:...Gigitan Pertama...:

Tuesday, July 24, 2012 4 Comments A+ a-

Dulu kat entry nie...mak ada maklum yg mak cukup x suka pd budak yg suka menggigit orang....even mak percaya x semua org suka budak yg kuat nak gigit org lain nie...tp baru2 nie kejadian ni dah merebak kat mahligai mak n ayah nie....kesannya huhuhu....
...Sila fokus betul2 pd tanda yg berwarna merah itu...


Ni semua angkara budak nie...
...Budak kecik nie blm masa 2 thun time tu...lg beberapa ari klau x silap....


Alasan my daughter menggigit sbb x nak kluar dr bilik air...kerana my son masih sedap n bergembira di dalam bilik air smbil bermain air hujan a.k.a air pancut huhuhu...maka berlakula protes adik pd ayah....hasilnya ayah jerit sbb kena gigit....

Bila fikir2 alik ni sure faktor rakan sebaya nie...sorg budak lelaki di rumah pengasuh yg dlnya suka gigit dia...maybe belaja dr situ kot...tp bila mak surfing2 mak jmp info nie...info dari MAMADAMIA...Dalam info tu dia ada maklumkan yg...


Anak 1 ke 2 tahun
Perkara biasa, bayi sekitar 1 tahun suka menggigit. Tumbuh gigi menyebabkan dia ingin menggigit dan bila dia penat, mereka lebih ingin menggigit. Anak ini, sebenarnya tidak bermaksud tidak elok. Ketika umur ini, masih tidak tahu menunjukan perasaan dalam perkataan, jadi dia lepaskan dengan cara primitif iaitu menggigit. Dia pun tak tahu itu menyakitkan orang lain.

Ibu bapa atau penjaga boleh beritahu dengan lembut, “Itu menyakitkan. Berlembut”. Keluarkan dia daripada kumpulan dia sedang bermain sebentar. Tujuannya memberitahu , kita tidak gembira apa dia buat walaupun dia masih belum faham.
.... Pada tahun ni my daughter x da tunjukkan apa2 tanda pun nak gigit, giigit makanan adalah huhuhu dan digigit oleh budak lain tu benar....

Anak 2 ke 3 tahun 
Tentukan samada kerap berlaku dan lihat kelakuan anak itu. Jika dia nampak tegang dan tidak gembira sepanjang masa dan suka menggigit kanak-kanak lain, itu tanda terdapat sesuatu tidak kena.
Mungkin displin di rumah terlalu ketat, mungkin tidak biasa dengan kanak-kanak lain jadi rasa mereka bahaya. Mungkin juga kerana perasaan cemburu pada bayi di rumah dan terbawa-bawa perasaan tu kepada anak kecil lain, mengganggap mereka juga saingannya.

Jika suka menggigit diikuti dengan kelakuan yang agresif dan merisaukan, tanda simpton masalah lebih besar.

Perlu elak sebelum mula gigit. Adakah boleh jangka bila berlaku? Jika ya, perlu buat pantauan bila masa kerap berlaku itu. Jika dia kerap kecewa kerana contohnya limit yang tidak tetap, ubah rutin hariannya. Berikan perhatian yang positif bila dia berbuat baik.

Jika semakin besar kekecewaaan anak itu, alih perhatian kepada aktiviti lain. jika anak sudah boleh faham, boleh bincang di masa lain mengenai masalah itu.

Jika sudah berlaku menggigit, beri perhatian kepada yang kena gigit dahulu. Selepas tenangkan mangsa,beritau pada yang mengggigit perbuatan tu buat kita tidak gembira. Beritahu jangan buat lagi. Elak bebel panjang. Peluk dia. Jangan ajar anak yang kena gigit, balas balik.
.... Pada tahap nie, mangsa keadaan adlh si ayah dan mak so x perlu tenangkan ayah sbb ayah dah besar utk belaja tenang sendiri hehehhee, tp bab tidak gembira tu maybe sbb dia disuruh kluar bilik air sedangkan si abg masih berjimba dengan ayah dlm bilik air dan kena buli ngan mak jd nak pertahankan diri adlh dgn menggigit huhuhu.... 

Anak 3 tahun ke atas. 
Biasa akan berhenti selepas 3 tahun. Ketika ini anak mula guna perkataan untuk luah perasaannya. Jika ketika ini masih suka menggigit, tanda masalah kelakuan. Perlukan bantuan.
.... Hope peringkat umur ni dia x kan buat lg, even skrg pun....

^0^  ...semoga itu pertama dan terakhir...  ^0^

4 Komen

Write Komen
Amy
AUTHOR
July 24, 2012 at 2:28 PM delete

Hahahhaa... mengigit lak baby nie.. tak pe2.. kejab je. jgn jadi ila, time kecik2, suka gigit2 org.. pastu, ubah perangai, asal tak puas hati apa2, dia gigit tgn dia sendiri sampai merah2.. tp kejab je la perangai tu..

Reply
avatar
asYDhia
AUTHOR
July 24, 2012 at 4:55 PM delete

setakat ni x da lg xtiviti gigit2 ni dah...klau ada mmg siapla mulut munggil dia tu hhuhuh

Reply
avatar
July 25, 2012 at 10:36 AM delete

Alahaii.. geram sgt la dia tu.
Hihi..

Reply
avatar
asYDhia
AUTHOR
July 25, 2012 at 2:42 PM delete

hehee..kdg2 rs nk gigit dia alik ;p

Reply
avatar

~~ Tabung AsyDhia ~~