:...Doa Untuk Anak Cerdik & Pandai...:

Thursday, January 31, 2013 1 Comments A+ a-

Untuk ingatan dan panduan mak dalam mendidik anak-anak...


:...Susu Anak-anak...:

Thursday, January 31, 2013 0 Comments A+ a-

Hasil tuaian di Manjaku tengahari tadi membuahkan hasil yang menyeronokkan buat mak...mak hanya beli 2 kotak annum yg berat around 1kg dan 1 kilo dutch lady...
Bila mak bayar mak dapat hadiah ni yang mak rasa sangat berbaloi hehehe....
One beg by Dumex (yang boleh digunakan selalu on saturday) dengan 2 buku coloring dan aktiviti dari fisher price by anmum...yippie ada buku baru untuk anak-anak...tapi yang pasti sure my son yang akan siapkan hehehe

:...♥ 19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI ♥...:

Thursday, January 31, 2013 1 Comments A+ a-

Sekadar berkongsi dari FB Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim berkaitan Tips Cinta Suami Isteri...so tipsnya adalah:

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.


2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

^0^ Alhamdullilah kesemua tips diatas mak dah laksanakan sebaik mungkin dan akan cuba perbaiki lagi dari masa ke semasa amennn... ^0^

:...Ubat Untuk Tonsil Bengkak...:

Friday, January 25, 2013 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah right now my daughter dah sihat sepenuhnya...but doctor still suruh mak berjaga-jaga...incase in this year penyakit berulang lagi, mak kena bawak ke pakar ENT untuk selanjutnya tapi mak berdoa sangat-sangat supaya itu dijauhkan dari my daughter...

Actually nak story pasal ubat yang mak dapat semasa my daughter bengkak tonsil hati tu...so doktor another klinik dah tukarkan ubat lain iaitu ubat Zithromax yang hanya berkuantitikan 15ml untuk dimakan 5ml sehari, ubat hisap 3biji sehari dan another ubat biji berwarna biru 3biji sehari...ubat bitu tu kena rendam cos my daughter tak pandai nak telan...untuk kesemua ubat ni almost RM65 termasuk kos doctor...but on monday baru mak tahu ubat air tu RM50 termasuk kos doktor...tapi mak happy coz my daughter dah makan banyak macam biasa...dan mak tahu lepas ni nak pergi klinik mana yang lebih baik 

^0^ after this pergi klinik area belakang rumah je la ^0^

:...Peringatan Untuk Diri Sendiri...:

Friday, January 25, 2013 0 Comments A+ a-

Mak dapat mesej ni melalui email oleh kawan opis mak..so dari mesej ni mak harap menjadi peringatan untuk diri mak dalam menjaga anak-anak mak dari kecil hingga dewasa...

Menurut mail tu dia cerita macam nie...ni hasil mak dah translate melalui google sebab sumber in english...

Walaupun kita telah mendengar nasihat banyak kali sebelum ini, ini adalah satu peringatan yang baik kepada semua ibu bapa dan penjaga untuk berhati-hati...

1. Memerhatikan anak anda. Sentiasa tahu di mana dan dengan siapa mereka berada.

2. Mengajar anak-anak anda nama penuh mereka, alamat, dan nombor telefon rumah.
3. Bawa satu gambaran yang terkini anak anda untuk membantu polis atau pengawal keselamatan mencari mereka.
4. Menemani dan menyelia anak-anak apabila mereka menggunakan tandas.
5. Tentukan tempat yang mudah untuk bertemu sekiranya terpisah.
6. Mengajar kanak-kanak untuk mencari orang yang boleh membantu, seperti pengawal keselamatan beruniform.
7. Mengingatkan kanak-kanak supaya tidak kemana-mana bagi memudahkan mencari mereka sekiranya terpisah.
8. Mempunyai perkataan kod khas yang dikenali hanya untuk ahli keluarga. Beritahu anak anda tidak mengikuti mana-mana orang asing.
9. Mengajar anak anda bahawa walaupun dia harus menghormati orang dewasa, jangan sesekali berrcakap dengan orang asing.

Pakar mengatakan 25 minit pertama adalah tempoh yang kritikal apabila kanak-kanak hilang sebagai kanak-kanak mungkin tidak jauh dari lokasi sebelumnya. Tindakan pantas perlu diambil dalam masa ini untuk menyebarkan maklumat tentang kanak-kanak hilang.


