:...Bila Sesi Konvo Tamat...:

Monday, December 30, 2013 0 Comments A+ a-

Bila sesi konvo dah settle, anak-anak pun happy main kat pentas...my son sempat bergambar dengan salah sorang kawan dia...Syami Muhamad nama dia...pelajar harapan umur 6 tahun...my son tak da...tapi tak pe mak ok je....janji progress dia semakin baik sekarang ni...my daughter pulak ikut suka dia...main dengan budak-budak besar...termasuk kawan abangnya walaupun dia tak kenal...mudah berkawan anak dara ayah sorang nie hehe..

:...Annual Concert and Convo Day Part 3...:

Sunday, December 29, 2013 0 Comments A+ a-

Antara persembahan anak-anak dihari konsert dan konvo...mak mampu masukkan sikit je huhuh...

Persembahan pertama adalah tarian korea dari anak kecil selepas persembahan Save The Earth....
Diikuti dengan tarian Pak Pong Pak Mustapa dari kelas cemerlang...
Tarian yang anak mak masuk adalah tarian hindi Chammak Challo...
Tarian Aci-aci buka pintu....

:...Annual Concert and Convo Day Part 2...:

Saturday, December 28, 2013 0 Comments A+ a-

Selepas persembahan Save The Earth, tibala masa anak-anak kelas cemerlang (6 tahun) memakai jubah untuk tujuan convocation...
Yeaayy...anak mak dah habis tadika...
siap baling topi lagi....
Lepas majlis konvo, parents dibentangkan dengan persembahan anak-anak dari umur 4 tahun sehingga 6 tahun....

:...Annual Concert and Convo Day Part 1...:

Thursday, December 26, 2013 0 Comments A+ a-

Berakhirnya sesi persekolahan tadika for my son pada 1 Dis yang lalu...cepatnya masa berlalu...tau-tau dah 2 tahun dia disini...

Konsert bermula jam 9.00 pagi...agak lewat sebab anak-anak tengah bersiap...tak seperti tahun lepas, anak-anak ada baju masing-masing, tapi tahun ni pakaian bebas...cuma bila part concert baru anak-anak pakai baju yang disewa...Majlis dimulakan dengan persembahan Save the Earth dari anak-anak tadika bijak...masing-masing memainkan peranan masing-masing...

Untuk persembahan pertama ini, my son ambik part as a fisher man...memancing ikan tapi yang dapat hanyakan sampah sarap...sebab semua manusia di muka bumi tidak menjaga kebersihan bumi dan keindahan bumi...Persembahan menceritakan tentang pentingnya bumi yang bersih dan jangan sampai mahkluk lain pula yang menguasai bumi ini...
Bila suasana bumi penuh dengan sampah ada la makhluk alien yang akan memerintah....then askar pun datang untuk menyelamatkan bumi...
Bila bumi dah selamat dan bersih, semua mahkluk allah akan seronok duduk dimuka bumi allah ini...dan disini la si comel menari lagu korea heheh...
Part yang paling best adalah bila anak-anak kecil memakai baju monyet menari lagu korea heheh...comel sangat...lepas menyanyi lagu korea ni semua anak-anak menyanyikan lagu Michael Jackson...tajuknya mak dah lupa tapi pasal selamatkan dunia kita...

:...Sport Day 2013...:

Tuesday, December 24, 2013 0 Comments A+ a-

Satu-satunya gambar hari sukan 2013 yang berjaya disimpan dari terdelete dek ayah....menangis mak kenangkan gambar yang mak tangkap semua hilang begitu saja...sedih sungguh...sori sayang hanya ini yang mampu mak upload :(

Tapi mak story sikit je la...tahun ni asyraaf demam tapi masih nak pergi jugak ke sport day...kali ni dapat rumah biru...tema nama rumah bunga...mak dah lupa la nama kumpulan asyraaf...tapi tak kisah la...nanti ada CD macam tahun lepas kita beli ok :D

:...My Cat...:

Sunday, December 22, 2013 0 Comments A+ a-

Kalau sapa yang selalu bukak blog ni sure dah tengok my mum punya kucing...terbaru yang my hubby pegang masa balik raya hari tu kalau tak silap...my son pun asyik bertanya juga bila kita boleh bela kucing...tapi nak buat cmner bukannya senang nak bela haiwan comel ni kat tingkat lapan....kang kalau dia main kat beranda rumah tetiba dia melompat cmner?? ada gak yang dituduh membunuh kang...tinggi tu lapan tingkat...

