:...Lost World Of Tambun...:

Tuesday, May 28, 2013 4 Comments A+ a-

Last saturday, mak balik ipoh macam biasa...so agenda holiday kali ni adalah ke lost world of tambun a.k.a sunway lagoon ipoh...so before ke sini mak dah surfing dari blog ni harga tiket...tapi bila sampai ke sana harga tiket untuk tahun 2013 menjadi seperti ini...
Nasib baik ada kat 1 malaysia milik my dad dengan my BIL so dapatla diskaun dewasa menjadi RM40.80 dan kanak-kanak around RM35.00....dimaklumkan oleh pegawai kaunter tiket tu yang kad 1 malaysia boleh guna untuk 9 tiket...so berbaloi la kan...

Masuk je dalam, kami tak tahu nak kemana sebabnya tak ambik pamplet peta lost world ni...tapi jangan risau di keliling taman tema ni ada board peta yang diletakkan tapi saya snap yang ini jer la...
Actually ada beberapa bahagian tema air yang ada dalam taman nie antaranya big pool untuk orang dewasa dan 1 pool untuk kanak-kanak...disamping tu kita boleh mengelilingi taman ni melalui laluan air dan disini ada macam-macam bunyi yang didengari...contohnya gajah, monyet dan sangat seronok sebab melatih kaki berjalan di dalam air...but for my kids, dua-dua kena dukung sebab tak larat hehe...

Memandangkan masing-masing tak sabar nak mandi, hanya gambar ni je yang dapat mak ambil sebelum masing-masing ke kolam dan mandi dengan seronoknya...
Both of my kids so happy terutama my daughter sebab ini merupakan kali pertama dia mandi di kolam sebab masa bercuti di Bukit Merah, my daughter baru beberapa bulan...so asyik duduk dalam stroller and now dia la yang paling happy...

^0^ lepas ni nak ajak holiday kat kuantan la...mengimbau zaman bercinta dulu hehe ^0^

4 Komen

Write Komen
Mama Adam
AUTHOR
May 29, 2013 at 8:38 AM delete

X pernah sampai sini la mak...

Reply
avatar
asYDhia
AUTHOR
May 29, 2013 at 2:37 PM delete

mak tiap2 minggu smpai sini, cuma hari tu je baru masuk

Reply
avatar
Amy
AUTHOR
May 29, 2013 at 2:57 PM delete

holiday ke kuantan tu, jgn lupa ajak aku sekali... jom wat family day kat gambang jom... ;D

Reply
avatar
asYDhia
AUTHOR
May 29, 2013 at 3:53 PM delete

bila nak buat...bagi aku simpan duit la dl...kena tengok harga tiket dl brp and penginapan sekali baru best heheh

Reply
avatar

~~ Tabung AsyDhia ~~