Jangan sekali-kali:

1. Hantar anak-anak keluar bersendirian pada waktu malam untuk sebarang suruhan.
2. Biarkan anak anda di kedai mainan atau di tempat lain semasa anda pergi membeli-belah.
3. Tinggalkan anak anda bersendirian di dalam kereta, terutamanya dengan enjin yang masih hidup.
4. Pakaian kanak-kanak dengan pakaian yang mempunyai nama mereka kerana ia boleh menarik orang asing untuk memulakan perbualan dengan anak anda.
5. Biarkan anak anda di kawasan awam di pusat membeli-belah menjangkakan penyeliaan daripada anggota keselamatan.
6. Benarkan anak-anak pergi membeli-belah sendiri tanpa pengawasan orang dewasa.

Syukur buat masa ni semua ingatan diatas insya allah akan mak ikuti...

:...Happy...:

Wednesday, January 23, 2013 2 Comments A+ a-

Happynya bila jadi anak...saat ni apa perlu fikir banyak...janji ada air, keropok, cartoon untuk bikin hati happy...masalah lain biar mak fikir dari langkah masuk rumah sampai keluar rumah keesokkannya janji perut kenyang hehehe...apa pun mak happy coz my daughter dah back to normal...eat also eat hahahaa

:...Gaya Sebelum Tido...:

Tuesday, January 22, 2013 2 Comments A+ a-

Semua orang dah ready nak tdo...abgnya pun dah tdo...tapi boleh dia melaram macam ni....geram je hati ni...huhuhu

:...Class Picture For 5 Years...:

Tuesday, January 22, 2013 0 Comments A+ a-

Story yang dah lama mak perap dalam almari...mak rasa dah tangkap dah gambar ni tapi bila cari tak jumpa pulak...tak pe la mak letak kat sini mana tahu one day kawan-kawan anak mak tahu...so boleh jejak kasih hehehe...

^0^ Setakat ni yang mak tahu nama kawan-kawan my son adalah amy, damia, daniel, alex...yang lain mak lupa la hehee...semoga kalian menjadi kawan sejati k :) ^0^

:...My New Haircut...:

Monday, January 21, 2013 4 Comments A+ a-

Smlm misi memotong rambut bermula untuk my kids...for my son dah biasa sangat but for my daughter this is the first time...(Ya Allah debabnya mak hehehe)
Ingatkan my daughter tak kan duduk statik, rupanya tanggapan mak salah...betapa behaviournya dia on that time...so tak da la potong yang begitu banyak...just buang rambut depan sikit dan samakan rambut belakang sikit....
For my son, mak potongkan rambut dia pendek..so muka happy konon sebab baru lepas potong rambut...
Tapi yang mak ralatnya harga yang dikenakan pada budak-budak berdua ni adalah sama macam orang dewasa iaitu RM15 seorang...so this is the last time mak bawa anak-anak potong rambut disini...kalau my hubby yang nak potong disini no hal...lokasi kedai gunting nie di bawah carrefour wangsa maju...

^0^ pada mak sangat-sangat mahal untuk seorang budak kecil yang berumur 6 tahun ke bawah ^0^

:...Chinese Song...:

Sunday, January 20, 2013 0 Comments A+ a-

Dua hari lepas my son bawa balik cd lagu nie ke rumah...
Dalam kereta lagi dah suruh mak pasang...jenuh nak fahamkan lirik dia...tapi ada la satu dua lagu mak dah dengar masa persembahan convocation hari tu...yang lain mak blur...
Ini antara senarai lagu yang ada dalam cd tu...


^0^ lepas ni hari-hari la dengar lagu mandarin..hope mak pun boleh hafal sama hehe ^0^


:...Pengalaman di Klinik Gigi...:

Saturday, January 19, 2013 4 Comments A+ a-


Petang selasa lalu, mak bawa my son ke klinik gigi coz second gigi dia dah start goyang dan mak tengok dibelakang gigi tu dah ada naik putih-putih macam nak tumbuh baru…orang pesan kalau dah naik macam tu better pergi cabut takut nanti naik berlapis dah tak hensem or cantik..

So mak sampai ke klinik ni pada jam 6 petang…sebelum nak jejakkan kaki kesini, mak rasa semacam cemas termasuk teringat zaman kanak-kanak dulu…bila sebut je ke klinik gigi sure dah menangis sepanjang perjalanan…belum masuk ke bilik doctor meraungnya dah sedepa dengar…belum doctor spray ubat kebas dah nangis macam gigi dah kena cabut hehe…tu kenangan mak la…tapi anak zaman sekarang ni berani dia lain macam…

My son sebelum bawa ke klinik, mak tanya dia berani ke tidak…my son said “tak takut, asyraaf berani”…wah bagus anak mak..pastu dia soal pulak “doctor buat tak sakit kan…nanti dia spray kan kat gigi asyraaf”…then mak tanya sapa cakap doctor spray…dia ckp my hubby yang bagitahu…mak ask again…”ummi buat sakit ker”, my son mengangguk…

