:...Permainan Bola Sepak Dulu-dulu...:

Monday, November 10, 2014 0 Comments A+ a-

Pernah bermain bola sepak menggunakan tangan seperti dibawah ni:
Permainan yang tak lapuk dek usia, baik zaman mak dan ayah sampai la ke zaman anak-anak...hujung minggu, ini la aktiviti dua beranak tu...mak macam biasa layan tengok tv sudah la...

:...Happy Day At Pusat Sains Negara...:

Monday, November 03, 2014 0 Comments A+ a-

Dua hari yang penuh ceria untuk anak-anak tersayang...berjaya memujuk ayah untuk bawa jalan-jalan di sekitar damansara...hari sabtu lepas ke IKEA tapi mak tak ambik gambar sebab bateri dah habis...merasa jugak anak-anak main dekat Smaland @IKEA...masa yang diberikan untuk seorang anak adalah sejam...so dalam sejam tu mak ayah boleh berjalan-jalan tanpa susah hati sambil shoping apa yang dikehendaki...entry penuh boleh rujuk blog hamba ALLAH ni...tq for the info tuan tanah :)

Hari kedua kerana ayah dah janji dengan my son, so kami ke Pusat Sains Negara pula...walaupun dah pergi banyak kali pergi masa rombongan sekolah dan cuti-cuti, tapi anak-anak still lagi nak pergi situ...so layankan aje la..at same time dapat belajar mana yang patut...Ini harga tiket yang perlu kami bayar...murah dan berbaloi...
Aktiviti banyak pada anak-anak so mak ayah layankan je la...kali ni mak jaga my daughter dan ayahnya jaga our son...so banyak la gambar budak kecik ni mak tangkap... walaupun tertera untuk 7 tahun - 14 tahun sahaja namun semangat anak kecik ni payahnya nak tangkis...naik kejab je la...kaki pun tak sampai pengayuh
 
Sementara wait ayah dan abang yang entah dimana mainnya, kami lepak di bilik yang khas untuk budak umur 6 tahun kebawah sahaja...so layan je la gambar my princess ni...
Finall my hero dah smpai...so sambung main lagi smpai jam 2 petang...2 jam jugak kami disini sebelum membawa diri balik ke rumah...
Nanti kita datang lagi ya...apa pun anak-anak terhibur...

:...Hasil Seni Visual My Son...:

Wednesday, October 29, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah, my son dah selesai menjalani peperiksaan akhir tahun di tahun satu...salah satu soalan peperiksaan yang memerlukan penyediaan ibu bapa di rumah adalah subjek Seni Visual a.k.a Pendidikan Seni...Ini antara soalannya tapi anak-anak murid boleh pilih satu daripada 4 dibawah.
 
Antara intipati soalan 1 adalah menggunakan teknik kolaj dimana potong kertas warna kecil-kecil dan tampal pada lukisan berbentuk buah-buahan. Soalan no 2 menggunakan teknik gosokan yang memerlukan peralatan yang mempunyai permukaan yang timbul. Soalan 3 - teknik origami main lipat-lipat kertas, yang ni mak sejujurnya tak pandai nak buat dan soalan terakhir ada teknik anyaman, kalau setakat nak buat anyam tikar boleh la mak ajar...

Bila dah tengok soalan, mak tanya nak buat soalan mana, so my son jawab nak buat soalan no 2 iaitu Rumah Saya...pada mak nampak menarik tajuknya dan agak mudah (pada umur mak la)...

Petang tu kami ke kedai buku mencari apa jua barang yang mempunyai permukaan yang timbul tapi dukacita tak jumpa sampai ke sudah...pusing punya pusing akhirnya jumpa la blok mainan berbentuk rumah...so my hubby pun beli dengan harapan nak mengajar anaknya...

