Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

:... Perubahan Wajah Ringgit Malaysia...:

Cuti CNY hari tu sempat juga la mak ke Petrosains bawa anak-anak berjalan ke sana...tapi memang ramai warga melayu yang tak balik beraya di kampung rupanya...

Sampai area KLCC dalam jam 11.00 pagi camtu dan dapat tiket masuk dalam area 12.15 tengahari...beratur la mak dengan anak-anak ni nak menaiki Dark Ride...penantian berakhir dalam 45 minit namun nak dijadikan kisah, sampai je turn mak nak naik tetiba ada short circuit lak berlaku pada ride tu...so kami semua diarahkan naik ikut lif...tak dapat la nak naik ride tu untuk balik...

Dalam pusat pameran petrosains mak tertarik dengan pameran mata wang Malaysia...suka tengok mata wang lama generasi pertama...besar-besar kepingannya macam kat bawah ni...
 
Kalau tak silap mak, my mom ada simpan lagi beberapa kepingan duit lama ni...tak pasti nilai yang mana satu...
Matawang generasi kedua...mak membesar dengan menggunakan matawang ini...dalam simpanan mak hanya ada nilai RM1 - RM10 je...my brother ada nilai sampai RM100 tapi nak bodek dia tak kasi...

Dan ini nilai ketiga juga mak ada simpanan dari RM1 - RM50 je la...nilai RM100 tak ada pulak...dapat simpan sekeping untuk 1 nilai pun dah ok kan..boleh tunjuk ke anak-anak real punya selain dari boleh google kat tenet...  
 Sekarang kita semua guna RM macam bawah ni...meriah warnanya...kalau masa tukar duit raya mak akan simpan setiap nilai satu keping sebab masih "keras" kepingannya...lepas ni untuk generasi ke lima tak tahu la wajah RM tu macam mana pulak...
Banyak yang dah baru di Petrosains..tapi kalau nak pergi baik cuti biasa dari cuti umum...ramai hamba allah sampai bersesak-sesak...nasib naik LRT kalau naik keta tak tahu la camni...

:...Checklist Pelajar Tahun Satu...:

Anak sulung mak tahun depan akan bergelar pelajar tahun satu sekolah rendah...jadi mak rasa mak perlu ada satu senarai semak keperluan untuk anak mak bergelar tahun satu...
Ini senarai keperluan yang mak perlu alert sepanjang dari tempoh mula-mula pendaftaran ke sekolah rendah sehingga pastikan ke minggu transisi dia...ini base on sekolah rendah kerajaan penuh...kalau sekolah swasta mak tak pasti prosedur macam mana...

Cuma kadang-kadang sekolah yang kita hendak tak semestinya dapat..tu yang mak alami..tapi mak dan ayah malas nak buat kerja banyak so layankan je la sekolah yang telah ditempatkan...yang pasti sekolah bersih, dekat dengan rumah dan anak mak akan berusaha belajar termasuk mak dan ayah jugak ^-^...

:...Buku Interaktif Solat...:

Buku ni diperkenalkan masa visiting day dulu di Tadika Bijak...lepas budak-budak solat, parents dimaklumkan bahawa semua anak-anak diajar berdasarkan buku ini. Dalam buku ini ada juga CD Interaktif yang merangkumi Rukun Islam dan Rukun Iman, panduan mengambil air wuduk, niat fardu solat, panduan solat dan panduan kedudukan antara jemaah...

Harga buku ni RM19.90 dan mak hanya membeli di tadika sahaja kerana ada stok...nak cari di kedai buku pun boleh ada jugak...
Ini antara kandungan buku tersebut....
Cara berwuduk jugak diterangkan dengan gambar dan ayat yang besar dan jelas....Memudahkan sangat untuk anak-anak membaca..

Alhamdullilah dengan panduan dari buku ni dan tunjuk ajar cikgu serta amalan family dirumah, now my son dah berupaya untuk mendirikan solat 5 waktu tersebut...walaupun masih perlu di didik mak yakin, permulaan yang baik insya allah akan dipermudahkan oleh ALLAH...amin....

