:...Happy Birthday 6 Years...:

Saturday, November 30, 2013 2 Comments A+ a-

Selamat hari lahir sayang mak...semoga menjadi anak yang soleh, mendengar suruhan agama dan perintah ALLAH, patuh pada ibu bapa, keluarga dan dikurniakan kesihatan yang baik, kepandaian yang bijaksana dan berjaya dunia akhirat...
Now sayang dah besar dah nak masuk sekolah darjah satu pun tahun depan...so mak doakan sayang berjaya dunia akhirat mengikut landasan ALLAH dan menjadi seorang anak, abang yang terbaik untuk mak dan ayah serta adik or adik-adik (in case ada adik lagi nanti)...

Belajar untuk lebih bertolak ansur dan kurangkan sikap merajuk, angin tsunami tu dan selalu menunaikan solat... Mak dan ayah kagum pada sayang dalam umur 6 tahun ni sayang mampu mendengar semua arahan mak dan ayah tanpa bersungut mahupun meninggikan suara (sesekali tu ada la)... tapi mak dan ayah sentiasa bersyukur dengan perkembangan pembelajaran sayang...dan paling mak dan ayah bersyukur sayang tidak memberontak bila mak dan ayah suruh sayang bersolat...mak dan ayah syukur sangat-sangat...mak dan ayah doakan agar tanggungjawab ini sayang laksanakan sehingga hujung nyawa amin...

Doa mak dan ayah serta adik agar sayang terus menjadi abang a.k.a pelindung terbaik buat adik dan mak ayah...mak dan ayah akan terus berdoa dan mak dan ayah harap sayang akan terus berusaha menjadi insan yang paling berguna di muka bumi ALLAH ini dan sentiasa bersama keluarga tercinta...

Mak dan ayahkan doakan juga kesihatan sayang agar sentiasa sihat dan kehidupan sayang dirahmati olehNYA... dunia dan akhirat....Mak dan ayah bersyukur kerana pada tarikh ini mak dan ayah bergelar sebagai seorang ibu bapa :D .... 

Syukur dengan segala pemberian dariMU YA ALLAH...akan kami pertahan dan menyemai pemberianMU ini ke jalan yang DIKAU redhoi amin....

:...Persiapan Goodies Bag Untuk Kawan-kawan...:

Wednesday, November 27, 2013 2 Comments A+ a-

Hari jadi anak bujang mak dah almost dekat...macam-macam dia request tapi selagi mak dan ayah mampu mak dan ayah akan tunaikan...kalau tahun lepas kami sediakan goodies bag yang agak meriah untuk sambutan hari lahir 5 tahun, tapi kali ni persiapan untuk goodies bag mak buat ringkas jer... Kalau ikutkan kehendak dia, dia nak buku color transformer, air dan biskut atau kek untuk kawan-kawan...

Memandangkan buku color tu mak tak jumpa walaupun satu chow kit mak mencari akhirnya mak tukarkan dengan barang ini sahaja...
Lima item dalam satu goodies bag yang mak rasa amat bermakna...nak pulak anak mak dah nak masuk darjah satu so baik mak belikan sesuatu yang boleh digunakan oleh semua kawan-kawan dia nanti...walaupun pada mak murah tapi berguna...

Jadinya sabtu dua minggu lepas kebetulan my hubby tengah cuti sem, kami pakat-pakat masukkan kesemuanya dalam goodies bag...
Sementara my hubby dan bakal beday boy melaksanakan kerja, my daughter pulak sibuk bermain :)
Gambar atas tu bila dia dah boring main sorang-sorang baru dia tolong...tapi setiap kali tangan dia masukkan barang-barang dalam beg plastik merah tu setiap kali itu la mulut dia menyanyikan lagu beday to you...