Balik rumah mak pun start la melukis dan ajar apa yang patut..."asyraaf mula-mula lukis bentuk rumah, pokok, awan pastu ambik itu...ini..." mak membebel sambil mengajar.....so ini la hasilnya lukisan tangan mak (rujuk gambar atas) dan hasil lukisan my son huhu...sedih (rujuk lukisan bawah) tapi pada mak, dulu kita darjah 1 pun bukannya terus pandai lukis kan...semuanya take time melainkan dengan izin ALLAH SWT terus pandai :D
Pada petang hari exam tu, mak dan my hubby dah tanya dia boleh buat ke tidak dan macam biasa jawapannya "boleh Mak...tapi asyraaf pakai duit syiling jer"....ayahnya bertanya tak pakai ke bahan yang ayah beli tu...jawapannya "tidak sebab takut cikgu marah...tu kan mainan ".... Ok anak mak tau peraturan di sekolah tak membenarkan mainan di bawa...

Keesokkannya my son bawa balik kertas lukisan peperiksaan dia dan ini la hasilnya...Muka ayah agak stress sejak semalam mendengarkan jawapan si anak dan bila terpandang hasil kerja lagi ayahnya stress...tapi tak pe la sayang...as long tak dapat E sudah la...janji markah masih OK...kita usaha lagi tahun depan ya...

:...Result Peperiksaan Bulanan Sek Agama...:

Thursday, October 23, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah my son dah masuk darjah satu di sekolah agama 10 bulan...dah bersyukur jugak sepanjang 10 bulan ni dah mengadap 3 exam di sekolah agama...

Dua exam bulanan dimana result macam dibawah ni...
Setelah dilihat-lihat rupanya tajwid markahnya ustazah tersalah tulis...patutnya dapat 80 tapi jadi 46 je...menurut my hubby, result baru my son dikedudukan 11 dari 14 murid yang ada....walaupun jatuh markah sebab tak berapa nak study (menziarahi mak saudara yang meninggal di palong negeri sembilan) tapi mak tetap bersyukur dan berdoa agar anak mak one day akan jadi budak yang berjaya dunia akhirat amin...

:..Lukisan Dua Generasi...:

Thursday, October 23, 2014 0 Comments A+ a-

Lukisan dua generasi...seorang lukisan my son dan seorang lukisan my hubby...semua boleh teka yang mana satu lukisan anak dan ayah kan...
Hope one day, my son mampu lukis secantik my hubby...amin...

:...Pedoman Untuk Diri Sendiri...:

Tuesday, October 07, 2014 0 Comments A+ a-

Bila baca mesej diatas, mak bersyukur dilahirkan sebagai Hamba ALLAH SWT yang amat bertuah...kenapa mak cakap bertuah, sebab mak ada family, saudara mara, sahabat dan kawan-kawan yang masih sayangkan mak untuk nasihatkan diri mak dikala lena dan terhanyut dibuat mimpi yang mengkhayalkan..

Mak sentiasa bersyukur dengan semua rezeki yang ALLAH SWT berikan buat mak sekeluarga...tapi mak bersyukur jugak dan memohon kepadaNYA agar mak tak menyusahkan kawan-kawan dari segi kehidupan mahupun pekerjaan...mak yakin ALLAH SWT dah atur yang terbaik buat hambaNYA...cuma kita perlu redho dan sentiasa berusaha...dan paling penting jangan merungut dalam apa jua urusan di dunia ini...sebaliknya sebutla ALHAMDULILLAH dalam apa jua bentuk yang ALLAH SWT sampaikan.


#Peringatan untuk diri mak sendiri


:...Bekas Mainan Baru...:

Tuesday, October 07, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah, finally box baru untuk mainan anak-anak dah ada...kalau dulu berselerak rumah dengan mainan yang kadang-kadang letak dalam kotak, bekas timba kecil even bakul kain mak..tapi kini dah ada bekas baru...

My Hubby beli bekas ni dengan harga RM99 kat big aeon...so far nice sebab ada roda dan senang untuk dibawa dan ditolak oleh anak-anak...Masa sampai dekat rumah, terus my hubby pasangkan sambil dibantu oleh my daughter...
 
