Welcome 2018

Wednesday, January 17, 2018

Welcome 2018

Assalammualaikum....

Lamanya tak berblog kan....bersawang habis 2 tahun ni...busy settlekan hal2 yang memerlukan perhatian lebih...

2018, tahun baru, environment opis baru, kawan-kawan baru & semangat je tak baru 😅...masih menyesuaikan diri dalam semua hal...

Insya allah will start update slowly balik kat blog ni...tapi macam biasa sure more pasal anak-anak, cats & bento (bekal makanan anak-anak)...

~~ Teruskan Berjuang ~~

Wednesday, December 02, 2015

~~ Teruskan Berjuang ~~

Luahan hati untuk melepaskan rasa kelegaan didada.........................

Aku tahu aku bukan insan yang terbaik di muka bumi ini...aku pun byk kesalahan dan kesilapan...selagi aku boleh belajar untuk betulkan diri aku akan terus belajar...

Melangkah ke dunia pembelajaran sekali lagi merupakan satu langkah besar yang aku ambil untuk kemajuan diri...tinggalkan sementara dunia pekerjaan dan melangkah ke alam Universiti yang langsung tidak sama semasa zaman diploma dulu...banyak jurang perbezaan dr zaman mula-mula masuk diploma, degree and now master.... ambik master dan semakin master kawan sekeliling aku....masing-masing ada pengalaman kerja yang mencabar minda...


~ Muzium Coklat ~

Sunday, September 20, 2015

~ Muzium Coklat ~

Muzium coklat yang terletak di Damansara...jarak tak jauh dari rumah cuma kena masuk highway duke and utara selatan...

 

First time sebenarnya menjejakkan kaki disini..tapi pada mak tak 100 peratus muzium sebab tak banyak bahan yang dipamerkan...antaranya bahan-bahan seperti dibawah ni...

Hasil kreativiti daripada coklat

Harga coklat pada mak better beli di supermarket luar hehehe 


~> Lawatan Ke Planetarium Negara <~

Thursday, September 17, 2015

~> Lawatan Ke Planetarium Negara <~

  

Cuti merdeka yang lalu, family mak dari ipoh turun ke KL walaupun time tu ada isu pasal perhimpunan bersih 4.0, so lawatan yang dibuat semperna cuti merdeka ini adalah ke Planetarium Negara yang terletak di  area Taman Tasik Perdana Kualan Lumpur...Bayaran masuk adalah percuma untuk semua orang kecuali untuk menonton movie sahaja dikenakan bayaran...


~~ Turn Adik Pulak ~~

Sunday, September 13, 2015

~~ Turn Adik Pulak ~~

Cepatnya masa berlalu, dah dekat 2 tahun tak jejakkan kaki ke klinik gigi....dulu mak risau pada abangnya...silih berganti gigi susu ke gigi kekal, now giliran adik pula. Cuma waktu adik awal dari masa abangnya hari tu. Saat adik semua klinik tutup lagi sebab masih bercuti Hari Raya, so tak dapat la nak ke klinik time abangnya dulu.


~~ Tabung AsyDhia ~~