Sekarang dia pulak bertanya birthday dia bila dan nak buat jugak...my daughter sayang kita buat masa awak masuk tadika ya :)

:...Exam Day Tahun Satu...:

Monday, November 25, 2013 0 Comments A+ a-

Finally our son akhirnya menjejakkan kaki ke Tahun Satu di sekolah area rumah...pada 16 September yang lepas merupakan hari pertama my son berbaju sekolah rendah...Hensemkan ^-^
Ni sebelum ke sekolah...tangkap gambar sikit bersama our daughter...
Kami sampai kat sekolah area jam 7.50 pagi...so dah banyak parents and anak-anak yang ada...kat satu sudut papan kenyataan ada tertera senarai nama anak-anak dan alhamdullilah allah permudahkan urusan mak hari tu...my son duduk di kelompok warna oren dengan nombor empat...so ini la situasi semasa mengambil kertas slip pendaftaran peperiksaan dan kad pergigian...
Lepas settle ambik kad gigi dan borang, kami masuk ke dewan sekolah untuk dengar taklimat pulak..sambil isi borang sambil tengok muka anak yang macam cuak jer...
tapi sebenarnya mak yang lebih cuak dari anak hehe...

Semua parents diterangkan tentang cara sistem baru untuk penilaian anak...sekarang tak ada gred A - E tapi yang ada band 1 - 6... kalau anak dapat 6 hati parents sure bangga...kalau band 1 kena usaha banyak..dalam jam 10.30 camtu anak bujang mak dipanggil untuk melaksanakan peperiksaan yang merangkumi tulisan dan lisan...

Sementara waiting dia settlekan exam, mak pun settlekan dokumen sekolah dia termasuk yuran...semuanya mak bayar RM93.00 termasuk PIBG dan lencana nama rasanya...lepas semua dokumen lengkap, barula parents dibenarkan ambik buku teks...ada 18 buah, 10 buku aktiviti dan 8 buku teks...
Lepas tu mak beli lencana sekolah dan tali leher....
Sekarang ni semua hal sekolah mak dah lega cuma nanti bulan Disember kena pergi beli kelengkapan sekolah dan buku latihan sekolah termasuk t-shirt dekat koperasi sekolah...semoga semuanya dipermudahkan Amin....

:...I ♥ Drawing...:

Friday, November 22, 2013 0 Comments A+ a-

Kali ni my son lukis keretapi dan beberapa robot...so semakin minat dia melukis macam ayahnya melukis...tapi ayah lagi hebat mungkin...insya allah one day nanti sayang mak pun akan hebat macam ayah ^_^

:...Super Women...:

Wednesday, November 20, 2013 0 Comments A+ a-

Super women in the house...tapi ada monyok jugak sebab demam waktu ni...ni pun baru balik klinik berdua....macam-macam la ragam anak mak ni...

:...Another B-Daman...:

Sunday, November 17, 2013 0 Comments A+ a-

Lukisan terbaru ayah atas request my son...
Hasil tiru b-daman warna putih ini... 
Walaupun ada beza tapi hasil lukisan yang sangat baik pada mak...alhamdullilah dengan kurniaan my hubby yang pandai melukis amin... 

:...B-Daman...:

Friday, November 15, 2013 0 Comments A+ a-

Toys ni mak baru tahu about last month...semuanya sebab anak bujang mak...asyik balik je sebut sampaikan mak cakap apa la benda ni...sekali tengok kat channel astro di 716 rupanya benda ni...
Ok baru mak tahu...mainan ni ada guli...mainan guli yang suatu ketika dulu mak hanya main tanpa sebarang alat tambahan...tapi budak zaman 20an ni main guli pakai robot kecik nie...mak mengalah jugak la sebab mak belikan jugak dia hari tu...sebabnya tak tahan dengar dia membebel...so mak beli kat BIG AEON dengan harga RM10 satu..

Tadi tengahari mak mencari barang-barang goodies dia dah mak baru tahu harga b-daman ni tak sampai rm10 pun...jadi la nak buat main...nak beli original mak tak mampu...nasib baik anak bujang tak kisah...so hari ni ada empat ekor b-daman nie..


:...Sesi Ulangkaji...:

Wednesday, November 13, 2013 0 Comments A+ a-

Sesi ulangkaji bermula...maklumla 16hb November 2013 merupakan tarikh keramat for my son sebab first time nak exax untuk ketahui kedudukan kelas darjah satu nanti..kat sekolah tadika mak tak sure dia ada exam ke tidak tapi kalau kelas mandarin mak tau dia ada...will update buku empat untuk kelas mandarin nanti...