Ceria je nak siapkan box ni...ada empat tempat nak letak, adik ambik warna pink, satu utk semua koleksi robot, satu untuk kereta hotwheel (kereta mainan besi kecil-kecil) dan satu lagi untuk kereta mainan plastik...so bila nak main, tarik je satu tray and bawa main...senangkan...
Inila hasilnya box mainan anak-anak yang baru...bilik my son pun tak nampak la berserabutnya :D
Mak suka dengan box ni...alhamdullilah anak-anak pun senang nak menyimpan dan memilih mainan tanpa selerakkan rumah ^0^

:...Pertanding Bowling Antara Unit...:

Thursday, September 18, 2014 2 Comments A+ a-

Alhamdullilah diberikan kekuatan dan semangat untuk join even opis di Wangsa Walk awal bulan hari tu...enjoy sangat-sangat...dapat berkumpul ramai-ramai dengan opismate...maklumla mak pun baru lagi di unit baru...but happening sangat-sangat...

Lihat saja la anak bujang mak sorang ni...bukan dia sokong group mak dengan ayah, tapi dia boleh sokong ex-opismate mak...maybe keserasian ada disitu...
 
Tengok aje la dia, bukan gambar dengan mak ayah yang banyak...tapi dengan auntie-auntie yang comel ni dia bergambar...

So tahniah pada pemenang dan alhamdullilah hari tu family mak menang besar...macam mimpi pun ada...sekurang-kurangnya mak boleh buktikan dengan family ipoh sebenarnya kami boleh buat..cuma saja bagi peluang hahaha.... 
 
Alhamdullilah mak bawa balik baucer Jusco RM50, suku hamper pemenang kumpulan tempat kedua (my hubby group), 2 hamper cabutan bertuah...seronok sangat...menebus kekalahan semasa bermain di Ipoh hari tu ;)

:...Pengalaman Menyambut Ketibaan Jenazah MH17...:

Wednesday, September 17, 2014 1 Comments A+ a-

Menjalankan satu lagi kewajipan fardu kifayah dan salah satu tugas yang perlu digalas bila bergelar pekerja...alhamdullilah jugak diberikan peluang untuk menyaksikan Majlis Penghormatan untuk menyambut ketibaan jenazah MH17 di Kompleks Bunga Raya selasa lepas...

Perasaan sayup hadir tetiba bila pengumuman dimaklumkan akan ketibaan pesawat yang membawa jenazah tiba...Jika kita yang hanya berlandaskan ikatan sesama islam merasa hiba apatah lagi ahli keluarga yang menerimanya...
  
Apapun hanya sedekah AL-Fatihah mampu ku hulurkan dan semoga semua mangsa yang terlibat tenang rohnya disana AMIN...

:...Yeayy Dapat Hadiah...:

Monday, September 15, 2014 0 Comments A+ a-

Muka budak happy dapat hadiah dari auntie reen opismate mak...entah apa la rahsia mereka berdua ni sampaikan my daughter dapat hadiah darinya...

Bila bukak rupanya...PRINCESS ELSA FROM FROZEN....
Happy tak terhingga sehingga menyanyi lagu "let it go"..."let it go"...dan abangnya sudah tentu cemburu sebab hanya adik yang dapat...mak anggap ini hadiah belated birthday boleh tak auntie reen...

TQ sangat-sangat...pemberian yang dinantikan oleh my daughter sebab minta mak belikan, mak tak belinya...sekali dapat hadiah...ibarat bulan jatuh ke riba...terima kasih sangat-sangat :D

:...Masa Untuk Ulangkaji....

Tuesday, September 09, 2014 0 Comments A+ a-

Lamanya rasa tak buat ulangkaji untuk anak-anak...asyik main lego, "tab besar", tengok movie and taman permainan....

Sesi ulangkaji bermula semula...tu pun malas nak buat hari-hari sebab anak dah penat seharian disekolah...so mak buat mana yang terdaya...tengok je la muka dua beradik nie...macam tak rela kena buat kerja...siap nangis lagi...
Ni pulak hasil tulisan adik...dah macam tab dibuatnya kertas tu...tulis macam pakai jari bukan pensil...melayang-layang hurufnya...ni la akibat banyak sangat main tab...
Kuatkan la semangat mak agar dapat mendidik anak sampai berjaya amin...