Tapi yang mak kagum dengan anak zaman sekarang nie bukan saja berani minta dibawa ke klinik gigi tapi boleh main lagi huhu…Tengok je la gelagat dia sementara nama nak dipanggil…
Mak rasa sangat lama untuk menanti giliran dia…so around jam 6.30ptg nama dipanggil dan tak sampai 10 minit semuanya selesai…hati nak tangkap gambar tapi malu lak rasa…so dapat tangkap lepas gigit dicabut je la hehe…

^0^ now secara rasminya 2 batang gigi susu sudah gugur untuk digantikan dengan tetap heheh ^0^

:...Gigi Sulung Tanggal...:

Friday, January 18, 2013 3 Comments A+ a-

Tak terduga dan tak terlintas yang one day gigi susu my kids akan bersilih ganti dengan yang tetap…sangat-sangat terkejut last week coz my son cakap gigi dia goyang…ingatkan dia main-main dan terfikir tak kan la kejab je dah goyang…mesti makan masa kan…bila mak tengok balik gigi dia, rupanya dah naik yang baru di belakang gigi goyang tu…

Memandangkan hari tu mak di Klang, apa lagi ummi dia la yang proses mencabutkan gigi itu…see so comel…siap macam letak dalam kain kapan jer hahahhaa…mak pun suruh ayahnya pergi tanam gigi tu…bukan ikut ajaran ke apa tapi saja-saja tanam kot-kot naik pokok durian ker hehhee…
 penat rotate tapi still macam nie jugak...sori pada yang nak tengok huhuhu

Balik rumah mak pun surfing la pasal info Gigi Susu Tanggal nie…dan majoriti maklumat yang mak perolehi adalah bila anak masuk umur 6 – 12 tahun, gigi susu akan berganti dengan gigi kekal…makanya mak kena terima hakikat bahawasanya gigi comel anak mak akan berganti dengan gigi yang kekal sehingga anak-anak mak besar…

Mak suka sangat tengok gambar ni sebab gambar ni la gigi yang mula-mula naik dan juga mula-mula tanggal menggantikan yang tetap J
^0^ alhamdullilah my son sangat kuat…tak nangis pun bila dicabut oleh ummi dia hari tu ^0^

:..Ambil Gambar...:

Friday, January 18, 2013 2 Comments A+ a-

Hari bila mak dah lupa tapi pada hari tu senyap sunyi rumah…mentang-mentang la mak tengah tatap blog ni, you all my kids buat kerja dalam bilik yer…patut la mak tengok kamera tak da atas meja rupanya jadi model dalam bilik…
Bila jenguk rupanya ini yang kalian buat erk anak-anak kesayangan mak…nasib baik angle tangkap gambar tu pandai kalau tidak hasilnya tah la…So tatap je la hasil kalian nie yer…sok besar leh tangkap gambar mak dengan ayah comel-comel k J
 ^0^ betapa majunya budak zaman sekarang nie..generasi Z my friend say…lepas ni generasi huruf apa pulak hehe ^0^

:...Tonsil...:

Thursday, January 17, 2013 4 Comments A+ a-

Hari ni sekali lagi mak diuji olehNYA namun mak percaya ada hikmah disebaliknya...mak minta maaf in case mak terlewat mengambil tindakan untuk membawa my daughter ke klinik...semakin hari semakin membuntukan mak dengan tahap kesihatan anak dara kesayangan mak...

Kemarin a.k.a hari selasa, my daughter dah start bernafas ikut mulut...mak ingatkan dia selsema coz cara dia macam ada hingus je...ubat dah diberi namun bila saat dia lena, lenanya tidak panjang...mak masih ok lagi..dan pagi tadi mak terkejut coz sekali lagi dia demam panas selepas beberapa hari dia baru baik demam...

Pagi tadi selepas mendapatkan kebenaran, mak ke klinik dan suhu waktu itu 39 darjah celcius...namun tak ada ubat bontot (peluru) diberikan coz my daughter tak da la terlalu penat kalau tengok muka dia...after bertanya kenapa dan mengapa, doktor tu cakap tonsil dia bengkak tu sebab salur pernafasan dia macam tu...tapi doktor cakap insya ALLAH beberapa hari nanti akan ok...

Bila mak masuk opis balik dan bercerita, kebanyakkan opismate mak cakap solutionnya adalah operation sekiranya memang dia mempunyai tonsil bengkak..bila dengar tonsil mak jadi serabut...serabut yang sangat-sangat dan my hubby memberikan info berguna ini pada mak...

