:...Langkawi...:

Friday, February 22, 2013 0 Comments A+ a-

Last friday mak ada kerja yang perlu diselesaikan di Langkawi, kursus one of sistem yang mak jaga di opis...memandangkan kursus tu jatuh pada hari sabtu dan ahad, so mak pun mengajak my family and my hubby untuk turut serta...kepenatan terserlah tapi keseronokkan jugak memikat jiwa kami...

Mak bertolak dari KL jam 6 petang dan sampai di ipoh around 8.30 malam sebelum bertolak ke kuala perlis jam 9.00 malam...around sampai ke hentian bukit merah kami semua berhenti untuk berehat and the best part is my SIL bawa kek happy birthday for my bro yang kebetulan jatuh pada hari tersebut...
Kemudian kami teruskan perjalanan sampai ke Kuala Perlis around 2 pagi dan bermalam di hotel Brasmana...di keesokkan harinya kami naik feri ke langkawi around 10.30 pagi dan menginap di Bayview hotel...my kids sangat teruja dapat naik feri even my family pun...maklumla first time jejakkan kaki ke langkawi so keterujaannya lain macam sikit..tengok je la muka happy diorang..harga tiket feri dari kuala perlis ke langkawi RM18 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak-kanak...
 Melihatkan air laut yang berombak laju...nasib la tak mabuk :)
Sementara mak berkursus, my family pulak pergi shopping sudu garpu, coklat dan beg di sekitar pekan kuah...dan lepak di bilik menanti mak settlekan kursus...
Petang tu kami sempat berjalan ke Dataran Helang untuk menikmati suasana helang yang besar di tepi pantai...
Kemudian kami makan malam di sebuah gerai yang agak sederhana besar berdepan dengan Stesen minyak Petronas yang menghala ke airport...harga makan di gerai ni sangat berpatutan dan servisnya pun cepat...antara menu yang kami makan ikan siakap 3 rasa, nasi goreng yang bermacam-macam jenis, tom yam ayam, sotong goreng, air tembikai dan laici 2 jag besar dan almost abis dalam RM140++...
Keesokkannya sebelum berangkat balik ke kuala perlis, kami singgah di Beras Terbakar dan hanya ini yang kami dapat lihat...
Sebelum masuk ke kawasan rumah ini, terdapat kiri kanan jalan tempat orang jualan bermacam-macam kraftangan dan cenderahati...kat sini jugak la dikatakan batik sangat murah harganya dan my mom dah mengesahkan kerana harganya murah berbanding di pekan kuah...actually tempat beras terbakar ni betul-betul di rumah orang...dan masa kami sampai kereta tuan rumah pun ada...

Dalam jam 1.30 petang kami berangkat semula ke jeti dan semuanya kelihatan penat kecuali puteri sorang nie...yang langsung tak duduk diam...
Itula feri yang akan kami naik...Bahagia 99 yang memuatkan 600++ penumpang yang besarnya dua tingkat...sangat besar...
So my family said will come again here in langkawi...bukan sekadar nak borong coklat, beg dan sebagainya tapi nak jalan-jalan berholiday bersama family...so best...

^0^ ...Insya Allah hari family day my family akan dibuat disini...so masing-masing kena simpan duit banyak-banyak baru la leh enjoy... ^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~