:...Hadiah Dari Opah Tersayang...:

Monday, September 08, 2014 0 Comments A+ a-

Two week punya story...anak-anak mak telah mengepow opahnya dengan mainan lego...hari tu ada pergi kedai mainan borong, banyaknya lokasi lego sekarang ni..maybe sebab dah ada legoland kot..so ini adalah hadiah opah pada my daughter...lego friends...blok mainan ni bersaiz besar sesuai dengan anak umur 3 tahun ke atas...kali ni opahnya belikan lego friends bakery...cantikkan...
Untuk anak bujang pulak, opahnya hadiahkan untuk hari lahir iaitu ninja turtle punya...jenuh gak lak mak ngah siapkan kereta perisai ni...ada dua kereta, satu besar dan satu kecik...lupa lak nak tangkap yang kereta perisai kecil tu...tapi harga kalau tak borong boleh cecah RM160 ++ untuk satu...memandangkan my mum peniaga mainan, so boleh la dapat dalam RM70-RM80 satu....kalau original mau cecah beratus ringgit kot..huhuhu
Masa pasang lego ni, my daughter dengan anak buah pasang dekat dalam bilik mu mom, kenapa sebab ada penghawa dingin...sejuk je sambil siapkan lego ni...bila dah siap, apa lagi masa untuk bermain...kalau my son main dengan sepupu dia, my daughter pulak main dengan anak bulus my mom :D...

Tengok je la gelagak si boboy nie...suka benor sampaikan nak digigitnya lego tu...
Sekarang ni koleksi mainan ni masih di rumah my mom...malas nak bawa balik lagi sebab insya ALLAH masa cuti sekolah, my kids akan teman opahnya...so dah ada mainan, kita pos je anak-anak :D

:...Lego Time...:

Tuesday, August 26, 2014 0 Comments A+ a-

Entry lama....baru sekarang rasanya nak update... 

Hari tu pergi kenangan ingatkan nak beli rak mainan untuk anak-anak simpan mainan yang comel-comel...sekali pergi memang la jumpa tapi saiznya comel pastu harganya tak berbaloi...so matikan je la niat nak mencari rak mainan dia orang...

Pusing punya pusing jumpa satu kedai tu jual toy...so mak pun masuk dan terpegun dengan macam-macam lego yang ada...tapi of course yang bukan original...bila tengok kat rak kedai tu, nampak seperti ori...so mak pun rembat la yang ini...


Bila sampai dirumah, macam biasala...ada je aktiviti dua beradik nie..tak pe la janji anak-anak mak bahagia...

:...Movie Teenage Mutant Ninja Turtle...:

Monday, August 11, 2014 0 Comments A+ a-

Movie time again...kali ni mak nak sangat tengok Movie Teenage Mutant Ninja Turtle...dan hasilnya yes...sangat best dan tak bosan...
Kenapa mak nak tengok sebab dulu-dulu zaman budak-budak mak dah tengok cerita ni kat tv..even kat rumah pun ada koleksi turtle ni termasuk lego kecil...apa pun tq hubby coz sudi bawa kami tengok wayang lagi...

:...Best Time Ever...:

Friday, July 11, 2014 0 Comments A+ a-

Bila dapat berkumpul seluruh ahli keluarga, kadang-kadang kerja diluar jangkaan pun boleh dibuat...Entry lama yang patutnya diupdate hari tu, baru hari ni kesempatan...Biar gambar je la yang bercerita...

Tapi yang terbaik adalah dilokasi sup ini...sedapppppp sangat....

:...Percubaan Menulis Nombor...:

Monday, July 07, 2014 0 Comments A+ a-

Percubaan pertama dari my daughter...kalau dulu abangnya umur 4 tahun main-main lagi nak mewarna segala bagai, tapi adiknya, mak kerah dari sekarang...kerah tu bukan la buat hari-hari...time abangnya study dia pun kena jugak...kalau tak dia kacau..so sila fokus pada tulisan dia yang bergetar-getar tu...
Semoga kedua-dua anak mak berjaya dunia akhirat...lepas ni kita tulis lagi ya sayang :)

:...Sahur Time...:

Thursday, July 03, 2014 0 Comments A+ a-

Percubaan untuk mengajar my son dalam berpuasa...muka sememeh nak bangun...kejutkan bangun tu ok la masih mampu dikawal oleh my hubby tanpa perlu bergaduh...cuma bila dah sampai kat meja makan muka macam nak tido...
 
