:...Situasi Di Hari Pertama Sekolah...:

Saturday, January 11, 2014 0 Comments A+ a-

2 januari lalu merupakan detik my son bergelar pelajar sekolah rendah...so macam biasa awal pagi jugak kena bangun...so dalam jam 7.40 pagi makdan ayah hantar ke sekolah agama sebab kelas bermula jam 8.00 pagi...tapi macam biasa la my daughter masih diulik mimpi...abangnya semangat nak belajar dan adiknya semangat nak tidur...
Tepat jam 8.00 pagi...loceng berbunyi dan cikgu arahkan semua murid beratur ke arah bendera dan menyanyikan lagu negaraku serta asma ul husna dan beberapa doa ringkas sebelum memulakan sesi pembelajaran...
Sama juga situasi di sekolah kebangsaan, semua murid beratur di dewan dan diletakkan mengikut warna kelas yang telah disenaraikan....my son berada di kelas 1 bestari dimana warnanya adalah warna kuning...selepas diberikan tag nama, kesemua murid diarahkan berdiri untuk menyanyikan lagu negaraku, berikrar sebelum bergerak ke kelas...
Untuk tempoh dua minggu ni, my son kena pakai baju sukan sebab dalam mode Orientasi lagi...

Semoga anak mak terus berjaya dan cemerlang amin...

~~ Tabung AsyDhia ~~