:...Panduan Mendidik Anak Lelaki...:

Melihat pada panduan ini, mak terfikir dan alhamdullilah setakat ini, mak dan my hubby berjaya mengikutinya walaupun kami tak pernah membaca panduan ini...

balik awal setakat ini mak cuba yang terbaik cuma my hubby saja tak mampu coz kerja jauh but yang bestnya my hubby tak berkira kerja dengan mak...sanggup layan and kadang-kadang mandikan our kids...tq sayang...

Aktiviti bergomol tu biasa dah my hubby buat sebab memang kesukaan dia menyakat our kids sampai nangis...kadang-kadang anak terpaksa cari helah nak larikan diri..nak minum air la,nak kencingla macam-macam ragam la anak-anak ni...

apa pun as mother mak akan cuba yang terbaik yang mampu mak dah ayah lakukan untuk kalian...semoga keluarga kita sentiasa dirahmati dan dilindungi olehNYA ameennn

kredit to youngkhalif 

:..Pengertian Seorang Bergelar Perempuan...:

Tertarik dengan gambar di atas ini...betapa besarnya pengorbanan as a WOMEN...dari bergelar anak sehinggalah bergelar as MOTHER...terlalu payah untuk ditelan tapi itula hakikatnya...bermula kerja dari bangun tido sehingga lah semua ahli keluarga tido...

Pengorbanan yang perlu dilakukan bila bergelar seorang perempuan..

^0^...Semoga mak mampu mendidik anak perempuan mak dari kecil sehingga dia bergelar ibu juga ameenn... ^0^

:...Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan...:

Panduan untuk semua kawan-kawan yang sedang berada di fasa menerima roh baru di dalam diri serta kehadiran cahaya mata yang dinanti-nantikan oleh family boleh la mengamalkan bacaan doa ini...

-بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ† 


Semoga menjadi panduan dan pedoman pada kaum ibu di seluruh dunia...sesungguhnya semuanya adalah dengan izin dariNYA...ALLAH maha mengetahui segalanya ameenn...

TQ Info dari Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

:...Anak Lelaki Vs Anak Perempuan...:

Terpanggil untuk mencari info pasal tajuk ni lepas membaca entry dari Di Jari Pena Menari berkaitan tajuk ini…bila surfing terjumpa artikel dari Pa & Ma…cuma bezanya cerita tu menunjukkan yang sulung perempuan and second boy…so pada mak mari kita terbalik kan pulak sebab yang sulung mak lelaki dan yang second adalah girl…

Dalam Pa&Ma menyatakan perbezaan ketara antara anak lelaki dengan anak perempuan adalah:

Lelaki
• Anak lelaki sangat suka memerhatikan pergerakan tubuh manusia. Mereka menggemari sesuatu yang dinamik dan anak lelaki lebih cepat pandai berjalan.
- Komen mak bab berjalan tu tak cepat jugak berbanding adik…sebab adik cepat jalan sebulan dari abangnya dan tiru gaya tu kalau cerita ultramen maybe dia tiru gaya la even sekarang pandai berambut pacak hehe dan adik jugak pandai tiru gaya cat hheheh...

• Sejak dari kecil, jika diperhatikan bayi lelaki lebih kerap menggeliat, menendang kakinya dan bergerak lebih aktif berbanding bayi perempuan.
- Kalau banding dalam perut rasanya my son more soft rather sister dia…tp sekarang memang kuat menendang maklumlah belaja teakwando huhu

• Anak lelaki lebih mudah tersentuh hatinya berbanding anak perempuan. Memujuk anak lelaki yang menangis adalah lebih lama berbanding anak perempuan.
- Fakta ni mak setuju sangat-sangat sebab my son kalau merajuk tu selagi tak pujuk selagi tu tak ok…sapa marah dia, orang tu la kena pujuk balik…kadang-kadang boleh mendatangkan rasa nak marah balik pada dia huhu…

• Anak lelaki juga lebih menyukai kehadiran orang lain, terutama kelompok yang seusia dengannya. Tidak hairanlah, apabila menginjak dewasa mereka gemar membentuk persahabatan secara berkumpulan.
- Alhamdullilah setakat ni bila bawa bermain di taman, my son mampu bercampur gaul even ditadika dia walaupun mengambil tempoh almost 4 month menangis setiap kali jejak kaki ke tadika heheh