Last-last mak terpaksa suapkan nasi..kunyahan mengalahkan sunnah nabi...punya la lama nak wait dia abis kunyah...
Bila tengok anak teringat zaman kecik dulu...pejam mata pun masih mampu kunyah makanan bila mak kejutkan waktu sahur...untuk anak mak dapatla separuh hari berpuasa...insya allah cuba lagi lepas ni...

Apa pun selamat berpuasa semua....

:...Kejayaan Di Hari Sukan...:

Tuesday, July 01, 2014 0 Comments A+ a-

Senyuman kejayaan seorang anak atas kemenangan di Hari Sukan pada jumaat lepas sebelum puasa menjelma...bab sukan nombor satu anak bujang kesayangan mak nie..semoga cemerlang dalam semua pelajaran ya sangat...happy for you...

:...Dinner Time With Lovely Family..:

Wednesday, June 25, 2014 0 Comments A+ a-

Entry lama...Finally baru nak update...kisah akhir bulan mei....
 
Actually ayah tiri mak nak sambut beday dia yang awal bulan mei...memandangkan tak sempat sambut masa hari jadi dia kerana bertugas di sabah itu yang tertunai dihujung bulan mei...dan kebetulan juga my second brother born day jatuh pada 29 Mei...so kira sekali la sambutnya...

Menu ayah tiri yang pilih hasil tuaian dia di sabah iaitu ikan kerapu dan udang...so terhasillah masakan dibawah ini...
 
Menu pilihan ikan kerapu tiga rasa, udang goreng,sayur kailan, tomyam campur, telur dadar dan air tembikai dan epal...semua ni dia suruh kedai masak...

Apapun alhamdullilah rezeki untuk kami sekeluarga...memang kenyang sangat dan biasalah kan diet kelaut la bila balik ipoh :)..

Semoga ayah tiri mak dan abang mak bahagia dunia akhirat, dikurniakan kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu amin....

:...English Homework...:

Monday, June 23, 2014 0 Comments A+ a-

Finally...mak dapat tengok hasil kerja sekolah anak mak...sebabnya semua homework jarang dibuat dirumah..okla..dah pandai lukis dan menulis...semoga anak mak terus maju amin :)

:...Result Ujian Jawi...:

Friday, June 13, 2014 0 Comments A+ a-

Bulan lepas ada mak updatekan soalan paper jawi dari sekolah agama my son...dah lama nak upkan entry ni...sebelum cuti sekolah my son tunjukkan kepada mak hasil jawapan daripada ujian jawi tu...walaupun rasa macam agak kecewa, tapi mak yakin anak mak dah buat yang terbaik...

Budak kecik yang berumur 7 tahun dan baru setengah tahun belajar bahasa arab or tulisan jawi untuk mengingati semua benda agak musykil melainkan budak tu betul-betul bijak dan fast learner...tapi mak tau kemampuan anak mak...tak pe la sayang kita cuba lagi...sekurang-kurangnya mak dah membantu dan anak mak dah mencuba sedaya boleh...

Ni hasil peperiksaan pertengahan tahun...subjek silibus yang terlibat mak assume maybe dari chapter 1 - 5 or 6...tak pe la...apa pun semoga anak mak dipermudahkan segalanya amin...

:...With My Bantal Busuk...:

Monday, June 09, 2014 0 Comments A+ a-

Kisah lama di suatu petang ketika saat menanti abangnya dipintu pagar sekolah....


Tak mampu kata apa-apa hanya mampu senyum heheh

:...Latihan Pertama...:

Thursday, June 05, 2014 0 Comments A+ a-

Now my daughter dah nak genap 4 tahun, mean tahun depan nak tak nak mak kena hantar jugak ke tadika...setakat ni tadika bijak masih dihati mak...so maybe bulan 11 mak akan register my daughter...

Berbalik pada my daughter, semalam kami ke kedai buku...mak beli buku story yang tengah hangat kat kaca tv iaitu "kerana terpaksa aku relakan"...setakat ni mak dah baca sikit kat penulisan.com....masa kat kedai tu my daughter bodek nak beli buku..so mak turutkan je...