Macam-macam my son bagi idea, suruh letak dalam kandang, bila nak main bukak kejab, pastu ajar dia membuang baik kecik besar kat toilet macam opah dia ajar...mak cakap tak boleh anakku sayang bahaya...

Sebelum cuti sekolah hari tu dia tunjuk bakat lak lukis gambar ni...
Comel kan...siap senyum kucing dia...ekor bukan main besar gedabak...mak tak ajar tapi teacher and friend dia yang ajar...mak kan tak pandai nak melukis lainla ayah dia kan...tapi pada mak cute kucing nie...simple and comel ^_^

:...Play B-Daman...:

Friday, December 20, 2013 0 Comments A+ a-

Kadang-kadang sikap adik beradik dalam satu family ni payah mak nak jangka...time bila baik bukan main baiknya dan time bila nak bergaduh bukan main gaduhnya....

Sekarang ni musim b-daman dalam rumah mak even di rumah family kat ipoh...semua sepupu sepapat dua beradik ni ada macam-macam bentuk b-daman...even my brother sulung pun sibuk main...siap beli aksesori yang boleh masukkan guli banyak-banyak...konon nak lawan dengan anak saudara tapi hakikatnya nak main dengan anak sendiri...masa kecil tak dapat la tu hahha....

Ok...semua koleksi dekat rumah mak adalah hasil tuaian di BIG AEON dan Chow kita hari tu...tapi for family ipoh diorang beli dekat my mom sebab tokey gerbang malam jualan mainan kanak-kanak...harga pun lagi murah kalau beli kat BIG...so mak dah order empat untuk koleksi...will update later...

Berbalik pada sikap anak-anak tengok aje la gelagat diorang bila bermain...
Walaupun gurl tapi my daughter pandai main...hasil tunjuk ajar dari abang tersayang ^-^....so walaupun ayu main game pompuan kadang-kadang anak mak lasak dan ganas.... but mak love both of u walaupun mak tak main dengan kalian...

:...Pasir Berwarna...:

Wednesday, December 18, 2013 2 Comments A+ a-

Selalunya dalam goodies bag akan ada kertas lukisan untuk pasir berwarna ni...nak mak beli jangan harap la kan...kalau dulu my son berjaya meletakkan warna-warna pasir ni...sekarang giliran my daughter lak..
Memandangkan serbuknya sikit sangat so mak campurkan semuanya satu bekas...dan kerana malas mak pun biarkan dia buat apa yang perlu...serius dia buat :D
 Tada....ni la hasilnya...walaupun hanya ditopi sahaja...
 Bila abang dia habis solat, abang dia lak sambung buat hat dia punya....
 Tapi kali ni abang dah pandai pakai lidi :D
 Tada...hasilnya more better dari adik la kan...walaupun pasir tu dah abis bercampur hehe

:...Checklist Pelajar Tahun Satu...:

Monday, December 16, 2013 0 Comments A+ a-

Anak sulung mak tahun depan akan bergelar pelajar tahun satu sekolah rendah...jadi mak rasa mak perlu ada satu senarai semak keperluan untuk anak mak bergelar tahun satu...
Ini senarai keperluan yang mak perlu alert sepanjang dari tempoh mula-mula pendaftaran ke sekolah rendah sehingga pastikan ke minggu transisi dia...ini base on sekolah rendah kerajaan penuh...kalau sekolah swasta mak tak pasti prosedur macam mana...

Cuma kadang-kadang sekolah yang kita hendak tak semestinya dapat..tu yang mak alami..tapi mak dan ayah malas nak buat kerja banyak so layankan je la sekolah yang telah ditempatkan...yang pasti sekolah bersih, dekat dengan rumah dan anak mak akan berusaha belajar termasuk mak dan ayah jugak ^-^...

