:...Melaka Bandar Bersejarah – Part 3...:

Sunday, January 13, 2013 0 Comments A+ a-

Finally the last episode of Melaka from me...

Untuk hari ketiga kami agak lewat keluar dari hotel…suasana waktu tu agak sejuk sebab hujan turun rinik-rintik…untuk hari ketiga lokasi yang kami hendak tuju hanyalah ke Menara Taming Sari, membeli sedikit cenderahati dan melawat muzium kapal selam…

Menara Taming Sari
Bayaran masuk bagi menara taming sari adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak…part ni my mom tak join sebab dia takut pening…dengan keberanian yang ada pada kami, kami pun kuatkan hati naik benda tu…dan alhamdullilah semuanya ok dan ceria bergambar di atas…
Kat atas ni kita akan dihidangkan dengan pemandangan Bandar Melaka yang sangat cantik yang betul-betul berada di persisiran pantai…
Bangunan Stadthuys
Disini kami beli baju untuk anak-anak dengan magnet peti sejuk untuk adik beradik yang tak join kami…yang bestnya akibatkan hujan yang tak henti-henti walaupun tak lebat, kami semua beli payung dan itulah cenderahati dari Melaka buat kami..

Kemudian kami menuju ke Pantai Klebang untuk melihat Muzium Kapal Selam…destinasi tak jauh cuma bila dah berharap pada WAVE sure la melalui jalan macam-macam kan…sebelum sampai ke sana, kami lalui jalan Baba dan Nyonya…
Muzium Kapal Selam
Dalam ½ jam kami sampai ke destinasi yang kami cari…bayaran masuk adalah RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak…tapi sewaktu mak membuat bayaran, kanak-kanak tidak dikira pula…rupanya kami hanya dapat melihat kapal itu sahaja…pintu masuk ke dalam perut kapal ditutup tanpa sebarang notis…

Untuk tidak menghampakan perasaan masing-masing kami pun bergambar je la sekitar kapal nie…takut kata ada yang tak percaya pulak…
 ^0^ 4 entry hanya untuk mencerita betapa lamanya mak dan anak-anak di Melaka…insyallah akan turun lagi bersama ahli-ahli keluarga yang lain…kepada yang bosan membaca mak say sori for that ^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~