:..My Lovely Fish...:

Monday, December 31, 2012 5 Comments A+ a-





2 tahun yang lepas, after kami mendapatkan cahaya mata ke-2 kami in July, my hubby mengeluarkan idea yang payah untuk disangkal iaitu membeli sebuah aquarium...so permulaan yang kami buat adalah membeli aquarium dan ikan...akhirnya bertambah menjadi sebuah aqua yang menarik dengan beberapa jenis ikan kecil-kecil...jangan tanya nama ikan sebab mak tak pandai...tapi rasa bestnya bila ada antara ikan-ikan kecik ni beranak lagi hehehe...ni aquarium waktu tu...
Ni la suasana ikan-ikan yang kami bela...sampaikan one day tu, my hubby beli 4 ekor ikan baru...ikan tu ada kat gambar bawah nie sebelah kiri warna oren-oren merah...
So pada 10 Dis 2012 hari tu...dalam keempat-empat ekor tu tinggal seekor je yang bertahan...tapi akhirnya menjadi kenangan jugak...dari sebesar ibu jari hinggala sebesar tapak tangan kami jaga...akhirnya ikan-ikan kami semuanya dah tak ada...
Besarkan ikan nie...ni la ikan yang comel dulu...kalau boleh dimakan dah macam ikan merah masak sambal pun boleh hehe....tapi boleh ker hahaha...sekarang ni kami masih membela ikan jugak cuma spesisnya sama macam mula-mula beli dulu...semuanya ikan kecil-kecil dan hope bertahan lama la hendaknya...

Hari-hari my daughter tolong gosokkan aqua tu pakai penggosok magnet tu...so aqua ayah bersih dan mak tak payah dengar bebelan dari ayah hahaha...


^0^ Bila tengok ikan di aqua hati pun jadi tenang ^0^

:..Main Mak Dan Anak...:

Sunday, December 30, 2012 2 Comments A+ a-

Zaman kanak-kanak dulu teringat main masak-masak, main mak-mak, main kahwin-kahwin…ingatkan bila zaman IT yang penuh dengan gadjet,mainan macam ni tak akan ada dah…

Hari tu tak ingat lak bila, my hubby tengah ironkan baju, so mak pun temankan la buah hati mak…sambil tu mak tengok dua beradik nie main mak-mak…so sapa jadi baby diorg….tu yang dalam gambar hitam putih tu dengan warna merah biru tu…
My Kids baringkan 2 ekor (ekor ker..hentam je la ya) atas bantal dan bancuh susu menggunakkan blok lego hehe...
 Fokus betul-betulkan benda yang my daughter pegang tu :)...tu la lego a.k.a botol susu untuk disumbat ke mulut anak-anak yang baring atas bantal tu ehehe...
Terfikir jugak mak, adakah perlakuan seharian kami dirumah diperhatikan atau my kids dapat pengaruh dari kawan baik diorg nie…maklumla baru-baru ni mai rumah pun sibuk main masak-masak dan mak-mak….

^0^  cepatnya masa berlalu, semakin cepat anak-anak sekarang matang  ^0^

...Tab Mandi Yang Bergaya...:

Sunday, December 30, 2012 4 Comments A+ a-

Cerita lama yang baru nak update, kalau tak silap pertengahan bulan NOV, my hubby ajak kami ke KLCC tengok pameran perabot dan alat-alat kelengkapan rumah (Home Deco)…so banyak la risalah even beg yang kami dapat…dan ada satu contoh rumah tu menarik perhatian mak...kalau la mak ada tanah yang luas mak nak bina macam nie untuk riadah di pagi dan petang heheh..

