:..Pengertian Seorang Bergelar Perempuan...:

Thursday, February 28, 2013 0 Comments A+ a-

Tertarik dengan gambar di atas ini...betapa besarnya pengorbanan as a WOMEN...dari bergelar anak sehinggalah bergelar as MOTHER...terlalu payah untuk ditelan tapi itula hakikatnya...bermula kerja dari bangun tido sehingga lah semua ahli keluarga tido...

Pengorbanan yang perlu dilakukan bila bergelar seorang perempuan..

^0^...Semoga mak mampu mendidik anak perempuan mak dari kecil sehingga dia bergelar ibu juga ameenn... ^0^

:...Study...:

Wednesday, February 27, 2013 0 Comments A+ a-

Now for this year ada 2 budak sedang melalui proses belajar di rumah...one my son and another one is my lovely until jannah...dua-dua kena belajar...sorang belajar mengenali huruf, nombor, perkataan dan sebagainya dan sorang lagi belajar lebih dari sepatutnya untuk bergelar mahasiswa...

Malam tadi je serabut tengok buku yang sorang ni...
Ada je homework dibawa balik berbanding yang sorang lagi...

Tapi mak tak kisahla semuanya permata hati mak...janji semuanya belajar sungguh-sungguh...

^0^ ...To both of you...belajar smart k...mak doakan anak mak sentiasa cerdik dan terang hati dalam menerima pelajaran...dan for my hubby, sayang doakan terbaik untuk abang dan anak-anak ameennn... ^0^

:...Hari Mencuci...:

Tuesday, February 26, 2013 0 Comments A+ a-

Dah lama keta ni bersawang dalam bilik belakang...memandangkan kunci yang dicari dah jumpa cuma charger tah kemana lagi, so my kids ambil kesempatan untuk mencuci dahulu...maklumla dah besar dan pandai handle sendiri...so semuanya nak buat sendiri...

Ditariknya dari bilik ke hall rumah hanya untuk mencuci...
Siap guna spray air lagi...towel rembat dari dapur mak yer...bekerjasama sungguh dalam mencantikkan kereta ini...
Lepas dah cuci barula boleh main...memandangkan bateri tak charge, so adik la jadi tukang tolak hehe..

^0^ ...mak cuba cari charger tu yer...tah mana mak letak...kalau x jumpa nanti mak beli baru k :) ... ^0^

:...Langkawi...:

Friday, February 22, 2013 0 Comments A+ a-

Last friday mak ada kerja yang perlu diselesaikan di Langkawi, kursus one of sistem yang mak jaga di opis...memandangkan kursus tu jatuh pada hari sabtu dan ahad, so mak pun mengajak my family and my hubby untuk turut serta...kepenatan terserlah tapi keseronokkan jugak memikat jiwa kami...

Mak bertolak dari KL jam 6 petang dan sampai di ipoh around 8.30 malam sebelum bertolak ke kuala perlis jam 9.00 malam...around sampai ke hentian bukit merah kami semua berhenti untuk berehat and the best part is my SIL bawa kek happy birthday for my bro yang kebetulan jatuh pada hari tersebut...
Kemudian kami teruskan perjalanan sampai ke Kuala Perlis around 2 pagi dan bermalam di hotel Brasmana...di keesokkan harinya kami naik feri ke langkawi around 10.30 pagi dan menginap di Bayview hotel...my kids sangat teruja dapat naik feri even my family pun...maklumla first time jejakkan kaki ke langkawi so keterujaannya lain macam sikit..tengok je la muka happy diorang..harga tiket feri dari kuala perlis ke langkawi RM18 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak-kanak...
 Melihatkan air laut yang berombak laju...nasib la tak mabuk :)
Sementara mak berkursus, my family pulak pergi shopping sudu garpu, coklat dan beg di sekitar pekan kuah...dan lepak di bilik menanti mak settlekan kursus...
Petang tu kami sempat berjalan ke Dataran Helang untuk menikmati suasana helang yang besar di tepi pantai...
Kemudian kami makan malam di sebuah gerai yang agak sederhana besar berdepan dengan Stesen minyak Petronas yang menghala ke airport...harga makan di gerai ni sangat berpatutan dan servisnya pun cepat...antara menu yang kami makan ikan siakap 3 rasa, nasi goreng yang bermacam-macam jenis, tom yam ayam, sotong goreng, air tembikai dan laici 2 jag besar dan almost abis dalam RM140++...
Keesokkannya sebelum berangkat balik ke kuala perlis, kami singgah di Beras Terbakar dan hanya ini yang kami dapat lihat...
Sebelum masuk ke kawasan rumah ini, terdapat kiri kanan jalan tempat orang jualan bermacam-macam kraftangan dan cenderahati...kat sini jugak la dikatakan batik sangat murah harganya dan my mom dah mengesahkan kerana harganya murah berbanding di pekan kuah...actually tempat beras terbakar ni betul-betul di rumah orang...dan masa kami sampai kereta tuan rumah pun ada...