Sampai kat rumah sebelum tido mak ajar sikit cara untuk menulis...
Caranya tarikkkkkk....tarikkkkk dan tarikkkk...mengikut garis-garis putus yang ada...setakat ni pegang pensil masih perlu diperbaiki..tak pe la sayang janji awak mahu walaupun dapat dalam dua baris jer...pastu awak dah mengeluh penat la tangan sakit la...tak tau la tahun depan nak sekolah macam mana...mau cikgu rotan awak hehhee....
Budak busuk mak ni dah malas nak tulis....macam-macam la awak ni awfiyah...sebut nombor one until ten pandai, even satu hingga sepuluh tapi nak tulis adoii la...semoga anak-anak mak berjaya dunia akhirat amin...

:...Salah Satu Soalan Peperiksaan Sekolah Agama...:

Monday, May 26, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah minggu exam dah pun berakhir rabu lepas (21 Mei) dengan keceriaan dimuka my son sebab dah tak perlu nak kena dengar mak bebel suruh study or pegang buku...Sekarang hanya menanti waktu ayah pulak untuk menyelesaikan semua perkara bagi sem 2 dia...

Hari khamis lepas, my son bawa soalan JAWI dari peperiksaan sekolah agama...Ini muka depan dan soalannya seperti dibawah...
 Soalan pada mak amat mencabar bagi murid darjah 1...tapi comfirm bukan anak mak bacakan...mesti ustaz or ustazah bacakan untuk anak-anak ni...Secara jujurnya mak pun jenuh nak membaca jawi...last belajar pun masa sekolah menengah...pastu tak mendedahkan diri pun dengan tulisan atau buku-buku jawi ni...jadi ayat my son pada mak selalunya macam nie " Mak tak pandai macam ayah"...

Ya ayahnya more better dari mak...sebab mak kurang bahasa jawi nie..tp mak usaha juga membaca didepan anak mak...walau apa pun soalannya dalam bentuk apa pun, mak doakan semoga anak mak berjaya dunia dan akhirat...

Semoga anak mak dapat keputusan cemerlang dan tidak gagal dalam semua mata pelajaran yang diambil...Untuk my hubby good luck  for final sem 2 dan semoga dipermudahkan untuk menjawab semua soalan..

p/s: mak tak sabar nak ayah habis study sem ni...leh kita jalan2 balik kampung heheh

:...New look in Asydhia Resepi...:

Wednesday, May 21, 2014 2 Comments A+ a-

Akhirnya....blog masakan mak berubah wajah...walaupun hasil gambar makanan tak seberapa dan masakan tak sesedap chef..tapi mak suka dengan wajah baru ni...

Jenuh jugak mak mencari template blog yang free dan sesuai dengan blog mak yang simple...start buat dari jam 8 malam hingga 11 malam...cuma kena edit gambar sikit lagi di slide show tu...

Insya allah lepas ni blog ini juga akan berubah wajah...cuma kena cari template yang betul-betul sesuai dengan story didalamnya...

mak suka sangat hahahha....♥♥♥

:...Exam Datang Lagi...:

Saturday, May 17, 2014 0 Comments A+ a-

Sekarang ni mood exam dah bermula...baik anak mahupun ayahnya...jadual exam pun mak dah tampal supaya alert exam apa untuk sekolah agama yang bermula dari semalam (15/5 - 21/5) dan sekolah kebangsaan (19/5 - 21/5)...ayahnya pula start exam 10/6 - 18/6...jadi sebarang aktiviti berjalan tidak dibenarkan oleh ayahnya...
   
Rumah comfirm akan bertukar ke nada senyap untuk beberapa tempoh ketika bila sesi ulangkaji berjalan...apa pun selamat menjawab setiap soalan dengan tenang untuk anak kesayangan mak dan juga ayah kepada anak-anak mak...

Semoga mendapat markah yang terbaik...amin....

:...Kemajuan Dalam Lukisan...:

Tuesday, May 13, 2014 0 Comments A+ a-

Hasil lukisan my son selepas almost 2 tahun 5 bulan bersekolah...dari lukisan orang lidi menjadi lukisan orang empat segi hehe...tak pe la sayang proses learning kan..mak dulu pun tak pandai lukis...kalau ayah memang tip top...

