:...Melaka Bandar Bersejarah – Part 2a...:
Sambungan cerita di Melaka Bandar Bersejarah - Part 1 hari tu....lamanya nak update heheh...Selepas menempuh hari permulaan yang agak tidak menyeronokkan di MELAKA ini, itu tidak mematahkan semangat mak untuk membawa my kids berjalan-jalan…kami bertolak dari hotel jam 9.00 pagi dan rezeki kami, kami dapat paking depan belakang je antara my car dengan my mom car…lepas tu kaum adam pun pergi mencari kupon paking…Di Melaka ni paking kereta menggunakan kupon parking dimana beroperasi setiap hari termasuk cuti umum kalau tak silap la…1 jam bernilai RM0.60…so kami pun gores kupon paking tu sebanyak 7 keping bermula jam 10.30 pg – 5.30 ptg di atas dashboard kereta masing-masing…Lokasi kami adalah:
Muzium Samudera
Lokasi pertama jejakkan kami jam 10.30
pagi…dengan berbekalkan hanya RM3.00 untuk dewasa dan Rm1.00 untuk kanak-kanak
kami boleh memasuki kapal ini berserta 2 muzium bersebelahannya…
So teruja my son sebab dapat naik kapal
nie…walaupun diatas darat tapi sekurang-kurangnya merasa naik kapal..so di
dalam kapal ada 4 tingkat kesemuanya, ada bilik tahanan, ada patung pedagang, ada
rempah ratus, ada lukisan peta zaman dulu, ada meriam dan ada juga mata duit lama…
Kat dalam kapal ni tak banyak gambar yang
mak ambil sebab my mom dah bising…my mom tak kasi sebab banyak patung dan ada
anak kecil…so tangkap je la apa yang boleh…
Muzium TLDM (Muzium
Bersebelahan Muzium Samudera)
Lepas keluar dari Muzium Samudera,
destinasi kami adalah di Muzium yang terletak betul-betul di sebelah kanan
kapal (melalui pintu masuk)…dalam muzium ni tak ada banyak sangat yang boleh
dilihat melainkan beberapa jenis kapal pedagang zaman dahulu, ada penyu besar,
ada patung macam kawasan nelayan…time ni my mom dah sakit kaki dan
pening…maklumlah dia tak boleh nak berjalan banyak dan tak boleh kena panas...
So ambik la kesempatan bergambar dengan penyu batu nie...tersengeh jer my kids...yang belakang tu sibuk je nak inteframe hehe...
Mak pun tak pasti kenapa dalam muzium ni ada patung angkasa nie…so layan je la tangkap gambar untuk anak-anak…
Mak pun tak pasti kenapa dalam muzium ni ada patung angkasa nie…so layan je la tangkap gambar untuk anak-anak…
Muzium TLDM (Muzium Terletak di Seberang Jalan-Bersebelahan Medan Selera )
Di muzium ni kita akan lihat banyak
kazanah untuk tentera laut…so disini terdapat senarai Kapten Yang Dipertua TLDM,
koleksi-koleksi baju TLDM, senarai Menteri Pertahanan Pertama sehingga
sekarang, kapal terbang TLDM dan sebuah kapal TLDM yang terletak di luar
bangunan ini…So sapa-sapa yang tak tahu senarai menteri pertahanan boleh la rujuk kat sini k...even pelbagai simpulan dan ikatan tali pun ada...
Cuaca diluar waktu tu memang panas...namun tak mematahkan semangat kami untuk bergambar dan naik kapal ni walaupun tak dapat masuk ke perut kapal….
Kat dalam muzium, barang-barang pameran banyak yang anda boleh tengok dan kadang-kadang boleh terus mempelajari apa kerja TLDM secara amnya...so boleh la posing je pada replika yang ada hehe...
^0^ ok...rehat sekejab...sambung part 2b pulak nanti k ^0^
2 Komen
Write KomenSeronoknya mak jalan2 ;)
ReplyNantikan sambungannya k...berpeluh nak siapkan ♥♥♥
Reply