:...Pengalaman di Pusat Perubatan Islam...:
Hari kedua di tahun baru ini merupakan pengalaman pertama mak dan my hubby ke satu pusat perubatan islam di Setiawangsa yang dikenali sebagai Pusat Perubatan Al-Hidayah...tujuan mak ke sana adalah membawa my daughter berubat sebab badannya naik bintik-bintik yang tetiba seperti diserang ulat bulu...Masa mak pergi around jam 8.15 pagi dan waktu tu dah ramai yang beratur...tetiba mak didatangi oleh seorang makcik yang memberikan nombor dalam kertas yang ditulis sendiri
Bila pintu dibuka, my hubby pun serahkan kertas tu di kaunter namum staff disitu bertanyakan sama ada kami pernah datang atau tidak...sekiranya untuk pertama kali, kami perlu mendaftar dahulu dan bayaran RM10 dikenakan sebelum nombor diberikan...Kemudian staff tersebut memberitahu nombor giliran hanya akan diberikan pada pukul 9.20 pagi dan semua pesakit boleh makan atau minum dahulu...
Masa mak sampai mak telah sediakan 2 botol air mineral 1.5 liter untuk dijadikan air penawar for my daughter...nombor giliran yang mak dapat adalah 3005 dimana menunjukkan bilik 3 nombor giliran 5...
Sementara menunggu saat dipanggil, mak tengok my daughter dah macam panas ponggong je kat dalam pusat perubatan tu...semua macam tak kena...tetiba dia rasa nak muntah...mak agak sebab perut dah masuk angin sebab dia tak nak makan apa pun pagi tu...dalam around 10.15 pagi giliran kami dipanggil...dan sewaktu masuk ke bilik rawatan, my daughter sekali lagi muntah...kali ni habis baju my hubby...
Semasa rawatan dilakukan, ustaz tu hanya tersenyum dan bertanya soalan yang sangat mudah..."bawa anak berjalan ker??", "berjalan ke mana??", "Di Melaka kat mana??", lepas dengar jawapan kamiustaz tu senyum dan mula membaca ayat suci al-quran...yang membuatkan mak terpinar seketika my daughter mampu duduk diam tanpa bersuara pun saat itu...hanya khayalan mak atau sememangnya begitu mak tak pasti...yang mak lihat renungan tajam anak kesayangan mak pada ustaz tersebut...
Lepas je rawatan, ustaz pun menerangkan kepada kami apa yang perlu dilakukan dan diamalkan...bersyukur sangat waktu tu my daughter nampak agak ok sedikit dan demamnya masih tidak berkurang cuma bintik merah tu dah tiada sehingga saat entry ini dikeluarkan...
Sebelum mak melangkah keluar dari pusat perubatan itu, kami dibekalkan dengan 2 ayat quran yang perlu kami amalkan dalam melindung diri dari makhluk-makhluk halus atau gangguan syaitan iblis yang kita tidak nampak...
Ayat yang dimaksudkan adalah Surah Al-Mu'minuun surat 23 ayat 105 hingga 118 dan Surah Ar-Ra'd surah 13 ayat 30 hingga 43.
^0^ bersyukur sangat-sangat yang kini my daughter semakin sihat termasuk sembuh dari ulser ameennn...dan mak bersyukur kepada Allah kerana kurniakan suami yang tak putus berdoa juga kepadaNYA ameennn ^0^