:...Masanya Untuk Tidur Sendiri...:
Mak tahu semua ibu bapa diluar sana sudah alami apa yg mak rasa sekarang ni...even maybe dari awal ada parents yang memang dah lakukan pun...but for me n my hubby, tempoh 5 tahun 10 bulan sungguh lama untuk dilupakan dalam tempoh sehari, seminggu,sebulan even seumur hidup mungkin....
Tapi kami tetap terima ketentuannya yang our son dah besar untuk tido di bilik sendiri...secara jujurnya mak memang nak ajar tapi alhamdullilah allah permudahkan segalanya...tapi kami as parents rasa sebak sangat-sangat...
Lepas ni tiada lagi adegan bergaduh nak tido dengan mak or ayah sebab adik akan kaut semuanya...tak ada lagi tido berempat di atas tilam bersempit-sempit dan tidak akan ada lagi tido menyenget even ditendang dek adik atas tilam kecil itu...semuanya akan jadi kenangan mak dan ayah selepas ini...
Walaupun perubahan ini merupakan perubahan yang terbaik untuk pembesaran anak-anak...tapi sedikit demi sedikit saat keanak-anakan akan hilang menjadi memori...mak ayah akan cuba sedaya upaya untuk kuatkan hati dan terima bahawa anak mak dah besar untuk handle semuanya sendiri...tapi mak akan pastikan sesekali kita berempat akan tido sekali ditilam kecil itu...
Dan untuk malam ini, malam ketiga anak mak tido sendiri...
Mak percaya anak mak kuat dan pandai berdikari...tahniah mak ucapkan sebab berjaya tido sendiri...mak ayah sebak tak terkata tapi itula perubahan yang perlu mak dan ayah terima...apa pun asyraaf adalah anak terbaik untuk mak ayah serta abang yang terbaik untuk adik awfiyah...
Mak dan ayah selalu sayang asyraaf...selamat malam sayang, mimpi yang indah- indah dan mak akan tetap jenguk sayang dibilik sayang ya. Love u infiniti ;)