:...Selamat hari ibu...:

Sunday, May 12, 2013 0 Comments A+ a-

Happy mother day to me, to my mom, my sis and all my SIL....

Actually mak tak sambut pun hari ibu...and tak ada pun sapa nak wish mak happy mother day sebab sepanjang mak bergelar ibu, mak tak pernah pun nak sambut sebab mak rasa hari ibu pada mak jatuh pada hari kelahiran my son on November...itula hari ibu sebenarnya sebab first time ever bergelar ibu.. sebelum menyusul yang kedua di bulan julai...

Banyak anggapan yang menggambarkan ibu adalah seorang suri rumah, tukang masak, pengemas rumah, doktor dan nurse pada keluarga, menteri kewangan heheh...pengasuh dan sebagainya....

Bila dihitung betapa banyaknya kerja seorang ibu dari saat mengandung sampai la membesarkan a.k.a sehingga ibu menutup mata dengan segalanya turut dibantu oleh suami a.k.a ayah....

Apa pun mak bangga bergelar seorang ibu yg bekerjaya kepada dua permata hati mak yang sedang meningkat remaja ini...mak doakan semoga mak mampu menjadi ibu yamg terbaik buat kalian dan sebagai ibu mak bersyukur dengan gelaran yang telah ALLAH berikan ini dan sebaik mungkin mak akan cuba membentuk kalian kejalan yang diredhoi olehNYA ameemmm...

Terakhir kata SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA WANITA YANG BERGELAR IBU DI DUNIA INI...Semoga sesiapa yang bergelar ibu akan dihormati oleh setiap anak-anak mereka dan disayangi sepenuh jiwa raga mereka...to my son and my daughter tq sudi menjadi anak mak yang terbaik..

Ya ALLAH terima kasih kerana sudi memberikan gelaran ibu ini kepada ku...sesungguhnya diKAU yang lebih berkuasa dari segalanya dan ku memohon agar diKAU tunaikan semua permintaan wanita yang berkahwin di luar sana untuk bergelar ibu dan berkongsi keseronokan ini dan tunaikan la permintaan kakak ipar ku walaupun hanya seorang....amennnn

~~ Tabung AsyDhia ~~