Dalam jam 1.30 petang kami berangkat semula ke jeti dan semuanya kelihatan penat kecuali puteri sorang nie...yang langsung tak duduk diam...
Itula feri yang akan kami naik...Bahagia 99 yang memuatkan 600++ penumpang yang besarnya dua tingkat...sangat besar...
So my family said will come again here in langkawi...bukan sekadar nak borong coklat, beg dan sebagainya tapi nak jalan-jalan berholiday bersama family...so best...

^0^ ...Insya Allah hari family day my family akan dibuat disini...so masing-masing kena simpan duit banyak-banyak baru la leh enjoy... ^0^

Kusyuknya

Friday, February 22, 2013 0 Comments A+ a-

Bermain game merupakan cara untuk release tension tapi kalau dah ayah yang lebih-lebih beginila rupanya heheh..

:...Perkampungan Ikan Bakar Pantai Remis...:

Thursday, February 21, 2013 0 Comments A+ a-

Sukar nak dengar nama tempat ni (for me la)…first time singgah sini coz my SIL nak belanja kami makan ikan bakar dan yes tempat ini memang menu dia adalah BAKAR…lokasi terletak almost around nak ke Kuala Selangor dari Klang…yang pasti kami melalui Kapar Klang dan dari rumah my SIL around 45 minit…
Lokasi betul-betul di tepi pantai…so bila dah ditepi pantai tu akan ada orang buat jualan dan my son berjaya menapau 2 layang-layang untuk dimain…tapi mak kecewa sebab tak berjaya nak naikkan laying-layang macam orang lain..
Ok back to menu yang ada disini…lauk pauk yang ada hanyalah sotong, kerang, udang, siakap, ikan temenung, ikan pari dan off course semuanya adalah bakar…pada mak menu yang simple sangat tapi air asam dia sedap..menu lain ada jugak macam nasi goreng semua tu tapi diorder secara berasingan…

Lokasi dia nak parking amat senang cuma kawasan makan dia agak sempit dan tertutup…so malam tu kami hanya ambik ikan pari, siakap, kerang, sotong dan otak-otak…air dan menu lain ada secara berasingan…harga mak tak sure coz my SIL belaja on that day…

^0^... insya allah will come again coz service dia sangat cepat... ^0^

:...Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan...:

Wednesday, February 20, 2013 0 Comments A+ a-

Panduan untuk semua kawan-kawan yang sedang berada di fasa menerima roh baru di dalam diri serta kehadiran cahaya mata yang dinanti-nantikan oleh family boleh la mengamalkan bacaan doa ini...

-بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ† 


Semoga menjadi panduan dan pedoman pada kaum ibu di seluruh dunia...sesungguhnya semuanya adalah dengan izin dariNYA...ALLAH maha mengetahui segalanya ameenn...

TQ Info dari Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

:...My New Game...:

Tuesday, February 19, 2013 0 Comments A+ a-

Balik dari langkawi last week dalam feri my daughter main game kat tab kecil dia...bila tengok rupanya game salon...
Wah bukan main yer dah pandai main game pompuan heheh...so layan je la karenah dia...yang penting dia diam sepanjang 45 minit untuk sampai ke jeti kuala perlis..

So this is the view budak 2 tahun setengah main game dengan jari-jari kecil menarik pelanggan ke kerusi salon dan memenuhi permintaan pelanggan hehe

^0^ kadang-kadang sampai pelanggan marah sebab tersalah bagi permintaan dan kadang-kadang anak mak dapat untung hehe ^0^

:Sehingga Ke Jannah...:

Sunday, February 17, 2013 2 Comments A+ a-

Alhamdullilah for this date genap 6 years hubungan kami bersama as a hubby n wife.
For this time mak sambut kat langkawi with my whole love family...bukan semata-mata untuk sambut tapi sebenarnya ada kursus yang perlu diuruskan...tapi rasanya sepanjang 6 tahun tu ini la tahun yang boleh dikatakan kami bercuti...selalunya kat rumah je hehhe
Memandangkan hala tujunya ke utara, so my mom, my SIL and my bro pun join...what a happy time walaupun penat tapi rasa amat-amat berbaloi...
TQ sayang coz sudi join me sejauh ini ke langkawi mengikut saya kursus and also my lovely family coz very-very spoting in every single thing...
To my hubby tq so much apa jua yang dah abang berikan kepada saya dan tq jugak kerana sama-sama sanggup bersusah payah dan berusaha bersama-sama membina mahligai yang cukup sempurna dan bahagia ini...semoga kita kekal bahagia dan dapat bersama-sama membimbing anak dari kecil hingga bersama ke jannah ameennn...
Tq sayang for everything and insya Allah I love your infiniti...