Malam tadi adalah sesi mengulang kaji kembali huruf A - Z dan macam biasa my son masih keliru huruf G - J sebab bunyi setiap huruf mak perlu sama macam dia belajar di sekolah....Kalau perasan tu hasil tulisan huruf a - z kecil dan dia masih sangkut di huruh H besar (kena fokus pada mata marker pen yang dia pegang)...
Bila abang sibuk bukak buku adik pun sibuk jugak...tengok je la gelagat dia pegang pensil colour tu...masih tak berapa betul but dia berjaya warnakan satu bulat dengan elok...gambar mak tak tangkap la ya...my daughter bila mewarna sure ajak mak...so dapat la mak warna kuntum bunga tu...rambut pun dah Dora the Explorer hehe...
  
Semalam dapat la my son buat satu huruf di buku dan satu huruf alif di buku jawi...selebihnya dekat white board dan main...
Alhamdullilah my son ada inisiatif untuk buka buku....hope berterusan sampai dia kerja... dan alhamdullilah sekarang buku anakku dah masuk buku 7...membaca pun dah alhamdullilah...mak puas hati :)

:...Anak ooo Anak...:

Tuesday, November 12, 2013 0 Comments A+ a-

Anak-anak ni payahnya nak jangka apa yang diorang fikirkan...adakah dulu masa mak masih kecil, ibu mak pun pening dengan mak!!! tah la...tapi yang pasti anak-anak ni walaupun kadang-kadang benda dah ada dirumah, tp dikedai or dirumah orang la yang lagi bagus...contohnya macam nie...
Walaupun dekat rumah dah ada sebiji, tapi nak jugak naik...katanya dekat rumah warna kuning tak da warna hijau, biru bagai...kalau la mak mampu nak cat kereta ni dah lama mak spray bagi warna ikut dia nak...bukan takat dia tapi adik pun sama naik...tengok je la gelagat diorang ni...
Macam pandai je bawa motor...tau la hadiah born day umur 3 tahun tak dapat lagi huhu...
Lepas naik motor sibuk nak naik keta lak...
Ini la ragam anak-anak yang mak kena tempuh heheh...

:...Gusti Bersama Ayah...:

Thursday, November 07, 2013 0 Comments A+ a-

Sekarang masa ayah sangat terhad...nak lak kalau dekat-dekat midterm exam nie...tapi alhamdullilah ayah mampu bahagikan masa setakat ini...walaupun kami tak keluar berjalan tapi ayah masih bermain dengan anak-anak...

Memandangkan minat sangat dengan cerita Gajah Biru...so bermain ngan ayah pun dah nak berlakon jadi gajah....
 Tak padan dengan pompuan...lasak macam abangnya jugak...

:...Anmum Toys...:

Monday, November 04, 2013 0 Comments A+ a-

Sabtu lepas mak mencari stok adik untuk sebulan...tengah membelek kotak anmum, tetiba akak promoter tu bertanya nak yang langkah berapa...so mak pun bagitahu nak langkah 4 untuk umur 3 tahun ke atas....so akak tu kasi mak kotak ni dengan mainan ni...
Bila dicantumkan jadila macam ni...benda ni berpusing-pusing bila ditekan pada suisnya...
Tapi anak-anak mak ni pulak anggap benda ni macam kek...siap nyanyi lagu birthday lagi... 
Terlampau suka anak mak nie...so dapatla mainan percuma lagi...alhamdullilah :)

:...Kebolehan Ayah...:

Saturday, November 02, 2013 0 Comments A+ a-

Mak sukar nak tolak kebenaran yang my hubby melukis memang ok...walaupun tak sepakar seni lukis teragung tapi hasilnya nampak apa yang hendak dilukis...Lukisan pertama adalah kami sekeluarga dan lukisan kedua adalah ayam dan itik....

Actually dah lama my son minta lukiskan shark...memandangkan mak ni "pakar" sangat jadi sampai sekarang tak nampak hasilnya...Weekend lepas my hubby penuhi impian my son...so ini la hasilnya...
Hasilnya ada kapal, penyelam, shark,matahari dan buaya...buaya???? hehe...laut pun ada buaya ke...tak pe la dari tak ada ;)

Dah habis lukis, my daughter sempat buat tarian lak kat depan board :)

~~ Tabung AsyDhia ~~