:...Berdebar Bila Terima Surat Dari Cikgu...:

Monday, May 12, 2014 0 Comments A+ a-

Bila dapat surat dari cikgu pasal perjumpaan ibu bapa berkenaan perkembangan anak, hati ni sure berdebar....nak pulak anak maklumkan yang perjumpaan ni untuk anak-anak yang masih tidak pandai baca...mak ayah saling pandang memandang fikirkan betul ke tak anak mak tak pandai baca...bila di suruh baca mak tengok alhamdullilah boleh baca....cumanya kalau perkataan yang panjang2 macam tangan, sayang, dengan...yang mana ada huruf NG sure dia tergagap2....

Dulu masa mak darjah 1 tak pasti mak mampu baca or baru kenal huruf...sekarang semuanya kena cepat...teruk sangat ke anak mak sorang ni...but mak always think positive...bukan semuanya dilahirkan terus pandai dan anak mak tak worse sangat seperti yang mak fikirkan...hati mak sure nak yang terbaik untuk anak...

So wait and see apa cikgu dia nak cakap...permulaan mukadimah berkaitan KSSR dan LINUS, kemudian diterangnya apa tu disleksia dan apatah lagi satu...bila diterangkan sedikit ciri-cirinya, mak perasan anak kesayangan mak ada sedikit but tak keseluruhannya...Ati berdebar, berdetik dimanakan salahnya sedangkan ada je latihan yang dibuat dirumah...mungkinkah tidak banyak atau bagaimana...apa itu disleksia boleh google dan fahamkan sendiri...

Lepas taklimat segala bagai, mak berjumpa dengan cikgu mathematik dan cikgu kelas dia...alhamdullilah my son tidak la seteruk yang mak fikirkan dan perangai disekolah amatlah baik...pelajaran mathematik alhamdullilah dia mampu buat cuma bahasa yang menjadi masalahnya sekarang..mak tak nak anak mak turun kelas...seteruk mana my son, insya allah mak akan cuba terbaik mungkin...

Walaupun bila menerima cerita daripada cikgu dengan positif, tapi air mata tetap mengalir laju...kenapa my son...terdetik dihati adakah adiknya bakal terima nasib yang sama hanya Allah yang maha mengetahui...diri mak terus rasa nekad, yang mak perlukan buat latihan lebih pada anak-anak..mak yakin anak mak mampu buat cuma tempoh 5 bulan disekolah rendah yang perlu semuanya pandai dalam sekelip mata membuatkan mak semakin tensen...

Dah la tempoh mengajar mak tak mampu lebih dari 20 minit...nanti mak naik angin and my son naik bosan...mak cuba terbaik mungkin ya sayang mak...Setiap emak di dunia ini hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka... nak anak yang pandai, bijak, berkebolehan, hensem dan semua yang baik-baik la...tapi semuanya atas ketentuan Yang Maha Esa...mak terima seadanya amin... dan yang paling utama kita tak putus asa ya sayang...

Bila balik dari majlis tu mak dapat tag buku comel ni...buat kenangan :D

:..Membuat Cheese Tart...:

Tuesday, May 06, 2014 0 Comments A+ a-

Last week my mom and my brother yang sulung datang ke sini...so sementara menunggu diorang datang, my son beria la sangat nak buatkan sesuatu untuk opahnya...bekejar la kami ke kedai bahan kek BAGUS seperti biasa...

Memandangkan mak ni "pakar sangat" dalam buat bakery ni...maka mak pun beli kelonsong tart siap-siap...rasa not bad sebab acuan dia memang dah cukup sifat...cuma mak perlu tambahkan perasa dan cheese didalamnya..

Hasil bantuan air tangan tiga beranak ni...tart mak pun menjadi...cuma last adunan terhangit sikit...but rasa still not bad...
Tengok aje la gaya anak bujang memasukkan cheese dalam acuan tu...gambar ketiga tu hasil kerja my daughter...dituangnya cheese dulu baru blueberry...terima kasih semua sebab sudi tolong mak...lov u olllsss.. ^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~