:...Visiting Day At Tadika Bijak Part 2 - Kelas Mandarin...:
Kalau sebelum ni mak story sikit pasal entry untuk kelas agama, sekarang mak cerita sikit pasal kelas mandarin... setakat ni anak mak bawa balik tiga buku dan dua soalan exam serta cd dan kertas bacaan...
Kelas seingat mak pada hari selasa dan khamis petang...nama kelas tu Global Star...untuk musim cuti ni boleh hantar dengan yuran RM130 ada 6 sesi kalau tak silap mak...tapi boleh jugak teruskan every saturday dengan bayaran RM80 rasanya sebulan...yang ni mak tak berapa clear dengar..
Berbalik pada hari visiting day, parents dipersembahkan dengan anak-anak dari umur 4 hingga 6 tahun untuk sesi menyanyi, menyebut perkataan bergantung kepada bahan yang dipegang oleh teacher dan bertutur dalam bahasa mandarin...
Yang ini anak-anak membaca artikel ringkas dalam bahasa mandarin..
Yang ini tengah standby untuk menyebut perkataan yang ditunjukkan oleh kawan-kawan...
This one diaorang tengah menyanyi lagu mandarin...tajuk tak ingat...
Even teacher dia pun dok bagi penjelasan dalam bahasa mandarin...jenuh mak nak faham walaupun dulu masa mak tadika mak ada belajar...now dah berkarat la kan...