:...Hadiah Dari KFC...:

Monday, October 07, 2013 0 Comments A+ a-

Last week my son ada rombongan tadika ke dua lokasi di area Damansara...lokasi kali ni di KFC dan Pusat Sains Negara...kat Pusat Sains Negara ni kami dah pergi dulu dengan mak ngah dia sekeluarga...tapi kali ni dengan kawan-kawan di sekolah...so happynya lain sikit la kan...gambar macam biasa hujung tahun baru mak boleh tengok dan beli cd dia...tapi tak pe la kenangan dia semasa tadika...

Balik dari rombongan macam biasa mulut dia tak berhenti bercerita yang dia buat burger di KFC tadi..."mula-mula letak roti pastu letak sos putih (mayonis la kot), kemudian letak sayur, letak ayam letak roti balik...asyraaf makan sedaaaapp makkk...asyraaf buat sendiri"...tu antara dialog yang dia sebut balik tu...

Macam biasa jugak ada barang yang dia bawa balik dari rombongan...banyak jugak la mak rasa...semuanya dari KFC...
Majoriti barang adalah untuk back to school...ada buku aktiviti, stiker dan penanda buku...dan yang specialnya my son dapat ini dari KFC juga..
Apron KFC...sejak dapat apron ni asyik sibuk je nak tolong mak buat kek, nak tolong mak masak...Sampaikan kena fahamkan dia yang dia masih kecil...Kadang-kadang siap cakap "mak tak ada apron, asyraaf ada"... Wahai sayang mak...walaupun mak tak ada apron, tapi mak masak sedap tau hahaha...

~~ Tabung AsyDhia ~~