Lepas tu di tepi rumah tu mak buat kolam renang macam nie...sure bestkan sambil berehat boleh tengok anak-anak berenang...
Tapi yang menarik perhatian anak-anak adalah benda nie…

Teruja gile tengok sambil berangan alangkah bahagianya kalau ada bilik air luas yang boleh sumbat benda nie hehee…rasa macam orang kaya-kaya lak kalau ada tab macam nie...sure tak payah suruh anak-anak mandi...mesti diorang dengan rela hati bangun pagi mandi hehe...
Anak-anak apa lagi nak pulak tengok air bertakung macam tu lagi la teruja kan hehe…so mak berdoa n berusaha bersama ayah untuk pastikan one day kita akan mandi di kolam ini di rumah sendiri…hope hotel yang akan kami pergi 4 Jan 2013 nanti akan ada la kolam nie seperti dalam gambar di website dia…

^0^  tak sabar nak bawa anak-anak mandi tab hotel hahaha  ^0^

:...Gusti Bersama Beruang...:

Saturday, December 29, 2012 6 Comments A+ a-

Beruang atau dalam english call BEAR...tapi bila jadi peliharaan it's call TEDDY BEAR hehe..
Teddy Bear ni mak dapat masa mak bercinta dengan my hubby la kan...time tu masa belajar di Pahang dulu...so bear ni la peneman mak siang dan malam di bilik asrama...kalau tak silap mak, kami beli bear ni pada tahun 2004...so kalau total sekarang ni umur bear ni dah masuk 8 tahun bersama kami dah alhamdullilah it still in good condition...

Tapi malam tadi hampir lulur jantung mak sebabnya bear yang mak jaga dan melarang anak-anak bermain kasar telah dilukai oleh my kids...hanya mampu melihat tanpa berkata-kata (just boleh ambik gambar)...

Bermula dengan hanya berbaring, mak ok lagi...
Tetiba aksi dibawa ketengah oleh my son, mak ok lagi...

Adik hanya memijak turtle dia dan mak masih ok lagi...
Sebelum dia membuat smack down pada bear mak...hat ni mak tak mampu kata apa-apa...
Bertambah sedih bila my son turut join dalam aksi ini...so layan je la aksi dan adengan bergusti dengan beruang huhuhuh (sedih tau)...
Gandingan dua beradik menjadikan hati mak semakin luluh huhuhuh...
Finally bila mak tahu anak-anak mak yang menang, terus mak bawa masuk bear ni ke bilik sambil mulut bising suruh jangan main dah huhuhu...
p/s: to my lovely daughter...kalau nak bear besar camni, sila minta dengan bakal suami nanti k...tak pun beli sendiri...to my son, bear tu la satu-satunya hadiah ayah buat mak yang pertama dalam hidup mak...so jangan lanyak dia tau...mak tahu kalian adalah hadiah paling ternilai tapi mak sayang jugak hadiah bear tu sebab tu la pertama kali mak mengenali apa itu HADIAH DARI YANG TERSAYANG huhuhu...


^0^ kat mana agak-agak lokasi mak nak sorok bear nie supaya kalian hanya boleh melihat tapi tidak menyentuh hahahhaa ^0^

:...Bakul Mainan Lego...:

Saturday, December 29, 2012 2 Comments A+ a-

Kreativiti anak kadang-kadang tak terjangkal di akal…adakah kerana dia dah ada sifu yang boleh mengajar dia macam-macam atau sememangnya kelakuan anak ke-2 begini…

Kalau tak silap mula-mula tengok dulu, my daughter belajar dari sifunya iaitu my son…so apa dia buat dengan bakul lego tu…dia buat as topi chef…
Sekali tengok bukan macam chef tapi dah macam topi badut pun ada…tah la ragam anak-anak nie…kiut lak tengok (puji anak sendiri) hehehe….
Bila tangkap gambar sekarang ni kena tangkap dua-dua sekali kalau tak ada yang buat muka macam nie...merajuk la konon huhuh... 



^0^  kali ni snap gmbr bergegar sebab bila orang tangkap dia pun ikut bergerak huhuhu…  ^0^

:...Tarian Spontan...:

Saturday, December 29, 2012 2 Comments A+ a-

Dah macam super spontan pulak, my daughter bila dengar je lagu sure berentak kaki tangan dia...jangan ingat masa mengandung tak mengaji or perdengarkan quran pulak...tapi majoriti anak-anak macam tu ker atau anak mak je macam tu...tadi masa tengok maharaja lawak ada muzik apa tah macam iklan tarian untuk ke final...mak tengok dia terus menari...nak upload video besar sangat...so layan je la 2 picture ni k...siap cekak pinggang ok...hope dah besar takmdamla macam ni huhuhu....

Gambar curi2 tangkap dari belakang...

