:...Akhirnya...:

Thursday, August 22, 2013 0 Comments A+ a-

Tak ingat dah berapa bulan mak mencari bateri kereta ni...last-last mak mengalah, terpaksa meredah chow kit mencari charger yang baru...
Nasib ada spare part if not makin berkurun la jawabnya...balik dari beli terus charge...nasib sesuai dapatla main 3-5 round sebelum charging balik...
Anak-anak ni bila dapat semula apa yang memang diorang nak happynya memang tak terkata...tak pe la dari terperap baik guna...nanti dah besar sayang pulak kan...inila masanya nak main tapi belajar tetap tak lupa...
Lihat saja la wajah ceria diorang....

:...Sehari Di Pejabat Ayah...:

Saturday, August 10, 2013 4 Comments A+ a-

Tahun ni merupakan tahun last my hubby working di sini...dah juga sabtu lepas merupakan hari terakhir kami anak beranak jejak pejabat ayah...sebab ayah dah nak sambung belajar so lepas ni ayah akan dapat pejabat baru atau masih di sini entah la...

Sabtu lepas kami menolong ayah mengemas ruang kerja ayah...tapi ayah la yang buat...anak-anak pulak biasala ala-ala bos gitu...
Terutama my son...cover habis la nak senyum...padahal komputer ayah bukan bukak pun...
 
Bos kecil....
Tengok apa abang dia buat...
Geram tengok muka bulat nie...

:...Sesi Membuat Cornflakes Madu...:

Tuesday, August 06, 2013 0 Comments A+ a-

Asal raya je mak punya biskut raya adalah cornflakes madu...biskut raya lain mak tak tahu nak buat atau erti kata lain malas nak buat sebab kena main dengan tepung dan telur heheh...Macam tahun lepas jugak mak ada pembantu chef yang amat mak sayangi...cuma kalau tahun lepas my daughter hanya bermain dengan manik gula tu now dia pun sibuk nak letak sama...
 
Sesi membuat dilakukan 2 hari tapi dalam 3 kali bancuhan...kalau ikutkan bekas kena buat untuk semua adik beradik mau dekat 3 kotak cornflakes kena beli...tapi untuk kali ini hanya 2 kotak je yang mak gunakan dengan 2 setengah butter....
 
Untuk sesi pertama my son tolong mak masukkan manik-manik gula macam tahun lepas juga cuma kali ni mak campur warna warni dengan coklat...
Yang ni la tukang menyepahkan manik-manik tu...nasib la tak banyak terabur...dia pun sibuk nak buat jugak...nanti dah besar macam abang tak nak tolong mak siap la...waktu tu rasanya lagi banyak kot biskut mak nak buat...tak sabarnya hehe

Dan alhamdullilah, my hubby tolong masukkan cornflakes tu kedalam sarung-sarung tu sampai habis...
Ceriakan muka-muka kesayangan mak sebab kena dera buat biskut hehe
Untuk sesi hari kedua, 2 kali bancuhan mak buat tengahari dan malam...untuk tengahari tu my son lak ambik alih tugas memasukkan cornflakes dalam sarung...my hubby tolong susun jer...my daughter tak da sebab dia tido makan ubat selsema...
Dan ini la hasilnya....
Bila suruh bergambar my son buat macam nie...

:...Kad Raya Untuk Cikgu...:

Saturday, August 03, 2013 0 Comments A+ a-

Kad raya zaman sekarang ni payah la nak dapat dah...bukan payah nak cari tapi payah nak dapat...kawan-kawan pun dah tak hantar kad raya pakai pos...semua pakai phone jer...nak la ada smart phone lagi la...buat group send and wish ramai-ramai...

Hari selasa minggu lepas, my son cakap teacher suruh bawa kad raya...pulak dah...mana nak cari kad raya...tetiba teringat kat foyer office ada jualan...so mak pun melilau la mencari kad raya...alhamdullilah kad raya untuk cikgu ada...so mak beli sekeping dan 3 keping kad lain untuk sampingan kot-kot anak nak hias kelas guna kad so mak dah ada tak payah nak tercari-cari...

So ini la kad raya tu...
Malam tu mak tulis kat atas kertas dan my son follow ikut balik...hasilnya macam nie...
Mak cakap bagi teacher keesokkan hari nya...dengan muka happy pegang kad tu nak bagi cikgu...
adik dia???? biasala sibuk gak nak bergambar...walaupun bukan dia punya kad :)

:...Solat Tarawih...:

Friday, August 02, 2013 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah hari ni dah masuk 24 Ramadhan 1434 Hijriah....ada lagi beberapa hari lagi umat islam akan meninggalkan bulan ramadhan ini...dalam tempoh itu, alhamdullilah kami sekeluarga menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang ringkas dan dipermudahkan walaupun 2 hari mak dilanda sakit gastrik dan now sakit kaki yang teruk...

Pada ramadhan yang ke 15 hari tu my son beria nak solat tarawih...so my hubby pun bawa dia ke masjid di hadapan rumah...sebelum ni bukan tak nak bawa, tapi asyik tumbang (tido) je selepas mahgrib...maybe penat kat sekolah kot...

Bila tanya dia memang nak solat tarawih ke dia cakap nak sebab teacher ada cakap...so this is a cute face lepas balik dari solat tarawih...
My hubby cakap pecah rekod my son hari tu sebab solat sebanyak 12 rakaat, 4 rakaat untuk isyak dan 8 untuk tarawih...tapi sampai rakaat yang keberapa tah, my hubby cakap dah macam cacing kepanasan dok terpandang-pandang orang lain dah...esoknya bila tanya nak pergi lagi ke tidak...jawapan yang mak dapat adalah tidak...tapi tak pe la at least belajar kan...nanti dah pandai ok la....