• Dalam satu kajian yang dilakukan kepada bayi berusia 3 hingga 12 bulan mendapati, bayi lelaki lebih pantas memberikan respons positif kepada suara-suara keras. Manakala bayi perempuan pula menunjukkan reaksi takut bila mendengar bunyi-bunyian yang agak keras dan garang itu. Ini jelas membuktikan bahawa anak lelaki lebih berani berbanding perempuan.
- This one mak tak alert lak…Cuma bab berani tu rasanya dengan lipas pun my son takut…tapi mak mengaku tu salah mak sebab takutkan dia dengan haiwan kecil tu sejak dia kecil lagi termasuk adik dia hehee…

Perempuan
• Walaupun baru lahir, bayi perempuan akan cuba menjaga kontak mata dengan ibunya. Dan dalam komunikasi pula, anak perempuan lebih cepat mengeluarkan kata-kata pertama berbanding anak lelaki.
- For my daughter masa hari kedua memang dia buat kontak mata ke tengah dengan mak and ayah sampaikan risaukan semua orang(macam juling ke tengah)…dan yup my daughter more cepat bercakap walaupun pelat-pelat tu tetap ada (ikut sifu dia)…

• Lebih bijak menggunakan tangannya. Jadi tidak hairanlah apabila anak perempuan dilihat lebih cepat bermain dengan pelbagai alat permainan maenggunakan senduk dan garpu walaupun dalam usia yang terlalu kecil dan lebih cepat mampu menulis dengan rapi.
- My daughter sekarang ni kerap ikut abangnya menulis dan bila dilihat gaya memegang pensil nampak ciri-ciri memegang dengan betul walaupun tak berapa nak betul benornya...sekarang ni dah pandai main masak-masak sambil tengok tv even main mak-mak bersama baby dia

• Anak perempuan juga lebih peka mengesan suara atau bunyi-bunyian. Anak perempuan lebih tertarik dengan suara manusia berbanding bunyi lain. Cuba anda bunyikan loceng kepada sepasang bayi berlainan jantina. Anda tidak dapat melihat perbezaan yang jelas antara respons bayi lelaki degan bayi perempuan. Tapi, cuba anda mengeluarkan suara seperti sedang berbual. Bayi perempuan akan menunjukkan minatnya untuk berbual dengan anda.
- Bab ni payah nak bandingkan sebab dua-dua anak mak bila ajak berbual memang payah masa kecil la…sekarang macam bertih jagung kedua-duanya…camner nak buat berbandingan macam nie huhu…

• Anak perempuan juga lebih tertarik untuk memerhatikan wajah seseorang, khususnya wajah lembut para ibu. Mereka lebih bijak membaca emosi orang lain.
- Bab ini memang my daughter pakar…siap pegang lagi muka mak untuk tengok dan yang pasti apa mak pakai dimuka dia pun nak sama…maklum la kata anakperempuan kena la sentiasa cantik dimata kan

^0^ walau apa pun perbezaan kalian, kalian tetap anak kesayangan mak dan ayah…sekurang-kurangnya mak dan ayah terhibur dengan telatah dan kelakuan kalian…semoga menjadi anak yang soleh dan solehah…dan bahagia dunia dan akhirat ameennn ^0^

:...Doa Untuk Anak Cerdik & Pandai...:

Untuk ingatan dan panduan mak dalam mendidik anak-anak...



:...♥ 19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI ♥...:

Sekadar berkongsi dari FB Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim berkaitan Tips Cinta Suami Isteri...so tipsnya adalah:

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.


2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

^0^ Alhamdullilah kesemua tips diatas mak dah laksanakan sebaik mungkin dan akan cuba perbaiki lagi dari masa ke semasa amennn... ^0^

:...Peringatan Untuk Diri Sendiri...:

Mak dapat mesej ni melalui email oleh kawan opis mak..so dari mesej ni mak harap menjadi peringatan untuk diri mak dalam menjaga anak-anak mak dari kecil hingga dewasa...

