Showing posts with label tahun satu. Show all posts
Showing posts with label tahun satu. Show all posts

:...Hasil Seni Visual My Son...:

Alhamdullilah, my son dah selesai menjalani peperiksaan akhir tahun di tahun satu...salah satu soalan peperiksaan yang memerlukan penyediaan ibu bapa di rumah adalah subjek Seni Visual a.k.a Pendidikan Seni...Ini antara soalannya tapi anak-anak murid boleh pilih satu daripada 4 dibawah.
 
Antara intipati soalan 1 adalah menggunakan teknik kolaj dimana potong kertas warna kecil-kecil dan tampal pada lukisan berbentuk buah-buahan. Soalan no 2 menggunakan teknik gosokan yang memerlukan peralatan yang mempunyai permukaan yang timbul. Soalan 3 - teknik origami main lipat-lipat kertas, yang ni mak sejujurnya tak pandai nak buat dan soalan terakhir ada teknik anyaman, kalau setakat nak buat anyam tikar boleh la mak ajar...

Bila dah tengok soalan, mak tanya nak buat soalan mana, so my son jawab nak buat soalan no 2 iaitu Rumah Saya...pada mak nampak menarik tajuknya dan agak mudah (pada umur mak la)...

Petang tu kami ke kedai buku mencari apa jua barang yang mempunyai permukaan yang timbul tapi dukacita tak jumpa sampai ke sudah...pusing punya pusing akhirnya jumpa la blok mainan berbentuk rumah...so my hubby pun beli dengan harapan nak mengajar anaknya...

Balik rumah mak pun start la melukis dan ajar apa yang patut..."asyraaf mula-mula lukis bentuk rumah, pokok, awan pastu ambik itu...ini..." mak membebel sambil mengajar.....so ini la hasilnya lukisan tangan mak (rujuk gambar atas) dan hasil lukisan my son huhu...sedih (rujuk lukisan bawah) tapi pada mak, dulu kita darjah 1 pun bukannya terus pandai lukis kan...semuanya take time melainkan dengan izin ALLAH SWT terus pandai :D
Pada petang hari exam tu, mak dan my hubby dah tanya dia boleh buat ke tidak dan macam biasa jawapannya "boleh Mak...tapi asyraaf pakai duit syiling jer"....ayahnya bertanya tak pakai ke bahan yang ayah beli tu...jawapannya "tidak sebab takut cikgu marah...tu kan mainan ".... Ok anak mak tau peraturan di sekolah tak membenarkan mainan di bawa...

Keesokkannya my son bawa balik kertas lukisan peperiksaan dia dan ini la hasilnya...Muka ayah agak stress sejak semalam mendengarkan jawapan si anak dan bila terpandang hasil kerja lagi ayahnya stress...tapi tak pe la sayang...as long tak dapat E sudah la...janji markah masih OK...kita usaha lagi tahun depan ya...

:...Kejayaan Di Hari Sukan...:

Senyuman kejayaan seorang anak atas kemenangan di Hari Sukan pada jumaat lepas sebelum puasa menjelma...bab sukan nombor satu anak bujang kesayangan mak nie..semoga cemerlang dalam semua pelajaran ya sangat...happy for you...

:...English Homework...:

Finally...mak dapat tengok hasil kerja sekolah anak mak...sebabnya semua homework jarang dibuat dirumah..okla..dah pandai lukis dan menulis...semoga anak mak terus maju amin :)

:...Salah Satu Soalan Peperiksaan Sekolah Agama...:

Alhamdullilah minggu exam dah pun berakhir rabu lepas (21 Mei) dengan keceriaan dimuka my son sebab dah tak perlu nak kena dengar mak bebel suruh study or pegang buku...Sekarang hanya menanti waktu ayah pulak untuk menyelesaikan semua perkara bagi sem 2 dia...

Hari khamis lepas, my son bawa soalan JAWI dari peperiksaan sekolah agama...Ini muka depan dan soalannya seperti dibawah...
 Soalan pada mak amat mencabar bagi murid darjah 1...tapi comfirm bukan anak mak bacakan...mesti ustaz or ustazah bacakan untuk anak-anak ni...Secara jujurnya mak pun jenuh nak membaca jawi...last belajar pun masa sekolah menengah...pastu tak mendedahkan diri pun dengan tulisan atau buku-buku jawi ni...jadi ayat my son pada mak selalunya macam nie " Mak tak pandai macam ayah"...