:...Jadual Puasa Tahun 1434/1435H @ Tahun 2013...:

Friday, December 28, 2012 4 Comments A+ a-


Mak dapat dari kawan mak di FB yang like gambar ni dari Layar Minda...so memandangkan tahun 2012 @ 1433 H dulu mak ada lagi 5 hari untuk mengganti puasa...insya ALLAH mak akan cuba habiskan disamping puasa-puasa sunat yang mampu mak buat sekiranya diizinkan olehNYA amennn...

^0^ hope tahun ni mampu habiskan puasa sebelum datangnya bulan Ramadhan nanti ameenn ^0^

:...Doa Keluarga Bahagia...:

Friday, December 28, 2012 6 Comments A+ a-


Info ni mak dapat dari kawan yang shared di FB melalui Asas Collection....tapi bila mak tengok balik asal gambar ni dari Haiya BidDoa...bila mak bukak laman web dia, mak nampak ada karakter yang comel di website ni...ada anak, parents and teacher...so cute...pandainya orang yang melukis karakter ni...

Bila belek-belek website ni mak nampak ada satu aplikasi boleh dimuat turun untuk pembelajaran anak-anak dirumah dengan animasi yang comel-comel...nanti balik nak download la kat Note ayah hehe...

Kat website tu jugak mak tengok kebanyakkan orang suka...so boleh tengok di sini...insyallah mak akan cuba yang terbaik dalam mendidik anak-anak...so mari mulakan dari sekarang ;)

^0^ insyallah will learning more to be a good parents as we can...insya ALLAH ^0^

:...Jalan Sesak...:

Thursday, December 27, 2012 2 Comments A+ a-

Selalu tengok jam kat luar rumah, balik kerja, pergi kerja sure hari-hari jam...duduk di KL kalau tak jam memang tak sah...tapi ingatkan bila masuk rumah dah tak da situasi ni...tapi mak salah sebab still ada kesesakan yang berlaku...kali ni keliling karpet di hall rumah...huhuhu susahnya nak jalan....kalau langgar sure my son bising....

:...Tampalan hebat...:

Sunday, December 23, 2012 0 Comments A+ a-

Stiker ni diberikan oleh MAMA ni untuk motivasi my son dalam belajar tapi adiknya telah manipulasi kepada ini…
 See cantikkan...kosmetik baru...tak terdapat dimana2 kedai hahaha
 ^0^  nak marah pun serba salah hhuhu  ^0^

:...Kereta Bomba...:

Saturday, December 22, 2012 0 Comments A+ a-


Tak dapat naik kereta bomba betul, mainan pun jadi la….
So ini la driver kereta bomba nie…
Dan ini pula assistantnyer J

Bertungkus lumus membawa kereta bomba ini dan mengawal segala isyarat dan peralatan yang ada hehee
 ^0^  apa la imaginasi anak-anak ketika ini  ^0^

:...11 Month At Tadika...

Friday, December 21, 2012 0 Comments A+ a-


Bulan ni adalah bulan yang happy for my son…sebabnya tadika tutup for a month…actually open untuk daily care cuma mak malas nak hantar dia ke sekolah…so biarla dia rehat dirumah pengasuh adiknya…

Perkembangan selama 11 bulan belajar di tadika amat-amat TIDAK MENGECEWAKAN mak…untuk anak yang langsung tidak pernah bukak buku di rumah even belajar akhirnya membuktikan yang anak mak mampu buat…bukan mak tak nak ajar tapi anak mak yang asyik bagi alasan…baru 5 minit pegang pensil dah penat dan start gaduh dengan mak…

Baru-baru ni bila pergi beli barang di Carrefour, no more toys yang dibawa balik…alhamdullilah yang dibawa balik adalah buku…so mak belikan buku ni untuk anak mak…
So masa mak suruh tulis nama atas buku nie…anak mak akan menulis mengikut huruf yang mak sebut…walaupun tulisan tak cantik tapi mak bersyukur sebab semua huruf dia kenal…bersyukur sangat-sangat…tengok je la tulisan dia macam mana…

^0^  lepas ni kena giat lagi usaha  ^0^

:...Carta Merencana Anak..:

Friday, December 21, 2012 0 Comments A+ a-

Petang tadi masa tengah tengok mukabuku, tertarik dengan artikel yang dikongsi oleh kawan U mak dulu...bile tengok rupanya dia perolehi maklumat daripada facebook Ustaz Zahazan Mohamed....penerangan yang simple dan menarik untuk semua orang...