Menurut mail tu dia cerita macam nie...ni hasil mak dah translate melalui google sebab sumber in english...

Walaupun kita telah mendengar nasihat banyak kali sebelum ini, ini adalah satu peringatan yang baik kepada semua ibu bapa dan penjaga untuk berhati-hati...

1. Memerhatikan anak anda. Sentiasa tahu di mana dan dengan siapa mereka berada.

2. Mengajar anak-anak anda nama penuh mereka, alamat, dan nombor telefon rumah.
3. Bawa satu gambaran yang terkini anak anda untuk membantu polis atau pengawal keselamatan mencari mereka.
4. Menemani dan menyelia anak-anak apabila mereka menggunakan tandas.
5. Tentukan tempat yang mudah untuk bertemu sekiranya terpisah.
6. Mengajar kanak-kanak untuk mencari orang yang boleh membantu, seperti pengawal keselamatan beruniform.
7. Mengingatkan kanak-kanak supaya tidak kemana-mana bagi memudahkan mencari mereka sekiranya terpisah.
8. Mempunyai perkataan kod khas yang dikenali hanya untuk ahli keluarga. Beritahu anak anda tidak mengikuti mana-mana orang asing.
9. Mengajar anak anda bahawa walaupun dia harus menghormati orang dewasa, jangan sesekali berrcakap dengan orang asing.

Pakar mengatakan 25 minit pertama adalah tempoh yang kritikal apabila kanak-kanak hilang sebagai kanak-kanak mungkin tidak jauh dari lokasi sebelumnya. Tindakan pantas perlu diambil dalam masa ini untuk menyebarkan maklumat tentang kanak-kanak hilang.


Jangan sekali-kali:

1. Hantar anak-anak keluar bersendirian pada waktu malam untuk sebarang suruhan.
2. Biarkan anak anda di kedai mainan atau di tempat lain semasa anda pergi membeli-belah.
3. Tinggalkan anak anda bersendirian di dalam kereta, terutamanya dengan enjin yang masih hidup.
4. Pakaian kanak-kanak dengan pakaian yang mempunyai nama mereka kerana ia boleh menarik orang asing untuk memulakan perbualan dengan anak anda.
5. Biarkan anak anda di kawasan awam di pusat membeli-belah menjangkakan penyeliaan daripada anggota keselamatan.
6. Benarkan anak-anak pergi membeli-belah sendiri tanpa pengawasan orang dewasa.

Syukur buat masa ni semua ingatan diatas insya allah akan mak ikuti...

:...Gigi Sulung Tanggal...:

Tak terduga dan tak terlintas yang one day gigi susu my kids akan bersilih ganti dengan yang tetap…sangat-sangat terkejut last week coz my son cakap gigi dia goyang…ingatkan dia main-main dan terfikir tak kan la kejab je dah goyang…mesti makan masa kan…bila mak tengok balik gigi dia, rupanya dah naik yang baru di belakang gigi goyang tu…

Memandangkan hari tu mak di Klang, apa lagi ummi dia la yang proses mencabutkan gigi itu…see so comel…siap macam letak dalam kain kapan jer hahahhaa…mak pun suruh ayahnya pergi tanam gigi tu…bukan ikut ajaran ke apa tapi saja-saja tanam kot-kot naik pokok durian ker hehhee…
 penat rotate tapi still macam nie jugak...sori pada yang nak tengok huhuhu

Balik rumah mak pun surfing la pasal info Gigi Susu Tanggal nie…dan majoriti maklumat yang mak perolehi adalah bila anak masuk umur 6 – 12 tahun, gigi susu akan berganti dengan gigi kekal…makanya mak kena terima hakikat bahawasanya gigi comel anak mak akan berganti dengan gigi yang kekal sehingga anak-anak mak besar…

Mak suka sangat tengok gambar ni sebab gambar ni la gigi yang mula-mula naik dan juga mula-mula tanggal menggantikan yang tetap J
^0^ alhamdullilah my son sangat kuat…tak nangis pun bila dicabut oleh ummi dia hari tu ^0^

:...Tonsil...:

Hari ni sekali lagi mak diuji olehNYA namun mak percaya ada hikmah disebaliknya...mak minta maaf in case mak terlewat mengambil tindakan untuk membawa my daughter ke klinik...semakin hari semakin membuntukan mak dengan tahap kesihatan anak dara kesayangan mak...

