:...Anak Lelaki Vs Anak Perempuan...:

Friday, February 08, 2013 0 Comments A+ a-

Terpanggil untuk mencari info pasal tajuk ni lepas membaca entry dari Di Jari Pena Menari berkaitan tajuk ini…bila surfing terjumpa artikel dari Pa & Ma…cuma bezanya cerita tu menunjukkan yang sulung perempuan and second boy…so pada mak mari kita terbalik kan pulak sebab yang sulung mak lelaki dan yang second adalah girl…

Dalam Pa&Ma menyatakan perbezaan ketara antara anak lelaki dengan anak perempuan adalah:

Lelaki
• Anak lelaki sangat suka memerhatikan pergerakan tubuh manusia. Mereka menggemari sesuatu yang dinamik dan anak lelaki lebih cepat pandai berjalan.
- Komen mak bab berjalan tu tak cepat jugak berbanding adik…sebab adik cepat jalan sebulan dari abangnya dan tiru gaya tu kalau cerita ultramen maybe dia tiru gaya la even sekarang pandai berambut pacak hehe dan adik jugak pandai tiru gaya cat hheheh...

• Sejak dari kecil, jika diperhatikan bayi lelaki lebih kerap menggeliat, menendang kakinya dan bergerak lebih aktif berbanding bayi perempuan.
- Kalau banding dalam perut rasanya my son more soft rather sister dia…tp sekarang memang kuat menendang maklumlah belaja teakwando huhu

• Anak lelaki lebih mudah tersentuh hatinya berbanding anak perempuan. Memujuk anak lelaki yang menangis adalah lebih lama berbanding anak perempuan.
- Fakta ni mak setuju sangat-sangat sebab my son kalau merajuk tu selagi tak pujuk selagi tu tak ok…sapa marah dia, orang tu la kena pujuk balik…kadang-kadang boleh mendatangkan rasa nak marah balik pada dia huhu…

• Anak lelaki juga lebih menyukai kehadiran orang lain, terutama kelompok yang seusia dengannya. Tidak hairanlah, apabila menginjak dewasa mereka gemar membentuk persahabatan secara berkumpulan.
- Alhamdullilah setakat ni bila bawa bermain di taman, my son mampu bercampur gaul even ditadika dia walaupun mengambil tempoh almost 4 month menangis setiap kali jejak kaki ke tadika heheh

• Dalam satu kajian yang dilakukan kepada bayi berusia 3 hingga 12 bulan mendapati, bayi lelaki lebih pantas memberikan respons positif kepada suara-suara keras. Manakala bayi perempuan pula menunjukkan reaksi takut bila mendengar bunyi-bunyian yang agak keras dan garang itu. Ini jelas membuktikan bahawa anak lelaki lebih berani berbanding perempuan.
- This one mak tak alert lak…Cuma bab berani tu rasanya dengan lipas pun my son takut…tapi mak mengaku tu salah mak sebab takutkan dia dengan haiwan kecil tu sejak dia kecil lagi termasuk adik dia hehee…

Perempuan
• Walaupun baru lahir, bayi perempuan akan cuba menjaga kontak mata dengan ibunya. Dan dalam komunikasi pula, anak perempuan lebih cepat mengeluarkan kata-kata pertama berbanding anak lelaki.
- For my daughter masa hari kedua memang dia buat kontak mata ke tengah dengan mak and ayah sampaikan risaukan semua orang(macam juling ke tengah)…dan yup my daughter more cepat bercakap walaupun pelat-pelat tu tetap ada (ikut sifu dia)…

• Lebih bijak menggunakan tangannya. Jadi tidak hairanlah apabila anak perempuan dilihat lebih cepat bermain dengan pelbagai alat permainan maenggunakan senduk dan garpu walaupun dalam usia yang terlalu kecil dan lebih cepat mampu menulis dengan rapi.
- My daughter sekarang ni kerap ikut abangnya menulis dan bila dilihat gaya memegang pensil nampak ciri-ciri memegang dengan betul walaupun tak berapa nak betul benornya...sekarang ni dah pandai main masak-masak sambil tengok tv even main mak-mak bersama baby dia

• Anak perempuan juga lebih peka mengesan suara atau bunyi-bunyian. Anak perempuan lebih tertarik dengan suara manusia berbanding bunyi lain. Cuba anda bunyikan loceng kepada sepasang bayi berlainan jantina. Anda tidak dapat melihat perbezaan yang jelas antara respons bayi lelaki degan bayi perempuan. Tapi, cuba anda mengeluarkan suara seperti sedang berbual. Bayi perempuan akan menunjukkan minatnya untuk berbual dengan anda.
- Bab ni payah nak bandingkan sebab dua-dua anak mak bila ajak berbual memang payah masa kecil la…sekarang macam bertih jagung kedua-duanya…camner nak buat berbandingan macam nie huhu…

• Anak perempuan juga lebih tertarik untuk memerhatikan wajah seseorang, khususnya wajah lembut para ibu. Mereka lebih bijak membaca emosi orang lain.
- Bab ini memang my daughter pakar…siap pegang lagi muka mak untuk tengok dan yang pasti apa mak pakai dimuka dia pun nak sama…maklum la kata anakperempuan kena la sentiasa cantik dimata kan

^0^ walau apa pun perbezaan kalian, kalian tetap anak kesayangan mak dan ayah…sekurang-kurangnya mak dan ayah terhibur dengan telatah dan kelakuan kalian…semoga menjadi anak yang soleh dan solehah…dan bahagia dunia dan akhirat ameennn ^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~