Dibawah ni mak sertakan fadilah solat tarawih untuk pedoman kita semua...mak ambik dari SINI...

Pahala Sholat Tarawih Malam ke-1: Terlepaslah ia dari dosa-dosanya seperti ketika ia baru dilahirkan oleh ibunya.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-2 : Allah swt memberi pengampunan kepadanya dan kepada kedua orang tuanya jika keduanya mukmin (orang yang beriman)
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-3 : Malaikat berseru dari bawah Arsy ; mulailah beramal semoga allah swt mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-4 : Mendapatkan pahala sama dengan pahala membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Furqon (al Quran)
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-5 : Allah memberi pahala kepadanya seperti pahala orang yang shalat di Masjid Alharam (masjidil haram) di Makkah,masjid Nabawi di Madinah dan masjid Al Aqsha di Palestina.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-6 : Allah akan memberi pahala seperti pahala orang yang tawaf di-baitul mamur, dan batu-batu serta tanah liat memohonkan ampun untuknya. (subhanallah sungguh luar biasa, batu dan tanah yang kita injak selama ini,ternyata bisa memintakan ampunan kepada Allah untuk kita).
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-7 : Seakan-akan dia berjumpa nabi Musa a.s kemudian menolongnya dari Kerajaan Firaun dan Hamman.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-8 : Allah memberikan kepadanya, apa yang pernah Allah berikan kepada Nabi Ibrahim a.s
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-9 : Dia menjadi seperti seorang hamba Allah yang beribadah kepadanya seperti ibadahnya seorang nabi.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-10 : Allah memberikan anugerah kepadanya,berupa kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-11 : Maka ia akan meninggal dunia dalam keadaan seperti bayi yang baru lahir (meninggal dengan tanpa membawa dosa /husnul khotimah)
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-12 : Pada Hari Kiamat, Anda akan bangkit dengan muka cemerlang seperti bulan.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-13 : Pada Hari kiamat, Anda akan bebas dari ketakutan yang membuat manusia sedih.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-14 : Para malaikat memberi kesaksian shalat tarawih anda, dan Allah tidak menghisab anda lagi.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-15 : Anda akan menerima shalawat dari para malaikat, termasuk malaikat penjaga Arsy dan Kursi.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-16 : Anda akan mendapat tulisan “Selamat” dari Allah, anda bebas dari surga, dan lepas dari neraka.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-17 : Allah akan memberi pahala kepada anda sesuai pahala para nabi.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-18 : Malaikat akan memohon kepada Allah agar anda selalu mendapat restu.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-19 : Allah akan mengangkat derajat anda ke Firdaus (surga yang tinggi)
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-20 : Diberikan pahala kepada anda sesuai pahala para syuhada dan shalihin.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-21 : Allah akan membuatkan sebuah bangunan dari cahaya untuk anda disurga.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-22 : Anda akan merasa aman dan bahagia pada hari kiamat, karena Anda terhindar dari rasa takut yang amat sangat.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-23 : Allah akan membuat sebuah kota untuk Anda di dalam surga.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-24 : Allah akan mengabulkan 24 permohonan Anda selagi Anda masih hidup di dunia.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-25 : Anda akan bebas dari siksa kubur.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-26 : Allah akan derajat amal kebaikan Anda sebagaimana derajat amal kebaikan Anda selama 40 tahun.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-27 : Anda akan secepat kilat bila melewati Siratalmustakim nanti.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-28 : Anda akan dinaikkan 1.000 kali oleh Allah di dalam surga kelak.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-29 : Allah akan memberi pahala kepada Anda seperti Anda menjalani ibadah haji 1.000 kali yang diterima Allah.
 
Pahala Sholat Tarawih Malam ke-30 : Allah menyuruh kepada Anda untuk memakan semua buah di surga, minum air kausar, mandi air salsabila (air surga), karena Allah Tuhan Anda, dan Anda hamba Allah yang setia
 
 Apa pun selamat berpuasa untuk semua umat islam diseluruh dunia....

:...Maskot M&M...:

Thursday, August 01, 2013 0 Comments A+ a-

Bulan puasa ni sangat la susah nak masuk BIG AEON ni sebab asyik penuh jer...dua kali pusing belum tentu leh masuk...akhirnya mak pasrah terus menuju ke TESCO Ampang nak cari barang dapur siap-siap sebelum cuti raya nie...tapi bila sampai sana rasa hampa sebab apa yang dihajati dan dicari tak kesampaian...rupanya kawan cakap memang kat sana barang banyak tak ada...sebab murah atau apa mak tak sure sebab first time jejak sana nak cari barang dapur lepas 8 tahun dok KL..
 
Lepas mencari apa yang patut, kami menuju semula ke BIG AEON and alhamdullilah kami berjaya dapat paking dan troli...so dua beradik nie pun biasala sumbatkan dalam tu supaya tak haru nak control...
 
Jalan punya jalan jumpa mascot nie....ingatkan anak-anak takut dengan mascot ni rupanya tidak...huhuh bagus anak-anak tak ikut macam mak masa kecil dulu...so dapat la bergambar untuk pertama kali dengan orang nie 
Macam biasa mak lari dulu meninggalkan ayah tangkap gambar sebab malu hehe...lepas bergambar bukan main anak-anak dok said bye...padahal coklat tu tak beli pun...bila mak tengok hasil gambar la mata mascot ni layu rupanya...baru mak perasan sebab mak tak tengok sangat dia tadi...

~~ Tabung AsyDhia ~~