Kemarin a.k.a hari selasa, my daughter dah start bernafas ikut mulut...mak ingatkan dia selsema coz cara dia macam ada hingus je...ubat dah diberi namun bila saat dia lena, lenanya tidak panjang...mak masih ok lagi..dan pagi tadi mak terkejut coz sekali lagi dia demam panas selepas beberapa hari dia baru baik demam...

Pagi tadi selepas mendapatkan kebenaran, mak ke klinik dan suhu waktu itu 39 darjah celcius...namun tak ada ubat bontot (peluru) diberikan coz my daughter tak da la terlalu penat kalau tengok muka dia...after bertanya kenapa dan mengapa, doktor tu cakap tonsil dia bengkak tu sebab salur pernafasan dia macam tu...tapi doktor cakap insya ALLAH beberapa hari nanti akan ok...

Bila mak masuk opis balik dan bercerita, kebanyakkan opismate mak cakap solutionnya adalah operation sekiranya memang dia mempunyai tonsil bengkak..bila dengar tonsil mak jadi serabut...serabut yang sangat-sangat dan my hubby memberikan info berguna ini pada mak...

Dalam info tu mak tertarik dengan ini
Mak perasan yang my daughter no 7 ngan no 8 tu ada pada dia...bila tido tu memang berdengkur dan kadang-kadang mak tak tahan dengan bau mulut dia sedangkan gosok gigi selalu huhuhu...no 3 dan no 2 tu ada sewaktu minggu pertama bulan ini...baru terjadi mak rasa...

Antara solution yang mak boleh terima pakai oleh opismate mak adalah jaga pemakanan dia dan kebersihan dia agar dia tak demam, batuk or selsema...yang lain mak tak nak fikir dan mak berdoa sangat yang dia tak apa-apa...tapi menurut info yang diberi solutionnya masih banyak dan mak perlu kuat untuk anak mak..


^0^ mak percaya setiap ujian yang Allah bagi ada hikmahnya dan mak percaya mak mampu dan kuat untuk anak-anak mak ^0^



:...Adab Bertutur Dengan Anak...:

Sebagai manusia biasa yang bergelar ibu, emak, ummi, mama atau mummy dan apa jua gelaran yang dipegang oleh seorang ayah, bila sudah mempunyai anak pasti akan cuba buat yang terbaik dalam mendidik anak-anak dari kecil sehingga la besar...

Ingin berkongsi info dalam memperbaiki diri sendiri serta peringatan untuk mak dan my hubby dalam cara bertutur bersama-sama anak-anak...

1. Biasakan bersuara rendah
Anak yang biasa mendengar ibu bapanya bertutur dengan suara yang rendah dan lembut akan lebih berkemungkinan memperoleh watak yang lembut da mulia. Ia tidak mudah berkasar dengan rakan-rakannya dan orang-orang lain. Al-Quran juga ada mengingatkan bahawa bercakap dengan suara yang tinggi adalah seperti 'seekor keldai'.
- Part ni agak mustahil pada mak sebab nada suara mak sangat tinggi terutama bila marah...sampaikan sekarang mak perasan my son pun dah terikut nada tu bila dia bercakap dengan my daughter...In sya Allah mak akan cuba terbaik dalam mengawal amarah serta nada suara mak...TQ my hubby coz tegur sekiranya mak buat juga...dan mak tahu mak mampu ubah walaupun lambat...lebih baik ada dari tiada langsung perubahan...

