:...Al-Quran Pelindung Diri...:
Sebagai hamba ALLAH yang kerdil dan sebagai umat islam yang sejati kita sedia maklum bahawa AL-QURAN merupakan mukjizat yang tidak terhingga buat semua umatNYA dimuka bumi ini...setiap baris ayat yang terkandung maksudnya serta tersiratnya dapat membantu dalam menyembuhkan segala penyakit misteri sekiranya diamalkan dengan ikhlas dan bertawakal...Kadang-kadang kita tidak pasti ayat mana yang dapat membantu kita bila berada didalam kesulitan mahupun kesihatan melainkan pakar-pakar ulama dan ustaz-ustaz serta ustazah yang terpilih...
Ayat yang mampu mak kongsikan ini insyallah boleh dijadikan sebagai Pelindung Diri bagi anak-anak kecil mahupun kita yang dewasa...ayat ini mak dapat daripada Pusat Perubatan Islam selepas rawatan my daughter hari itu....
Ayat pertama Surah Al-Mu'minuun nombor surah 23 baca la ayat dari 105 sehingga 118 dimana ia perlu dibaca 3 kali pada waktu malam (selepas solat Maghrib atau Isyak) dan berdoa untuk memohon pada ALLAH SWT apa yang dihajati...
Ayat kedua Surah Ar-Ra'd nombor surah 13 baca la ayat dari 30 sehingga 43 dimana ia perlu dibaca 3 kali pada waktu siang (selepas solat Subuh atau Zuhur atau Asar) dan berdoa untuk memohon pada ALLAH SWT apa yang dihajati...
^0^ Semoga dengan perkongsian ini akan menjadikan kita lebih tabah dan mampu melindungi keluarga kita dari benda-benda yang dilaknati oleh ALLAH SWT ameennn ^0^