harus juga menjadi anak yang mulia. Ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik iaitu sentiasa buat baik dengan orang, suka menolong, ghairah dalam kerja kebajikan dan kemasyarakatan akan mencorakkan anak sedemikian juga. Anak-anak kecil yang membesar dalam suasana yang kaya dengan penghayatan itu akan lebih berkemungkinan untuk membina budaya silaturrahim dan menjadi orag-orang yang disayangi dan dihormati oleh orang lain.
- Alhamdullilah adab ini dari kecil mak percaya semua parents terapkan...dan alhamdullilah my kids bila berjumpa dengan saudara mara or kawan-kawan mak insya allah akan bersalam...suka menolong buat masa ni mak rasa my kids ikut mood diorg...kadang-kadang bila minta baru membantu kadang-kadang bila disuruh baru dibuat...maybe semua ini mengambil masa sebab my kids baru 6 tahun ke bawah...insya allah mak dan my hubby akan cuba yang terbaik...
Semoga setiap adab bertutur ini dapat mak terapkan dalam kehidupan kami seharian dalam mendidik anak yang masih suci dan bersih...semoga ALLAH permudahkan urusan kami membentuk anak yang soleh dan solehah serta menjadi ibu bapa yang mithali ameennnn
^0^ terima kasih kepada sumber info dari Majalah Pa & Ma,
Disember 2012 ^0^