2. Bercakap dengan Mata-Temu-Mata(MTM)
Hubungan MTM ini memberi anak kecil keyakinan bahawa ibu ayahnya memberi tumpuan kepadanya dan menyayanginya. Ibu ayah yang mengamalkan MTM akan cepat memahami betapa pentingnya hubungan konsentrasi sebagai asas pendidikan & pembangunan anak-anak. Dengan cara MTM ibu bapa akan membiasakan anak-anaknya mudah memberi tumpuan sepenuhnya setiap kali mereka bercakap, belajar atau berfikir. 
- MTM selalu mak praktikan pada my kids...setakat ni alhamdullilah apa yang mak terangkan akan diterima oleh mereka walaupun kadang-kadang pelbagai soalan akan muncul semula...paling berkesan MTM ni bila my kids buat salah...dalam menerangkan kepada mereka kenapa, mengapa dan apa jua alasan dalam membetulkan kesalahan, pasti air mata mak akan turun sama...for my kids bila mak dah nangis diorg pun ikut nangis huhu..

3. Bercakap secara positif, optimis dan meransang
Adab ketiga ini ada kaitannya dengan pembinaan asas-asas kemanusiaan dan ketauhidan. Dengan menggunakan bahasa dan nada yang lembut ibu bapa akan membina suasana tenteram dan mulia. Ibu bapa boleh menyatakan aspek-aspek keagungan, kekaguman tentang benda-benda seperti hujan, air, kesihatan, bulan, ikan dan sebagainya yang memberi tanda kebesaran Tuhan.
- Alhamdullilah my son banyak belajar tentang perkara ini...apa itu bulan, bintang, matahari apa jua yang dicipta olehNYA mampu difahami...cuma untuk lebih memahamkan my kids, mak perlu kesabaran yang tinggi dalam menerangkan segala yang ALLAH ciptakan di muka bumi ini...

4. Adab memuji Allah swt
Setelah anak dapat memerhatikan keindahan dan kesempurnaan sesuatu perkara serta berpandangan positif atas setiap kejadian, maka perasaan syukur dan pujian harus dihadapkan kepada Allah SWT yang menjadikan makhlukNya. Antara latihan ialah mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar dan seumpamanya. 
- Mak perasan selepas sedawa my son akan ucapkan alhamdullilah..setiap kelakuan yang dirasakan salah jika dibuat dia akan berkata "nanti ALLAH tak sayang"...dan now mak dan my hubby dalam proses membentuk dia untuk bersolat walaupun hanya 1 waktu sehari...mak nak my son tahu as umat islam WAJIB kita buat apa yang disuruh olehNYA dan jika mendapatkan sesuatu perlu bersyukur kepadaNYA...

5. Adab silaturrahim
Adab silaturrahim sangatlah penting kerana anak yang cerdik harus juga menjadi anak yang mulia. Ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik iaitu sentiasa buat baik dengan orang, suka menolong, ghairah dalam kerja kebajikan dan kemasyarakatan akan mencorakkan anak sedemikian juga. Anak-anak kecil yang membesar dalam suasana yang kaya dengan penghayatan itu akan lebih berkemungkinan untuk membina budaya silaturrahim dan menjadi orag-orang yang disayangi dan dihormati oleh orang lain. 
- Alhamdullilah adab ini dari kecil mak percaya semua parents terapkan...dan alhamdullilah my kids bila berjumpa dengan saudara mara or kawan-kawan mak insya allah akan bersalam...suka menolong buat masa ni mak rasa my kids ikut mood diorg...kadang-kadang bila minta baru membantu kadang-kadang bila disuruh baru dibuat...maybe semua ini mengambil masa sebab my kids baru 6 tahun ke bawah...insya allah mak dan my hubby akan cuba yang terbaik...

Semoga setiap adab bertutur ini dapat mak terapkan dalam kehidupan kami seharian dalam mendidik anak yang masih suci dan bersih...semoga ALLAH permudahkan urusan kami membentuk anak yang soleh dan solehah serta menjadi ibu bapa yang mithali ameennnn

^0^ terima kasih kepada sumber info dari Majalah Pa & Ma, 
Disember 2012 ^0^

:...Wajah Kita...:

Mak terbaca share post kawan mak di FB tak ingat pulak tajuk asal dari mana…Post tu menerangkan ini…
Bila mak perhatikan balik, memang benar kata-kata di post tersebut…sebab mak compare dengan gambar zaman muda my hubby family…
Bila dilihat balik my SIL sebijik macam wajah mak dia di gambar itu…maybe bila dah berusia sure sama macam wajah MEK (mak mertua)…mungkin pada ahli saintifik perfikiran begitu tapi ALLAH maha tahu segalanya J
^0^ ramai yang kata mak ikut muka my dad…so bila tua still nampak muda hahhaa ^0^

