:...Rahsia Perangai Anak No 2 ...:

Tuesday, November 13, 2012 0 Comments A+ a-


Ok kita mulakan dengan ciri2 menyatakan yang anak no 2 ni anak yang manja dengan mak...tapi bila dibandingkan dengan my daughter dia agak rapat dengan ayah so andaian ini tidak boleh dipakai pada usia dia sekecil ini kerana kemanjaannya mengikut mood dia...tapi once dia datang mengada2 dia mmg dia akan manja ngan mak...

2) Dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ –
Yang ni mak boleh cakap yang my daughter mempunyai pendiriannya yang tersendiri...usia seawal ini mmg boleh nampak yang kadang-kadang apa yang dikatakan oleh parents tak boleh diterima terutama dalam sesuatu perkara yang dia nak...contohnya selagi tak bukak tv selagi tu dia akan mengamuk suruh bukak walaupun elektrik tak ada time tu (base on pengalaman ayah masa menjaga dia semasa demam jumaat lps huhuh)

3) Kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya-
Ciri ke tiga nie dia tak boleh nak di katakan lagi...tapi setakat ni kalau kemahuan dia nak mainan or tonton cerita kartun tak ditunaikan sure dia akan mengamuk dan kadang-kadang orang pun dia boleh gigit...betapa brutalnya anak dara mak nie..tapi bab tolong klau dia nak tolong insyallah dia akan tolong tapi klau dia rasa tak nak tu jgn harap la wlpn mulut ni membebel...

4) TAK PANDAI PUJUK –
Bab pujuk ni rasa mak n ayah yang main peranan lebih, dia kurang la kan...tapi one day ari tu mak ada nangis...tapi dia dok pujuk...terus hilang nak nangis...maybe besar dia pandai pujuk kot...cuma skrg ni tgk dia kuat mengamuk a.k.a mencubit orang...mangsa kejadian abg dia hehe

5) HITAM / PUTIH Apa yg dikatakan semua dipegang –
Yang ni kita wait dia besar dulu la baru tgk betul ker tidak...

6) HATI Anak no 2 ni juga nampak aje keras.tp hati dia lembut –
Hati dia mmg kental cikit...jatuh mcm mana pun dia kurang nangis...tapi klau marah sikit dia yang nangis...kadang-kadang buat2 nangis...air mata tak keluar pun...suara je lebih nak dapatkan simpati si ayah kot hehhe...

7) BERDIKARI Very independent –
Berdikari untuk budak umur 2 tahun sesuatu yang sukar diperkatakan...so mak wait besar ckit k...

8) mudah bergaul.very take care –
My daughter setakat ni mcm tak da masalah nak bergaul sebab bila dia nmpk je org lain or budak sure dia nak p cucuk budak tu...kadang-kadang terlebih peramah mak tengok sampaikan semua orang nak ditegurnya....

9) ARAHAN Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan –
Yang ni boleh dikatakan ikut mood tapi kebiasaannya susah...contoh bila dia terpacak depan tv comfirm payah nak suruh dia bergenjak sampai terpaksa bergaduh ngan dia...

10) lebih suka buat hal sendiri –
Errmmm...setakat ni anak2 mak semua suka buat hal sendiri dalam hal main...so mak boleh buat kerja rumah ngan aman damai tanpa gangguan diorg...bagus anak2 mak ;)

11) PEMAAF & CARING –
Ciri yang ni kena wait dia ada adik n dia dah besar...klau nak nilai umur sekarang ni macam tak adil pulak...

12) awas jangan bagi diorang marah –
Ciri terakhir nie mmg betul...klau my daughter marah sure abis semua orang dia marah, kejar, dah terbaru pandai tarik rambut abg dia hehe..

^0^ ... kebanyakkan ciri2 anak no 2 ada pada my daughter so after this mak n ayah kena kuat utk bentuk dia...hope perasaan marah dia tak bawa smpai ke besar ameenn...apa pun anak2 mak adalah permata hati terbaik mak & ayah...^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~