:...Checklist Keperluan Kelengkapan Sekolah Tahun Satu...:

Saturday, December 14, 2013 0 Comments A+ a-

Untuk rujukan mak yang baru nak masukkan anak ke darjah satu...rasanya semua mak tak buat checklist macam nie...tapi mak rasa perlu...sebab mak takut ada yang terlepas pandang...tapi bukan la perlu pun checklist ni...cuma kena pastikan semuanya beli...so tak ada yang last minit...
Insya allah bulan DIS ni merupakan bulan shoping sedunia...shopping barang anak nak masuk darjah satu 
^-^

p/s: kawan mak lak ingatkan bekas makanan dengan bekas air kena ada jugak huhuhu

update terkini:-> beg sekolah dah beli termasuk pensil box :D

list terbaru bila anak dah dapat buku:
1) Pembalut buku
2) Salotape termasuk tempat dia senang nak tampal tak yah gunting-gunting
3) Cop nama kena buat kalau tak rajin nak menulis
4) Stiker nama nak tampal pada alat tulis dengan bekas makanan dan minuman

:...Buku Interaktif Solat...:

Thursday, December 12, 2013 0 Comments A+ a-

Buku ni diperkenalkan masa visiting day dulu di Tadika Bijak...lepas budak-budak solat, parents dimaklumkan bahawa semua anak-anak diajar berdasarkan buku ini. Dalam buku ini ada juga CD Interaktif yang merangkumi Rukun Islam dan Rukun Iman, panduan mengambil air wuduk, niat fardu solat, panduan solat dan panduan kedudukan antara jemaah...

Harga buku ni RM19.90 dan mak hanya membeli di tadika sahaja kerana ada stok...nak cari di kedai buku pun boleh ada jugak...
Ini antara kandungan buku tersebut....
Cara berwuduk jugak diterangkan dengan gambar dan ayat yang besar dan jelas....Memudahkan sangat untuk anak-anak membaca..

Alhamdullilah dengan panduan dari buku ni dan tunjuk ajar cikgu serta amalan family dirumah, now my son dah berupaya untuk mendirikan solat 5 waktu tersebut...walaupun masih perlu di didik mak yakin, permulaan yang baik insya allah akan dipermudahkan oleh ALLAH...amin....

:...Buku Mandarin No 4...:

Tuesday, December 10, 2013 0 Comments A+ a-

Lama dah anak bujang mak bawa balik buku ni...baru sekarang berkesempatan nak tangkap gambar dan update...finally ini la buku terakhir my son belajar mandarin di Tadika Bijak...kalau sebelum ni mak dah update buku satu, buku dua dan buku tiga...yang ini tak jauh beza dengan buku tiga...
Buku satu dengan buku dua banyak pengenalan tentang huruf, maksud dan sebagainya...tapi untuk buku tiga dan empat more pada bacaan...so tatap je la tulisan cantik anak kesayangan mak ni dalam buku nombor empat ini.

:...Ulangkaji Matematik...:

Sunday, December 08, 2013 0 Comments A+ a-

Baru-baru ni my son asyik sebut je satu tolak dua jadi dua ( 1 - 2 = 2 ) ???? banyak persoalan sebenarnya... baru-baru ni jugak dia ada tulis dalam 10 soalan matematik dekat white board ayah dia...gambar lupa nak ambik lak...tapi kesemua soalan yang ditulis almost macam soalan diatas tu...

Akibat tak puas hati mak pun padam semua soalan dia and tuliskan soalan baru...matematik untuk tambah dan tolak...
Dia siap request ada kotak untuk masukkan markah...so mak memerhati je...sebelum tulis ke white board dia akan tunjukkan dulu jari dia untuk membilang hasil tambah yang mak tulis tu...
Kalau tambah kena bukak jari kalau tolak kena tutup jari...setakat ni kalau nombor 10 ke bawah dia dah ok...tapi kalau more than ten dia tak ok lagi...even kalau soalan macam ni... 2 + _ = 5 memang dia tak tahu lagi dan memang mak tak ajar pun lagi...ingat nak ajar masa cuti sekolah nanti...