:...Al-Quran Pelindung Diri...:

Sebagai hamba ALLAH yang kerdil dan sebagai umat islam yang sejati kita sedia maklum bahawa AL-QURAN merupakan mukjizat yang tidak terhingga buat semua umatNYA dimuka bumi ini...setiap baris ayat yang terkandung maksudnya serta tersiratnya dapat membantu dalam menyembuhkan segala penyakit misteri sekiranya diamalkan dengan ikhlas dan bertawakal...

Kadang-kadang kita tidak pasti ayat mana yang dapat membantu kita bila berada didalam kesulitan mahupun kesihatan melainkan pakar-pakar ulama dan ustaz-ustaz serta ustazah yang terpilih...


Ayat yang mampu mak kongsikan ini insyallah boleh dijadikan sebagai Pelindung Diri bagi anak-anak kecil mahupun kita yang dewasa...ayat ini mak dapat daripada Pusat Perubatan Islam selepas rawatan my daughter hari itu....


Ayat pertama Surah Al-Mu'minuun nombor surah 23 baca la ayat dari 105 sehingga 118 dimana ia perlu dibaca 3 kali pada waktu malam (selepas solat Maghrib atau Isyak) dan berdoa untuk memohon pada ALLAH SWT apa yang dihajati...


Ayat kedua Surah Ar-Ra'd nombor surah 13 baca la ayat dari 30 sehingga 43 dimana ia perlu dibaca 3 kali pada waktu siang (selepas solat Subuh atau Zuhur atau Asar) dan berdoa untuk memohon pada ALLAH SWT apa yang dihajati...
^0^ Semoga dengan perkongsian ini akan menjadikan kita lebih tabah dan mampu melindungi keluarga kita dari benda-benda yang dilaknati oleh ALLAH SWT ameennn ^0^


:...Handbook 2013...:

Terbaca mesej yang dihantar oleh my hubby friend...bila baca-baca balik boleh dijadikan permulaan baik di tahun baru ini...Semua maklumat dalam english, so rajin-rajin la translate sendiri k ;)

Dari segi kesihatan...

  • Drink plenty of water.☑
  • Eat Breakfast like a king, Lunch like a prince & Dinner like a beggar.☑
  • Live with the 3 E's-Energy,Enthusiasm & Empathy.☑
  • Make time to pray.☑
  • Play more games.☑
  • Read more books than you did in 2012.☑
  • Sit in silence for at least 10 minutes each day.☑
  • Sleep for 7 hours.☑
  • Take a 10-30 minutes walk daily And while you walk, Smile.☑
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari segi personaliti...
  • Don't over do. Keep your limits.☑
  • Don't take urself so seriously. No one else does.☑
  • Don't waste your precious energy on gossip.☑
  • Dream more while you are awake.☑
  • Envy is a waste of time. You already have all you need.☑
  • Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present Happiness.☑
  • Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.☑
  • Make peace with your past so it won't spoil the present.☑
  • No one is in charge of your happiness except you.☑
  • Smile and laugh more.☑
  • You don't have to win every argument, Agree to disagree.☑
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari segi sosial pulak...
          
  • Call your family often.☑
  • Each day give something good to others.☑
  • Forgive everyone for everything.☑
  • Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.☑
  • Try to make at least three people smile each day.☑
  • What other people think of you is none of your business.☑

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari segi kehidupan...


  • Do the right thing!☑
  • GOD heals everything.☑
  • However good or bad a situation is, it will change.☑
  • No matter how you feel, Get up, Dress up and Show up. The best is yet to come.☑
  • When awake in the morning thank GOD for it.☑
  • Your Inner most is always happy. So, be happy. ☑
Semoga dengan maklumat ini, kita akan menjadi hamba ALLAH yang lebih berguna, maju dan lebih bertakwa kepadaNYA...