Ya ayahnya more better dari mak...sebab mak kurang bahasa jawi nie..tp mak usaha juga membaca didepan anak mak...walau apa pun soalannya dalam bentuk apa pun, mak doakan semoga anak mak berjaya dunia dan akhirat...

Semoga anak mak dapat keputusan cemerlang dan tidak gagal dalam semua mata pelajaran yang diambil...Untuk my hubby good luck  for final sem 2 dan semoga dipermudahkan untuk menjawab semua soalan..

p/s: mak tak sabar nak ayah habis study sem ni...leh kita jalan2 balik kampung heheh

:...Exam Datang Lagi...:

Sekarang ni mood exam dah bermula...baik anak mahupun ayahnya...jadual exam pun mak dah tampal supaya alert exam apa untuk sekolah agama yang bermula dari semalam (15/5 - 21/5) dan sekolah kebangsaan (19/5 - 21/5)...ayahnya pula start exam 10/6 - 18/6...jadi sebarang aktiviti berjalan tidak dibenarkan oleh ayahnya...
   
Rumah comfirm akan bertukar ke nada senyap untuk beberapa tempoh ketika bila sesi ulangkaji berjalan...apa pun selamat menjawab setiap soalan dengan tenang untuk anak kesayangan mak dan juga ayah kepada anak-anak mak...

Semoga mendapat markah yang terbaik...amin....

:...Result Exam Sekolah Agama...:

Alhamdullilah syukur dengan keputusan yang my son dapat...walaupun tak mendapat markah penuh tapi anak mak mampu lakukan yang terbaik...untuk pertama kali ambik peperiksaan dalam ujian sekolah agama
 
Ok la kedudukan tempat ke 10 dari 14...cuma mak dan ayah kena lebih mengajar dari segi muqadam dan al-quran.. Syabas sayang mak...ujian kedua kita study lebih ok...

:...Pertama Kali Menulis Jawi...:

Masa tadika dulu ada jugak menulis untuk tulisan jawi...huruf dari alif hingga ya...tak sure pulak my son menulis sehingga terbentuk perkataan atau tak...

Tapi masa mula-mula masuk sekolah agama..macam ni la tulisan dia...
Kalau nak tulis syim ke sure dia kira berapa kali kena lekuk...tapi alhamdullilah sehingga kini my son masih bersemangat menyiapkan kerja sekolah yang ada...aminn... 

:...Belajar Mencuci Kasut Sekolah...:

Alhamdullilah dah masuk bulan ketiga anak mak bersekolah darjah satu baik sekolah agama mahupun sekolah kebangsaan...setakat ni hanya sekolah agama sahaja yang dah buat ujian dan mak dengar gosip-gosip dari mak-mak yang menunggu anak masa nak ambik my son sekolah petang dimaklumkan bulan empat akan ada exam...sekarang ni tengah spelling katanya...

Patutla dua tiga minggu ni mak dok dengar dia mengeja...maybe dah kena exam kot...apa pun mak doakan terbaik untuk semua anak-anak mak...Ok kita berbalik pada tajuk...dua minggu lepas merupakan hari pertama mak minta dia belajar basuh kasut sekolah...

Actually dia ada dua pasang tapi mak hanya benarkan pakai sepasang je untuk sesi pagi dan petang melainkan kena hujan...sebabnya mak pun malas nak basuh...memandangkan my son pernah cakap cikgu suruh belajar basuh kasut so mak pun suruh la dia...

Tempat basuh hanya di sinki dapur, guna berus sabut dan sabun basuh kain...mak ajar la dia tenyeh2, gosok2 termasuk tapak kasut hehhe...
Hasilnya boleh tengok kat gambar hujung tu...leh bezakan tak mana satu dia basuh dan mak basuh..

:Sekolah Ganti...:

Alhamdullilah anak mak dah boleh cuti dua hari nanti masa raya puasa...so wait sekolah rendah kebangsaan pulak buat cuti ganti...pastu boleh plan cuti di kelantan yeeayyyyy :D...

p/s: mak kena puasa ganti jugak start this week huhuhu...no malas-malas 

:...Skodeng Anak..:

Lepas kes kehilangan or diambil tu, mak dah my hubby dah nekad nak jumpa pengetua dia untuk bincangkan hal ni...tapi tak da rezeki nak jumpa pengetua, so jumpa penyelia petang je...jadila kan...so lepas dah story apa yang patut kami pun mulakan langkah jadi spy tak berbayar anak bujang sorang ni...