:...Freedom of Delight...:

Friday, February 15, 2013 1 Comments A+ a-

Bila sesekali dilepaskan ke taman permainan begini la rupanya hehehe...
Kegembiraan yang tidak terhingga sehingga mampu memetik bunga tanpa rasa bersalah ;p
Sambil sembunyikan diri dengan hanya menutup mata bagi kesalahan yang telah dilakukan...(ingat orang tak nampak la tu) hehehe
Bersuka ria sambil berayun-ayun dibuaian dengan penuh ceria...
Peace no war...kebebasan itu suatu nikmat yang menyeronokkan hehe
^0^ after this leh lagi main taman k...sebulan sekali hehe ^0^

:...Hasil Pembelajaran For 1 Year In Tadika...:

Thursday, February 14, 2013 0 Comments A+ a-

Not sure kenapa gambarnya jadi begini...
Almost yang mak perhatikan sepanjang my son belajar, my son alhamdullilah dah kenal A-Z small and upper letter, 1-10 number, boleh mencari barang tersembunyi, dapat melukis mengikut apa yang dirasainya bersesuai dengan imaginasi dia dan membaca masih belum diketahui..rasanya buku Bacalah Anakku tu almost buku ke 3 huhuh

Bahasa mandarin dah boleh tahu walaupun tak dipraktikan dirumah, tahu hasil tambah dan tolak yang simple-simple colouring yang kadang-kadang ok dan kadang-kadang malas, dapat meniru garis putus-putus macam gambar diatas

So far tahap pembelajaran yang mak boleh bagi adalah 3/5 bintang sebab mak tak ajar apa-apa pun dirumah melainkan basic-basic sahaja...so alhamdullilah ALLAH permudahkan urusan my son dalam pembelajaran...

Tahun ni merupakan tahun terakhir di tadika...so far untuk 2 bulan pertama sesi persekolahan nie tak ada apa-apa yang dibawa balik melainkan semakin maju dalam sesi menulis huruf dan nombor...

*** Baru tahu balik sekolah semalam yang my son dah masuk buku 2 IQRA...alhamdullilah dan di rumah still continue muqadam diperingkat awal ameenn***

^0^ insyallah mak akan cuba terbaik lagi dan give more time untuk sesi pembelajaran asyraaf k ^0^

:...My Name...:

Thursday, February 14, 2013 0 Comments A+ a-

Officially my son can write his own name...walaupun tulisan besar2...tahniah sayang

:...Pusat Sains Negara (PSN)...:

Wednesday, February 13, 2013 2 Comments A+ a-

Cuti thaipusam yang lepas, my sis family datang ke KL untuk berjalan-jalan…so mak cadang nak bawakan diorang ke Pusat Sains Negara sebab dah banyak kali diminta namun hajat tak jugak kesampaian…and finally sabtu lepas for the first time kami jejakkan kaki ke sini…

Actually tempat ni menjadi salah satu place yang akan dikunjungi masa Family Day 2011 yang lalu tapi tak kesempatan masa…tapi rezeki kami akhirnya sampai juga..

Mengikut peta yang diberi kat PSN ni ada 12 tempat untuk dilawati (sori pelan dah separuh hilang hahaha)…so klik pada gambar untuk lebih jelas…
Bayaran masuk hanya RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak…dan umur anak 6 tahun ke bawah adalah percuma…tapi harga ni hanya untuk lawatan PSN sahaja…kalau ada tambahan pameran untuk sesuatu even, harga menjadi RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanank-kanak…if mak tak silap la…tapi hari tu kami hanya ambik untuk melawat PSN…

Mula-mula masuk PSN anda akan nampak pemandangan aqua yang menarik…
Seronok je mak tengok…ala-ala aqua KLCC tapi ni pendek jer…ok la untuk semua ikan air tawar…besar-besar fish dalam tangki nie…kalau buat gulai COMFIRM tak da sapa makan hehe…lepas melalui terowong pendek tu kita akan dapat lihat beberapa tempat pameran…happy je tengok muka anak-anak bawa jalan-jalan…
Kat sini pun ada piano gergasi tapi versi pendek punya untuk mainan anak-anak 
Sebelum balik, kami singgah kejab ke Taman Rama-rama yang ada...taman ni mak puji sebab memang banyak rama-rama berbanding dengan Taman rama-rama di area Taman Tasik Perdana tu...so berbaloi dengan harga yang murah dan boleh lihat banyak jenis rama-rama...siap hinggap di tudung lagi...dah macam pakai brooch lak hehe
 ^0^ ½ day berjalan di PSN cukup memberikan pengalaman yang ia almost sama macam Petrosains KLCC ^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~