SELAMAT TAHUN BARU
2013 

:...Jadual Puasa Tahun 1434/1435H @ Tahun 2013...:


Mak dapat dari kawan mak di FB yang like gambar ni dari Layar Minda...so memandangkan tahun 2012 @ 1433 H dulu mak ada lagi 5 hari untuk mengganti puasa...insya ALLAH mak akan cuba habiskan disamping puasa-puasa sunat yang mampu mak buat sekiranya diizinkan olehNYA amennn...

^0^ hope tahun ni mampu habiskan puasa sebelum datangnya bulan Ramadhan nanti ameenn ^0^


:...Doa Keluarga Bahagia...:


Info ni mak dapat dari kawan yang shared di FB melalui Asas Collection....tapi bila mak tengok balik asal gambar ni dari Haiya BidDoa...bila mak bukak laman web dia, mak nampak ada karakter yang comel di website ni...ada anak, parents and teacher...so cute...pandainya orang yang melukis karakter ni...

Bila belek-belek website ni mak nampak ada satu aplikasi boleh dimuat turun untuk pembelajaran anak-anak dirumah dengan animasi yang comel-comel...nanti balik nak download la kat Note ayah hehe...

Kat website tu jugak mak tengok kebanyakkan orang suka...so boleh tengok di sini...insyallah mak akan cuba yang terbaik dalam mendidik anak-anak...so mari mulakan dari sekarang ;)

^0^ insyallah will learning more to be a good parents as we can...insya ALLAH ^0^


:..SyoKnyA TdO BerbANtAlkan LengaN HuBBy....:

td pg aku terpanggil utk bc blog my BFF (actually ari2 bc) semua rintitan ati dia. tajuk blog dia everthing about us aku translate jd bhs omputih....tengah2 bc note dia tu aku tersyahdu sekejab coz rindunya nak berbantalkan lengan my hubby...lamanya rs x tdo pakai bantal tgn dia...sbb my son asyik nak tdo ngan aku jer...so kat bwh ni adlh kebaikan klau kita tdo berbantalkan lengan hubby:


Sumber dapat dari notes My Baby Store d i FB:


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.


Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.


Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…FAKTA….sirius….
Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.
Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.
so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?


^0^ hasilnya mmg berkesan...rindunya...anak2 mak mlm ni jgn kacau mak tau hehehhe ^0^

:...PenTIngnYa DiDikan Di PeringKat AwaL.....:

Tadi terbaca one blog berkaitan dengan mendidik solat dr kecil...dlm blog nie Ini Blog Saya dan Duniaku Di Sini terpanggil untuk masukkan artikel ni...bila diimbas2 alik apa yg wardina maksudkan mmg betul...semuanya kena didik dr awal n as a parent kena tunjukkan cth n teladan yg baik...

Artikel dari Wardina:




Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

Kenyataan wardina ada benarnya...like my son (br 3 thn 4 bln) bila nmpk masjid automatik akan ckp nak bahyang (solat) sedangkan apa tu masjid pun saya x ajar lagi tp really2 shock bila dia tau tu tmpt utk beribadah...kadang2 my son juga akan follow kami solat...wlpn cr dia solat main2 + x cukup rakaat (base on solat waktu apa) tp saya bangga sekurang2 nya anak saya mampu ikut benda yg sepatutnya dia ikut...

Bila tgk gelagat dia solat kdg2 kita yg solat pun blh jd x kusyuk...tp tu la gelagat anak...ada 1 day tu tgh kami nak jemaah solat maghrib, dia pun sibuk nak solat so as mum saya bentangkan sejadah kat dia tepi ayah dia...so kedudukan kami dlm keadaan berjemaah...tp bila masuk rakaat kedua my son tgk saya n serta merta dia bgn lipat sejadah buh atas katil...as mum saya really2 x kusyuk time tu tp alhamdullilah sekurang2nya dia ikut solat jugak...really enjoy my son n insyallah dia akan ikut klau kita didik dr awal...
 gelagat nak solat bersama2...kain sejadah pun dah selerak 


^ o ^  insyallah i will do the best for my kids....hope saya mampu didik anak2 saya 
menjadi seorang muslim n muslimah sejati aminnnnnn   ^ o ^

~~ Tabung AsyDhia ~~