:..OPeN HouSE on 25 SepT...:

Tuesday, September 27, 2011 0 Comments A+ a-

mcm biasa after open house di umah akak2 ipar aku kat klang finally my turn plak utk jamu diorg mkn lak...so kata putus kami buat on sunday 25hb lunch time...after bincang ngan my hubby nak masak apa so menu yg kami buat:
1. Nasi Minyak (resepi from Ipoh)
2. Ayam Masak Merah
3. Dalca Daging
4. Bubur Kacang Hijau + Jagung
5. Agar2 Laici
6. Air Sarsi n Sunquick


so aku say sori sgt2 sbb lupa nak tgkp gmbr every masakan aku tu..tp x pe la aku ambik dr en google je la gmbr2 tu...sbb hasilnya mcm tu... ;p


1. Ayam Masak Merah
Bahan:
1. Ayam - dalam 1 1/2 ekor (basuh n digoreng)
2. Bwg Merah, Putih, Halia, Serai (dikisar halus)
3. Minyak Masak (utk menggoreng + menumis)
4. Cabai Kering (rebus + kisar halus)
5. Air asam jawa (sedikit)
6. Gula, garam, aji, cukup rasa (ikut kesesuaian)
Cara Buat:
1. Bila ayam dah goreng asingkan
2. Tumis bahan yg dikisar bersama cabai kering
3. Bila bahan kisar dah naik bau, masukkan air asam jawa sedikit, masukkan sedikit air (sekiranya sambal pekat)
4. Masukkan bahan perasa 
5. Masukkan ayam dan gaul rata


2. Bubur Kacang Hijau dan Jagung
 Bahan:
1. Kacang Hijau (dalam 300gram)
2. Jagung (dlm 2 tongkol)
3. Gula merah + Putih (untuk maniskan)
4. Garam (cukup rasa)
5. Santan (dlm 1/2 kilo - utk bubur yang berlemak + pekat)
 Cara Buat:

1. Rebus kacang hijau smpai empuk
2. Masukkan jagung
3. Masukkan Gula merah + Putih 
4. Masukan santan dan garam (cukup rasa)


3. Dalca Daging


 Bahan:
1. Kacang Panjang (Kerat dlm 1/2 inci)
2. Tomato (dlm 3 biji)
3. Lobak Merah (2 batang)
4. Garam (cukup rasa)
5. Santan (dlm 1/2 kilo utk berlemak + pekat)
6. Daging (potong kecil2 dan rebus smpai empuk)
7. Ubi Kentang (4 buji)
8. Terung (1 batang)
9. Kacang Dhal (rebus smai empuk)
10. Rempah kari - 4sudu, 
11. Rempah kurma - 2 sudu
12. Serbuk jintan manis, serbuk jintan putih 1 sudu kecil stp 1
13. Bwg merah, putih, halia (hiris halus)
14. Perasa secukupnya (garam, aji, cukup rasa)
 Cara Buat:
1. Tumis Bwg merah, putih, halia smpai naik bau
2. Masukkan semua rempah
3. Masukkan daging, ubi kentang, dan lobak merah smpai empuk
4. Masukan kacang panjang, kacang dhal yg sudah direbus empuk
5. Bila semua dah empuk, masukkan tomato, santan dan perasa secukupnya



4. Nasi Minyak
Bahan:
1. Minyak sapi (1 tin), Minyak jagung 3 sudu, planta 4 sudu
2. Beras (dlm 10 pot kecil - basuh dan toskan)
3. Lobak Merah (1 batang - hiris halus)
4. Garam, aji, cukup rasa (cukup rasa)
5. Susu Cair (1 tin)
6. Kismis (1/2 kotak)
7. Bwg merah, putih, halia (hiris halus)
8. Bwg merah, putih, halia, serai (kisar halus)
9. Daun sup dan bawang (potong dlm 1/2 inci)
 Cara Buat:
1. Panaskan 1 tin minyak sapi, planta dan minyak jagung
2. Tumis Bwg merah, putih, halia, serai yang dikisar smpai naik bau
2. Masukkan bwg merah, halia, serai yg dihiris 
3. Tumis smpai wangi dan agak kering
4. Masukan 1 tin susu cair
5. Masukkan bahan perasa dan bg tumisan agak kering
6. Masak nasi seperti biasa (cuma kurangkan sedikit air)
7. Bila nasi menggelegak, masukkan bahan tumisan, kacau dan rs (sekiranya kurang masin)
8. Bila nasi agak kering, masukkan hirisan lobak merah, kismis, daun sup dan bwg
9. Gaul rata dan biarkan sehingga masak.

on monday (26 Sept) plak aku buat rendang dendeng...open unit aku kat opis nie...mcm2 menu ada tp ttp sama x tgkp gmbr huhuhu....


^0^ bila hp rosak n pakai hp cap ayam, amatlah ssh nak ambik gmbr melainkan pakai kamera tp renyahnya huhuhuu.... ^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~