Dalam info tu mak tertarik dengan ini
Mak perasan yang my daughter no 7 ngan no 8 tu ada pada dia...bila tido tu memang berdengkur dan kadang-kadang mak tak tahan dengan bau mulut dia sedangkan gosok gigi selalu huhuhu...no 3 dan no 2 tu ada sewaktu minggu pertama bulan ini...baru terjadi mak rasa...

Antara solution yang mak boleh terima pakai oleh opismate mak adalah jaga pemakanan dia dan kebersihan dia agar dia tak demam, batuk or selsema...yang lain mak tak nak fikir dan mak berdoa sangat yang dia tak apa-apa...tapi menurut info yang diberi solutionnya masih banyak dan mak perlu kuat untuk anak mak..


^0^ mak percaya setiap ujian yang Allah bagi ada hikmahnya dan mak percaya mak mampu dan kuat untuk anak-anak mak ^0^


:...Learn Math Together...:

Wednesday, January 16, 2013 0 Comments A+ a-

Last Saturday,my hubby ada urusan di Jaya Jusco AU, keramat…so my hubby pun bawa la kami bersama coz my hubby said alang-alang dia dah nak tunjuk muka tu so dia suruh mak daftar di Kaunter JPJ terus untuk dapatkan ID bagi laman web JPJ yang baru…tujuan adalah untuk memudahkan urusan secara online…

Lepas dah daftar mak pun ajak my hubby ke D.I.Y tingkat atas untuk membeli box duit untuk opis mak nie…lepas dapat apa yang dihajati, mak pun pusing-pusing la mencari apa-apa yang menarik…my kids dah pow mak set memancing yang hanya berharga RM2.90 sorang satu…so mak pun dah pow ayah buku nie untuk my son…
Harga buku ni hanyalah RM3.50 tapi mak belek jugak isi dalam dia…macam dah budak darjah 1 je latihan dia sambil ambik sambil fikir mampu ke anak mak buah…so tanam azam nak ajar dia matematik tambah je dulu…

So balik rumah, buku ni pun mak letak je terus…malam tu, my son sendiri ambik buku (sesuatu yang mak boleh puji pada anak mak…teruskan pendirian itu) sambil bawa pensil box dan duduk di depan mak sambil berkata “Mak ajar asyraaf”…wah betapa lekanya aku ketika itu..
So permulaan yang agak baik coz almost number dia dah kenal…cara mak mengajar tambah tu lebih kurang macam mama ni mengajar (cuma mama ni mengajar dia lukis bulat-bulat pada nombor tapi mak ajar guna jari…)tapi pening gak bila lebih dari 5 pada satu-satu penambahan…

Nasib baik my hubby sudi bantu…setakat ni hasil penambahan yang dibuat alhamdullilah…tapi kena pantau if not sure ada yang salah ditambahnya…
Yang bestnya buku nie dia ada stiker sekali…so lepas je buat latihan mak letak stiker…even jawapan pun dia ada bagi…nanti nak beli buku lain pulak J
^0^ kagum mak dengan ayah coz teruja anak dah pandai asas matematik walapun hanya pada pengiraan tambah yang senang-senang (padahal anak orang lain tah-tah dah pandai darab kot) hehehe ^0^

:..My face...:

Wednesday, January 16, 2013 0 Comments A+ a-

Jumaat lepas, my son sibuk nak buat rambut pacak…ayahnya pun apa lagi sibuk la letakkan krim dan buat gaya rambut macam tu…

Tapi tak sampai  beberapa minit hasilnya dah macam nie…
Bila tengok gambar pertama ok lagi…bila gambar kedua dah macam  mat bangla pun ada mak tengok hehe…

Tapi mak bangga sebab muka anak-anak mak ada mix punya hehe (perasan sendiri)…sorang dah macam shah rukh khan dan sorang macam kajol hehehe…
alhamdullilah dengan ciptaan dariNYA…ameennn

^0^ orang cakap kalau dah nama pun anak beranak tak kan wajah lain kan ^0^

:...Nasi arab di Ipoh Perak...:

Monday, January 14, 2013 5 Comments A+ a-

Mak kenal nasi arab bila mak menjejakkan kaki ke opis baru nie...kat sini majoriti makan mak boleh istilahkan agak mewah berbanding mak di opis lama dulu...