Rehat sekolah rendah kebangsaan dalam 3.15 petang...so kami ingatkan kami je yang skodeng anak rupanya ada lagi 2-4 parent buat benda yang sama...maybe anak-anak baru masuk 2 bulan bersekolah kot....Penat gak jadi spy nie...dah la panas terik cuaca lak macam berjerebu...

Bila tengok gelagat dia, rasa anak mak dah besar dah...dah semakin bijak, dah semakin pandai bergaul dan semakin pandai membeli...Memandangkan hari tu dia pakai baju sukan so duit ada dalam tracksuit dia...tengok je la gelagat dia..orang makan kat kantin dia makan kat pondok menunggu lak...
Balik sekolah cerita dia sama macam apa yang dilihat...dan untuk pertama kalinya bulan MAC ni...sekali lagi dompet dia tak ada...kali ni mak malas dah nak bising sebab mak rasa anak mak cuai dan mulai hari ni baik bawa bekal je la ye sayang...

:...Minggu Exam Sek Agama...:

Minggu ni merupakan minggu exam pertama kali my son kat sekolah agama...Agak pening jugak nak mengajar mengikut subject yang diberi...mak mengaku bukan la pandai sangat bab agama tapi mak cuba.....

Ini subject yang perlu anak mak hadapi untuk tempoh tiga hari ni....
Bila balik sekolah dia cakap dia boleh buat...kalau betul alhamdullilah mak bersyukur kalau tak pun mak tetap bersyukur sebabnya baru 2 bulan belajar agama...nak lak tulisan semuanya jawi dan arab...
So malam ni mak kerah jugak untuk buat latihan walaupun mak tak tau esok soalan yang keluar macam mana..tapi at least mak dah usaha sikit dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan anak mak esok...amin....

:...Hilang atau Diambil...:

Lamanya rasa tak update story pasal anak-anak mak...maklumla mak kena tukar unit baru walaupun mak masih setia di tempat dan bahagian yang sama.... alhamdullilah dah nak dekat 2 bulan anak bujang kesayangan mak masuk ke alam persekolah dan macam-macam story yang dibawa balik....

Dari kisah kantin, kes buku teks,duit belanja, berbelanja dan terkini kes hilang....satu tali leher dan sejak 2 hari lepas dompet hilang bersama duit....bila soal siasat dibuat kat my son katanya kawan dia yang masukkan dompet kat dalam beg and pagi tadi sekali lagi disoal kawan dari kelas lain pulak yang bukak beg....bukak beg!!!!!! Bila dengar bukak beg apakah maksudnya....

Adakah anak mak sengaja buka beg or ada orang lain bukak beg and ambil....mak malas nak tuduh tapi geram...2 dompet hilang dalam masa 2 hari di sekolah yang sama...kalau hari ni berlaku lagi...mak akan ke sekolah untuk buat aduan....dah la mula- mula sekolah dah ada budak berani nak minta duit and know hilang lak...walaupun nilai hilang hanya RM2.00 or RM1.00 tapi lama-lama akan jadi kebiasaan pada budak tu...even mak memang pantang kalau orang ambik or bukak barang mak tanpa kebenaran...

Hope firasat mak salah...dan mak harap sangat petang ni masa ambik my son dompet dia ada and no more story like this huhu...kena kuatkan mental dan gertak my son untuk ajar dia sayang barang dan jangan mudah bagi kawan selongkar beg....



:...Mari Mengenal Duit...:

Alhamdullilah dah hampir 30 hari my son melangkah ke alam persekolahan darjah satu untuk sekolah agama dan rendah...dan bersyukur sangat sebab tak ada drama menangis atau tak nak pergi sekolah...teruja lagi ada...cuma masih belum kenal duit sepenuhnya...yang hanya dia tahu adalah note RM1.00
Baru-baru ni ada sesi latihan bersama my hubby...siap tekap lagi nilai syiling 50sen, 20 sen dan  10sen....pening jugak nak bagi faham anak bujang ni bila nilat 50sen+10sen+10sen = 70sen...even nak genapkan menjadi RM1 pun banyak kali terangkan...

Setakat ni dah pandai membeli di sekolah agama...kat kedai buku...beli buku note warna warni dan pensil tekan yang matanya macam pensil khat tu...hari ni request nak duit utk beli bullet dia...Dekat sekolah rendah masih tiada proses membeli sebab dia cakap makanan tak sedap...lepas ni tak tahu la camner...

Kalau dulu rasanya mak ayah kita pun tak ajar kita kan...kenal duit masa sekolah dan pandai-pandai la bawa diri...hope anak mak pun sama...

