:..Harapan...:

Saturday, March 16, 2013 6 Comments A+ a-

For the first time mak nampak muka anak bujang mak dalam seribu erti yang tak mampu mak uraikan untuk hari ni...tempoh 1bulan setengah walaupun weekend bersama namun hari ini, tika ini muka anak bujang mak so sad,terkilan,tertanya-tanya dan paling mak nampak adalah BERHARAP...

Berharap hanya pada satu...agar dapat bersama-sama bermain,bergembira dan hanya meminta masa dalam sejam dua untuk bermain...tapi apakan daya ayah tak mampu dan ayah berbelah bagi antara kerjaya dan keluarga...

Saat ini tika ini air mata mak mengalir bila terbayangkan wajah my son...mak cuba yang terbaik tapi mak tak pandai nak bermain...nak pulak mainan lelaki...mak kan gurl...bertambah sayup bila melihat wajahnya masuk ke bilik dengan muram memaklumkan yang ayah tak benarkan dia bermain di taman...once a week satu harapan yang diingini diakhiri dengan perkataan TIDAK BOLEH...

6 week ayah bersama buku dan bila dah abis buku ke kerjaya...ANAK-ANAK???terlalu baru untuk mak terima semuanya...tidak meminta lebih cuma berharap agar masa diluangkan bersama anak-anak...hanya untuk bermain dan tidak lebih...

Memenuhi permintaan anak dan persoalan anak menjangkau 6 tahun kadang-kadang membuatkan mak terkelu,terdiam tak mampu berkata-kata..."kenapa ayah asyik kerja bila cuti","kenapa ayah selalu balik lewat","kenapa bukan ayah yang ambik di sekolah",semuanya kenapa dan mengapa...simbol ini "?????" membuatkan mak mencari jawapan yang boleh melegakan perasaan anak kecik mak...namun kadang-kadang jawapan mak disangkal dengan jawapan darinya yang mungkin untuk menyedapkan hatinya..."ooo..bos ayah panggil ayah","oooo jalan jam kot","ooo ayah kerja jauh"...semua tu jawapan yang diberi dari mulut kecilnya...

Orang cakap hanya kerja swasta yang busy tapi pada mak orang gomen pun busy...maybe susah untuk menelan dan memahami apa yang diperlukan...bukan kemewahan yang diminta cuma secebis masa untuk bersama...menanti dan mengharap adalah perkara yang amat menyakitkan...namum kami akan cuba mempelajarinya sehingga selamanya...

Kadang-kadang perasaan cemburu melihat keluarga lain bercuti bersama-sama family tapi itu semua hanya la perasaan...secara jujurnya mak tak mampu mengingati muka anak mak tadi...sebab mak akan menangis dan mak tak nak terlalu BERHARAP...perlu redha dan terima apa jua yang diberikan oleh NYA....

^0^ YA ALLAH mohon restu dan hidayah dariMU..kuatkan la imanku dan anak-anak serta keluargaku...berila kebahagiaan ini berkekalan selamanya ameennn ^0^

6 Komen

Write Komen
Mama Adam
AUTHOR
March 17, 2013 at 7:28 AM delete

Utk dpt sesuatu, mmg ada yg perlu dikorbankan. Kadang2 org nmpk bila kejayaan kita dh capai, tapi jln dan cabaran tu org x nmpk.
Insya sllah, sikitttt je lg. Meh la msin ngan adam. Hihihi.

Reply
avatar
asYDhia
AUTHOR
March 18, 2013 at 8:50 AM delete

hahah...pengorbanan yang perlu selagi bergelar manusia dan bernafas dimuka bumi ini...insya allah will be more strong than before...

p/s: kalau la rumah ku disebelah rumah mu dah lama ajak bermain di taman bersama hehe

Reply
avatar
Bardboo
AUTHOR
March 18, 2013 at 9:50 PM delete

as salam,

saya dah baca entri ni semalam..tapi tak sempat nak komen sebab anak dah bangun tidur..

hurm, saya pun alami benda ni gak..sejak tiga minggu lepas hubby sangat sibuk dengan study dia..kesian tengok anak first saya, dia lelaki...main dengan mak dia ni tak best kot, sebab mak main soft2 je..huhu..bila ayah dia balik, memang dia berlari2 la ke pintu nak main dengan ayahnya..sedih plak tengok..

Reply
avatar
asYDhia
AUTHOR
March 19, 2013 at 9:25 AM delete

maybe saya dan anak2 dah terbiasa dengan suami yang sering ada dirumah walau sesibuk mana pun tp mlm ada free time dengan kami...cuma bila berubah timing mcm ni kena slow2 blajar huhu

Reply
avatar
Ernewaty AR
AUTHOR
April 5, 2013 at 9:21 AM delete

ok la tu..sy ni husband belajar every wekend, sabtu ahad..yg trluang masa cuma petang ahad kol 4 onwards..since nuha lahir..

skrg dia mengajar mlm plak..huhu

Reply
avatar
asYDhia
AUTHOR
April 5, 2013 at 9:52 AM delete

tapi tu la pengorbanan yang perlu as wife and family lakukan...untuk masa depan kita dan anak2 kan...i'm more strong walaupun kdg2 rapuh...tapi bersyukur ada dia sebagai teman hidup suka dan duka :) alhamdullilah

Reply
avatar

~~ Tabung AsyDhia ~~