:...Happy Birthday 6 Years...:

Saturday, November 30, 2013 2 Comments A+ a-

Selamat hari lahir sayang mak...semoga menjadi anak yang soleh, mendengar suruhan agama dan perintah ALLAH, patuh pada ibu bapa, keluarga dan dikurniakan kesihatan yang baik, kepandaian yang bijaksana dan berjaya dunia akhirat...
Now sayang dah besar dah nak masuk sekolah darjah satu pun tahun depan...so mak doakan sayang berjaya dunia akhirat mengikut landasan ALLAH dan menjadi seorang anak, abang yang terbaik untuk mak dan ayah serta adik or adik-adik (in case ada adik lagi nanti)...

Belajar untuk lebih bertolak ansur dan kurangkan sikap merajuk, angin tsunami tu dan selalu menunaikan solat... Mak dan ayah kagum pada sayang dalam umur 6 tahun ni sayang mampu mendengar semua arahan mak dan ayah tanpa bersungut mahupun meninggikan suara (sesekali tu ada la)... tapi mak dan ayah sentiasa bersyukur dengan perkembangan pembelajaran sayang...dan paling mak dan ayah bersyukur sayang tidak memberontak bila mak dan ayah suruh sayang bersolat...mak dan ayah syukur sangat-sangat...mak dan ayah doakan agar tanggungjawab ini sayang laksanakan sehingga hujung nyawa amin...

Doa mak dan ayah serta adik agar sayang terus menjadi abang a.k.a pelindung terbaik buat adik dan mak ayah...mak dan ayah akan terus berdoa dan mak dan ayah harap sayang akan terus berusaha menjadi insan yang paling berguna di muka bumi ALLAH ini dan sentiasa bersama keluarga tercinta...

Mak dan ayahkan doakan juga kesihatan sayang agar sentiasa sihat dan kehidupan sayang dirahmati olehNYA... dunia dan akhirat....Mak dan ayah bersyukur kerana pada tarikh ini mak dan ayah bergelar sebagai seorang ibu bapa :D .... 

Syukur dengan segala pemberian dariMU YA ALLAH...akan kami pertahan dan menyemai pemberianMU ini ke jalan yang DIKAU redhoi amin....

2 Komen

Write Komen
Ayu Mohamad
AUTHOR
November 30, 2013 at 7:55 AM delete

Happy besday abg asyraf.. acik kwn mak doakn asyraf bjaya dunia dan akhirat...aaaameeeen

Reply
avatar
asYDhia
AUTHOR
December 1, 2013 at 5:53 PM delete

tq auntie ayu for the wish.... ^_^

Reply
avatar

~~ Tabung AsyDhia ~~