:...Kerja Rumah Pertama Sekoleh Kebangsaan...:

First homework dari sekolah kebangsaan...walaupun rasa macam kerja budak tadika, tapi itu la hakikatnya sebab masih dalam minggu orientasi...minggu depan dah start pakai baju seragam dan mak masih belum jahit lencana sekolah lagi huhu...

Hope anak mak sentiasa bersemangat walaupun semalam dah mula mengadu sakit tangan sebab buat kerja rumah..padahal baru 6 baris melukis huhu...

:...Situasi Di Waktu Rehat Sekolah...:

Zaman mak dan ayah dulu masa tahun satu memang payah la nak ingat balik terutama waktu rehat...macam mana mak membeli, mak duduk dengan kawan mana semuanya dah beku dalam kepala ni...tapi yang pasti masa mak tahun enam mak bawa bekal dan makan dengan kawan-kawan...yang benar-benar pasti semuanya belajar sendiri...sebab malu kalau mak tunggu lama-lama kat sekolah...

My son sekolah agama diwaktu pagi dengan time rehat jam 9.30 pagi...pada mak early morning sangat...nak bagi makan berat pun fikir banyak kali sebab tengahari sebelum ke sekolah kebangsaan mak akan pastikan dia makan nasi...sebab rehat disekolah sana pula jam 3.10 petang...

Hari pertama mak bekalkan anak bujang mak dengan kentang dan nugget je pagi tu..and second day kek london kegemaran dia 3 keping...cuma hari pertama dia request ayah belikan air milo harga RM1.00 tapi rasa gula banyak dari milo....moral pada mak baik mak yang bancuhkan huhuh...kuih pun RM0.40 satu...so total kalau nak bagi duit belanja RM2.00 sekolah agama...setakat ni masih tiada proses pembelian dari anak tersayang...Itu la kawan dia setakat ini yang mak kenal...katanya nama dia ADAM...
Sebaliknya pula di situasi sekolah kebangsaan....my son time rehat tu mak hanya bekalkan twiggie...tapi yang mak nampak dia hanya bawa botol air sahaja ke kantin sekolah...nasib perasan dan tanya, rupanya nak duit belanja...my hubby bagi RM2.00 dekat my son dan kami perhatikan gelagat dia...
Duit dihulur ke akak kantin tanpa bertanya sebarang harga makanan yang nak dibeli...duit akak kantin ambil, baru la my son memilih apa yang dia nak makan...sekali yang diambil hanyalah kek london satu...mak tengok akak kantin tak bagi pun baki dah dia apatah lagi sebab tak pernah membeli dan tak pandai langsung bab duit...

Bila my hubby tanyakan kembali ke akak kantin tu, rupanya harga satu RM0.50 sahaja dan ayahnya mintakan baki wakil kepada anak...kalau tak minta ibarat akak kantin akan untung 50sen seorang budak yang tak pandai membeli...kalau 20 hari dah berapakan??? tapi itu la situasi mak kena tempoh...kalau jadi, niat mak bersedekah sahaja la ke akak kantin....tak kan nak pantau sampai pandai kan...

Hari kedua mak bawakan bekal roti...sekeping je makan...tapi balik dari sekolah petang tahap kelaparannya sangatla tinggi...siap request nak makan burger, nasi kicap telor semua ada...kesian lak...tapi demi mengejar ilmu mak kena paksa jugak sayang...

Insya allah nanti kita slow-slow belajar ya....setakat ni total yang akan diperuntukan untuk kedua-dua sekolah adalah RM4.00....tapi dah 3 hari sekolah tak guna duit belanja, so duit masuk tabung kot-kot boleh pergi LEGOLAND hehehe....

:...Situasi Di Hari Pertama Sekolah...:

2 januari lalu merupakan detik my son bergelar pelajar sekolah rendah...so macam biasa awal pagi jugak kena bangun...so dalam jam 7.40 pagi makdan ayah hantar ke sekolah agama sebab kelas bermula jam 8.00 pagi...tapi macam biasa la my daughter masih diulik mimpi...abangnya semangat nak belajar dan adiknya semangat nak tidur...
Tepat jam 8.00 pagi...loceng berbunyi dan cikgu arahkan semua murid beratur ke arah bendera dan menyanyikan lagu negaraku serta asma ul husna dan beberapa doa ringkas sebelum memulakan sesi pembelajaran...
Sama juga situasi di sekolah kebangsaan, semua murid beratur di dewan dan diletakkan mengikut warna kelas yang telah disenaraikan....my son berada di kelas 1 bestari dimana warnanya adalah warna kuning...selepas diberikan tag nama, kesemua murid diarahkan berdiri untuk menyanyikan lagu negaraku, berikrar sebelum bergerak ke kelas...
Untuk tempoh dua minggu ni, my son kena pakai baju sukan sebab dalam mode Orientasi lagi...