Baru-baru ni masa my daughter masih berada dalam kondisi yang tidak sihat, mak balik ipoh untuk sekali lagi buat air penawar...tapi sebelum pergi ke rumah ayah saudara untuk tujuan itu, my mom ajak makan nasi arab di area betul-betul belakang Hotel Syuen dan bersebelahan MBI...Nama restoran Malika Saba...lokasi dia tak berapa strategik so mana-mana yang nak datang kesini kena perhatikan betul-betul sebab bentuk bangunan dia menyerong sikit...
Actually mak dah tahu kuantiti nasi arab ni boleh makan 1 hidang untuk 2 - 3 orang tetapi memandangkan my mom yang baru pertama kali makan so teruja nak bawa anak-anak menjamu disini...

So memandangkan my bro yang lain tak dapat join so kami hanya 4 family je la menjamu disini pada hari itu...
Antara menu yang kami pesan hari tu adalah Nasi Arab Chicken 1kilo (bila sampai ke meja YA ALLAH banyaknya..yang bestnya nasi berat 1 kilo dan ayam dia 1 ekor)...so pukul rata 2 family makan...dan my dad pesan 1 kilo nasi arab lamb...so bayangkan macam mana nak habiskan kalau nasinya macam nie...
Selain tu kami order air jus yang majoriti minta air jus oren, apple dengan watermelon...pastu ada air dalam botol kaca...lupa lak nak snap..
my mom cakap my opah nak makan roti arab...so my mom pun order la 2 set...sekali yang datang besar nie...
Bayangkan macam mana nak habiskan...

For my son dia sibuk nak makan kentang...mana la ada kat restoran makanan arab ni kentang goreng semata...so tak pasal-pasal orderkan untuk dia LAMB KEBAB...
Jangan tanya kenapa bentuk kebab tu macam tu...mak tengok pun mak senyap...rasa lamb nie ok la tapi banyak herb...

Rating yang boleh diberi daripada 5 bintang…

Kebersihan kawasan sekitar termasuk meja  makan : 5/5
Toilet: 3/5 (kena pandai bukak pili air kalau tak sure orang cakap tak da air macam my hubby hehhe)
Layanan or Service: 4/5 (kena pandai berbahasa inggeris sebab pekerja dia tak pandai malay ok...berbelit lidah nak cakap hahhaa)
Masa menunggu makanan: 4/5 
Makanan : 4/5 (sedap, banyak, puas hati dan boleh bungkus balik mana yang tak habis hehe)
Harga : 4/5 (untuk makanan sangat berbaloi...tapi untuk air mahal sebab segelas majoriti RM6)

^0^ insya allah akan datang lagi pada raya cina nanti for second round ^0^

:...Melaka Bandar Bersejarah – Part 3...:

Sunday, January 13, 2013 0 Comments A+ a-

Finally the last episode of Melaka from me...

Untuk hari ketiga kami agak lewat keluar dari hotel…suasana waktu tu agak sejuk sebab hujan turun rinik-rintik…untuk hari ketiga lokasi yang kami hendak tuju hanyalah ke Menara Taming Sari, membeli sedikit cenderahati dan melawat muzium kapal selam…

Menara Taming Sari
Bayaran masuk bagi menara taming sari adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak…part ni my mom tak join sebab dia takut pening…dengan keberanian yang ada pada kami, kami pun kuatkan hati naik benda tu…dan alhamdullilah semuanya ok dan ceria bergambar di atas…
Kat atas ni kita akan dihidangkan dengan pemandangan Bandar Melaka yang sangat cantik yang betul-betul berada di persisiran pantai…
Bangunan Stadthuys
Disini kami beli baju untuk anak-anak dengan magnet peti sejuk untuk adik beradik yang tak join kami…yang bestnya akibatkan hujan yang tak henti-henti walaupun tak lebat, kami semua beli payung dan itulah cenderahati dari Melaka buat kami..

Kemudian kami menuju ke Pantai Klebang untuk melihat Muzium Kapal Selam…destinasi tak jauh cuma bila dah berharap pada WAVE sure la melalui jalan macam-macam kan…sebelum sampai ke sana, kami lalui jalan Baba dan Nyonya…
Muzium Kapal Selam
Dalam ½ jam kami sampai ke destinasi yang kami cari…bayaran masuk adalah RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak…tapi sewaktu mak membuat bayaran, kanak-kanak tidak dikira pula…rupanya kami hanya dapat melihat kapal itu sahaja…pintu masuk ke dalam perut kapal ditutup tanpa sebarang notis…

Untuk tidak menghampakan perasaan masing-masing kami pun bergambar je la sekitar kapal nie…takut kata ada yang tak percaya pulak…
 ^0^ 4 entry hanya untuk mencerita betapa lamanya mak dan anak-anak di Melaka…insyallah akan turun lagi bersama ahli-ahli keluarga yang lain…kepada yang bosan membaca mak say sori for that ^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~