Lepas menjawab saja mak suruh dia posing depan board...senyum meleret nasib tak nampak gigi hehe...my daughter pun sibuk je nak jugak hehe...kecik je mata dia bila senyum hehe...

:...Sambut Birthday 1 Family..:

Saturday, December 07, 2013 0 Comments A+ a-

Rasa story pasal birthday my son tahun ni banyak kali rasanya...dari persiapan goodies bag, sambutan di tadika and now sambutan bersama mak ayah dan adik pulak...Tapi kali ni ada kek tak macam tahun lepas sebab sambut di sekolah sahaja kerana tarikh tersebut memang tarikh lahir my son...
Kek pun tak besar cuma beli kek satu slice je kat secret recipe...cake indulgent...muka still kelat sebab tak dapat apa yang dia nak iaitu mainan gasing...tapi bila nasi dah sampai terus makan dengan senyum lebar...my daughter macam biasa ikut perangai dia je...senyum tak pernah lekang kalau suruh bergambar...tu pun sebab mood baik...siap posing dengan cawan lagi...

:...Let's Iron The Hair...:

Wednesday, December 04, 2013 0 Comments A+ a-

Hari penderaan untuk adik kepada abangnya...bukan dera betul-betul tapi main-main...
Adik dapat mainan ni masa abang beli mainan b-daman hari tu...memandangkan my daughter memilih mainan alat solek yang memang dah ada dirumah, tokey kedai tu pun tukarkan mainan iron dan vakum pulak... memandangkan mainan ni tak ada lagi dirumah, mak akur walaupun harganya boleh menangis...
Baru-baru ni adik dan abang macam biasa main berdua...nak main bertiga memang tak la...mak nak main lagi jangan harap la kan hehe...so ni la akibat yang perlu abangnya terima kalau adik dah naik angin bila geram hehe...
 
Lihat saja la muka adiknya yang kalau geram memang dia akan kerjakan sungguh-sungguh...sampai tergolek abang dia hehe...
Walhal abang sebenarnya happy je adik lanyak dia...kalau dapat gelak boleh bergegar satu rumah a.k.a tingkat lapan nie hehe....

:...Sesi Mencabut Gigi Lagi...:

Monday, December 02, 2013 0 Comments A+ a-

Sejak dua minggu lepas my son asyik bebel bagitau gigi arnab dia dah goyang...siap mimpi gigi tercabut lagi...dah la tido pun bunyi gigi belaga...risau lak gigi tu tercabut dan tertelan...Dulu gigi depan bahagian bawah dah cabut...sekarang gigi bahagian atas pulak...Isnin lepas memandangkan dah tak tahan sangat dengan bebelan my son, akhirnya my hubby mengaku kalah dan terus bawa dia ke klinik gigi...

Sampai kat klinik dalam jam 6.00 petang selepas ambik my daughter...kat klinik tak ramai orang dan kami orang yang kedua dipanggil...masuk je dalam bilik, my son disuruh baring...lepas mak maklumkan pada doktor pasal gigi dia, doktor cadangkan supaya kedua-duanya dicabut terus...kalau ikutkan mak biar betul-betul goyang baru cabut even teacher dia pun cakap biar dulu...tapi my hubby pulak cakap selagi tak cabut selagi tu dia akan membebel..

Bila dah dapat persetujuan daripada tuan punya badan, so doktor pun letakkan ubat bius berperisa strawberi...
Tak sampai seminit kedua-dua gigi susu my son telah berjaya dicabut tanpa sebarang tangisan daripada my son...
Lepas ni tak boleh senyum lebar-lebar nampak gigi sebab nanti tak hensem dah...kena wait gigi naik baru leh senyum nampak gigi...

^-^ Tapi sayang mak tetap hensem dihati mak...dan secara rasminya 4 batang gigi bertukar menjadi gigi kekal ^-^

~~ Tabung AsyDhia ~~