Semoga anak mak terus berjaya dan cemerlang amin...

:...My First Home Work For Sekolah Agama...:

Semalam mak bertanyakan pada my son ada kerja sekolah tak untuk sekolah agama...dan jawapan yang mak terima dari bilik tido adalah YA...dan yang paling best..."mak tolong asyraaf buatkan boleh"...mean kat sini mak yang kena buat or dia yang kena buat...
Finally dia yang buatkan...tugasannya adalah menulis nama ALLAH dalam bahasa jawi...alhamdullilah tulisan my son pun ok walaupun antara lam dan ha agak jauh...tapi ok la tulisan untuk budak yang baru belajar menulis tulisan jawi...

Adik cam biasa suka menyibuk hehee...tapi alhamdullilah adik dah more ok pegang pensil...

:...Hari Pertama Bergelar Budak Darjah Satu...:

Alhamdullilah dan bersyukur sangat sebab diberi kesempatan oleh ALLAH untuk menguruskan persekolahan anak sulung bersama hubby tersayang...cepatnya masa berlalu...macam baru je melahirkan my son and now dia dah berumur 7 tahun (walaupun patutnya bulan Nov)....
Walaupun agak penat pada my son tapi mak nak bagi yang terbaik untuk anak-anak mak...maklumla anak bukannya berdozen ada dua je permata hati mak...untuk adik nanti umur 5 tahun Insya Allah kita ke tadika ya...

Bermula 2 Januari 2014 anak mak bergelar budak sekolah rendah baik sekolah kebangsaan dan sekolah agama...doa mak semoga menjadi anak yang pandai, cemerlang, berjasa dan soleh serta patuh pada PerintahNYA serta mendengar nasihat mak ayah dan berjaya dunia akhirat...

Bersyukur juga dalam tempoh 3 hari pemerhatian mak, anak mak mampu untuk berdikari...maklumla kalau tadika ada cikgu tunggu tapi bila darjah satu ni pandai-pandai la bawa diri di dalam kelas...Jadual waktu masih belum dapat tapi mak still cuba bawakan buku yang perlu...

Semoga ALLAH permudahkan urusan anak mak seharian disekolah....amin....

:...Checklist Pelajar Tahun Satu...:

Anak sulung mak tahun depan akan bergelar pelajar tahun satu sekolah rendah...jadi mak rasa mak perlu ada satu senarai semak keperluan untuk anak mak bergelar tahun satu...
Ini senarai keperluan yang mak perlu alert sepanjang dari tempoh mula-mula pendaftaran ke sekolah rendah sehingga pastikan ke minggu transisi dia...ini base on sekolah rendah kerajaan penuh...kalau sekolah swasta mak tak pasti prosedur macam mana...

Cuma kadang-kadang sekolah yang kita hendak tak semestinya dapat..tu yang mak alami..tapi mak dan ayah malas nak buat kerja banyak so layankan je la sekolah yang telah ditempatkan...yang pasti sekolah bersih, dekat dengan rumah dan anak mak akan berusaha belajar termasuk mak dan ayah jugak ^-^...

:...Checklist Keperluan Kelengkapan Sekolah Tahun Satu...:

Untuk rujukan mak yang baru nak masukkan anak ke darjah satu...rasanya semua mak tak buat checklist macam nie...tapi mak rasa perlu...sebab mak takut ada yang terlepas pandang...tapi bukan la perlu pun checklist ni...cuma kena pastikan semuanya beli...so tak ada yang last minit...
Insya allah bulan DIS ni merupakan bulan shoping sedunia...shopping barang anak nak masuk darjah satu 
^-^

p/s: kawan mak lak ingatkan bekas makanan dengan bekas air kena ada jugak huhuhu

update terkini:-> beg sekolah dah beli termasuk pensil box :D

list terbaru bila anak dah dapat buku:
1) Pembalut buku
2) Salotape termasuk tempat dia senang nak tampal tak yah gunting-gunting
3) Cop nama kena buat kalau tak rajin nak menulis
4) Stiker nama nak tampal pada alat tulis dengan bekas makanan dan minuman

~~ Tabung AsyDhia ~~