:...Sesi Latih Tubi...:
Semenjak my hubby beli board ni, anak-anak bukan main lagi sibuknya berlakon jadi cikgu, anak murid even suka benor menconteng kat board tu...mak perhatikan je sebab mak tengah giless layan LOVE YOU MR. ARROGANT...walaupun dah baca habis story dibuku tapi di drama lagi menarik sebab dah diolah cerita sampai sangat menarik..Ok kita sambung balik...mak saja nak duga anak bujang mak sama ada dia ingat ke tidak huruf A-Z huruf besar dan kecil...tapi mak dah tau yang anak mak keliru dari huruf G hingga L...yang seterusnya ok pulak dia buat...ok ni tulis dia diboard tu...macam bukit...
Hari seterusnya mak tengok dia dok sebut hari Isnin a.k.a Monday...so mak pun try minta dia tuliskan semula hari dalam BM and english...jenuhnya nak bagi dia faham sebutan mak untuk dia tulis...tapi boleh la walaupun dia kena marah banyak kali huhu...maaf sayang mak...
Dan ini hasil ejaan yang mak cuba dia tulis...adoiii dua suku kata pun boleh membuatkan mak berasap apa tah lagi kata tertutup....sori mungkin mak rasa dia dah sepatutnya tahu...tapi bila dia tidur mak tersedar yang dia masih tadika baru nak melangkah darjah satu...so apa yang dia tulis ni pun dah seribu rahmat sebenarnya...apa pun mak bangga dengan pencapaian sayang...
Nanti kita belajar lagi ya...