Carta untuk perencanaan Anak Soleh...bila baca alhamdullilah kebanyakkannya mak buat untuk my kids dan ada juga perkara yang tak sepatutnya mak buat...ini mengajar mak apa yang baik dan patut dalam mendidik anak-anak terutamanya dalam kehidupan seharian untuk menjadi islam yang sejati...

Mengikut carta diatas, sewaktu anak-anak berusia 1hari,as parent kita kena azan dan iqamat ditelinga anak-anak dan alhamdullilah my kids sejurus dilahirkan dan dibalut terus my hubby azan dan iqamah sebelum nurse ambik untuk dibersihkan..masa preggy sulung ada kawan opis bercerita, dia cakap adalah lebih baik sejurus anak dilahirkan ayat pertama yg didengar di telinga adalah azan dan iqamah...syukur sangat...

Untuk belah mulut atau erti kata lain tahnik, alhamdullilah dilakukan oleh my opah angkat...dan kedua-dua uri adik beradik ini ditanam dekat dengan sepupu di klang...maklumlah rumah atas rumah mana ada tempat nak tanam uri...dalam pemberian nama, alhamdullilah dalam tempoh my hubby bercuti nama didaftarkan cuma aqiqah sahaja dilakukan almost my kids 1 year...budget tak mencukupi untuk mak buat cepat sebab mak ngan ayah bukannya kaya huhuhu...kenangan anak-anak bercukur rambut ada mak rakam siap dengan mandikan bunga lagi untuk my kids...cuma my daughter je gambar or video tak berapa banyak huhuhu....

Alhamdullilah juga sejak my kids didalam kandungan lagi mak telah dengarkan alunan ayat suci al-quran serta tak putus baca al-quran (baik mengandung mahupun tidak) kepada anak-anak mak dengan harapan dan doa agar my kids akan menjadi seorang muslimah dan muslim yang sejati...

Banyak panduan yang alhamdullilah mak ikut...semoga dengan apa yang telah mak dan ayah buat dirahmati olehNYA...dan kini me n my hubby dalam proses mengajar my son untuk solat bersama-sama agar apa amalan yang kami lakukan akan diikuti oleh our kids..dah alhamdullilah jugak our son mampu membaca doa ringkas dan berpuasa walaupun tak sampai sehari...separuh hari pun jadi la dan kami bersyukur sangat-sangat...

Pada mak, panjang lagi arus dan cabaran yang perlu mak dan ayah sama-sama berusaha dalam membentuk corak atas our kids...dan bersyukur sangat kerana ajaran islam dalam permulaan lembaran anak telah kami corakkan...Insyallah mak dan ayah akan sama-sama memastikan anak-anak mak mendapat ajaran dunia dn akhirat dengan secukupnya....

^0^ Ya Allah permudahkanlah segala doa dan impian kami dalam kehidupan dan kesejahteraan yang KAU berikan kepada kami....kuatkan la semangat kami dalam mendidik dan tanamkan la kesabaran yang tinggi pada kami...dan jadikanlah our kids seorang yang berilmu dunia dan akhir serta patuh pada ajaranMU Ya Allah amennnn ^0^

:...Sakit @ Tidak...:

Thursday, December 20, 2012 2 Comments A+ a-


Anak-anak bila demam cukup merisaukan…kadang-kadang hati tak tenang dengan situasi anak demam or sakit…tapi anak-anak sikit pun tidak menghiraukan kesihatan diri…selagi boleh bermain selagi tu la tak duduk diam…yang sakit kepala kita…sampaikan dalam klinik pun masih boleh bermain…

Agak-agak kalau tengok aksi ni anak-anak yang sakit ke atau mak ayah yang sakit huhuhu
  ^0^  entry yang sepatutnya diup pada bulan oktober huhhu  ^0^

:...Bakul Kain a.k.a Cekup Kepala...:

Wednesday, December 19, 2012 2 Comments A+ a-


Kadang-kadang geram je tengok gelagat anak bila bermain…semua benda dijadikan mainan…bila balik rumah opah di ipoh sure ada je barang opah dijadikan bahan…salah satunya bakul kain ini…
Mana la dia dapat idea buat benda macam nie…abis semuanya dicekup ke kepala…seronok bila orang perhatikan aksi dia…geram jer rasanya huhuhu…so layan je la ya :) 
 ^0^  nak marah pun payah…tapi itu la bila sel-sel otak bercantum huhuhu  ^0^

:..Selamat Hari Lahir Sayang...:

Tuesday, December 18, 2012 0 Comments A+ a-

Tahun ni pada mak tahun yang amat bererti buat mak...pertama-tama TQ sangat-sangat pada my hubby coz tunaikan permintaan mak yang boleh dikatakan menggunakan costing yang banyak...tapi mak minta untuk pertama kali sepanjang umur 5 tahun anak sulung mak...TQ sangat-sangat sayang...(nanti kita buat sama jugak untuk our daughter k)

Keduanya mak nak anak mak sambut birthday tahun ni di sekolah tadika untuk pertama kali...sebab mak tahu tahun depan kita sambut kat rumah je la k...hanya kita berempat (in case adik kecik masih tidak ada)...


Pagi tu mak beli kek ais krim di Ampang hasil bantuan auntie Suzie...so dapat la kek yang sedap ini...

Sila fokus pada kek sahaja hehe...

Sampai kat tadika my son tengah seronok-seronok main bersama kawan...maklumla mereka ada end year party hari tu...so mak join sekali untuk majlis hari jadi (tumpang majlis sekolah)...lepas je anak-anak kecil bersuka ria, teacher dia pun mula menyusun meja dan kerusi anak-anak dan bermula la sambutan hari lahir anak bujang mak..


My son dan adiknya diletakkan betul-betul depan kek dan kawan-kawan...me n my hubby di bahagian tepi...kebetulan my BFF ari tu cuti sebab demam so mak pun angkut dia dengan anak dia sekali...TQ Mie temankan...

Ini semua kawan-kawan yang hadir pada masa tu...
Sebelum potong kek my son pun bergambar dengan semua kawan-kawan dia...dari kelas umur 4 tahun sehingga la umur 6 tahun...sila abaikan my daughter yang suka menyelit itu hehehe
Ini kelas cerdik kalau tak silap mak...salah satu kelas untuk anak-anak umur 5 tahun dan yang dibawah ni kawan-kawan asyraaf kelas cerdas...same kelas dengan dia...tapi tak banyak yang datang...
Lepas tu my son pun bergambar dengan pengasas & pengetua tadika...so friendly dan nampak penyayang dengan anak-anak di tadika...respect diaorang sebab kagum boleh manage semua anak-anak yang ada...kalau mak yang anak dua pun kadang-kadang hilang kesabarannya...
Yang ini, my son bergambar dengan BFF dia maybe BFF la kot sebab selalu bermain bersama...besar nanti tak sure la jadi kawan rapat ke camner...hope kawan selamanya macam mak dia hehe...
Lepas penat tangkap gambar semua, akhirnya masa yang ditunggu pun tiba makan time...tapi aku kagum kat tadika ni sebab sebelum nak potong kek tu pun ada proses learning sebenarnya...teacher dia siap tanya kawan-kawan dia berapa umur asyraaf, berapa batang lilin yang ada, berapa adik asyraaf...all in english...respect budak sekecil itu faham jugak bahasa omputih tu hahaha...
Memandangkan hari tu hari last day, so mak minta izin bawa my son balik awal hari tu...majlis pun tamat around jam 12.05 tengahari...so before kami balik, my son pun bagi goodies bag pada semua kawan-kawan dia termasuk teacher dia...so alhamdullilah majlis yang dirancang berjalan lancar...Syukur sangat-sangat YA ALLAH...




^0^  Selamat hari lahir sayang...sori mak lambat update kat sini...really busy dengan benda lain...mak, ayah, adik dan semua orang doakan yang terbaik untuk asyraaf, semoga menjadi anak yang soleh, taat pada perintah agama & Allah serta selalu bertolak ansur dengan semua orang...aminnnn  ^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~