Showing posts with label birthday party. Show all posts
Showing posts with label birthday party. Show all posts

:...Happy Birthday Love...:

HAPPY BEDAY SAYANG MAK...SEMOGA MENJADI ANAK YG SOLEHAH...love u untill jannah.... 
   
Majlis ringkas untuk family jer, tak ada hadiah tahun ni, just a little cake for my little baby gurl...kek pilihan abang nak warna warni kali ni...nanti kat tadika insya allah kita buat ya sambut dengan kawan-kawan pulak...wait ayah dapat cuti...

HAPPY BIRTHDAY SAYANG 

:...Dinner Time With Lovely Family..:

Entry lama...Finally baru nak update...kisah akhir bulan mei....
 
Actually ayah tiri mak nak sambut beday dia yang awal bulan mei...memandangkan tak sempat sambut masa hari jadi dia kerana bertugas di sabah itu yang tertunai dihujung bulan mei...dan kebetulan juga my second brother born day jatuh pada 29 Mei...so kira sekali la sambutnya...

Menu ayah tiri yang pilih hasil tuaian dia di sabah iaitu ikan kerapu dan udang...so terhasillah masakan dibawah ini...
 
Menu pilihan ikan kerapu tiga rasa, udang goreng,sayur kailan, tomyam campur, telur dadar dan air tembikai dan epal...semua ni dia suruh kedai masak...

Apapun alhamdullilah rezeki untuk kami sekeluarga...memang kenyang sangat dan biasalah kan diet kelaut la bila balik ipoh :)..

Semoga ayah tiri mak dan abang mak bahagia dunia akhirat, dikurniakan kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu amin....

:...Sambut Birthday 1 Family..:

Rasa story pasal birthday my son tahun ni banyak kali rasanya...dari persiapan goodies bag, sambutan di tadika and now sambutan bersama mak ayah dan adik pulak...Tapi kali ni ada kek tak macam tahun lepas sebab sambut di sekolah sahaja kerana tarikh tersebut memang tarikh lahir my son...
Kek pun tak besar cuma beli kek satu slice je kat secret recipe...cake indulgent...muka still kelat sebab tak dapat apa yang dia nak iaitu mainan gasing...tapi bila nasi dah sampai terus makan dengan senyum lebar...my daughter macam biasa ikut perangai dia je...senyum tak pernah lekang kalau suruh bergambar...tu pun sebab mood baik...siap posing dengan cawan lagi...

:...Happy Birthday 6 Years...:

Selamat hari lahir sayang mak...semoga menjadi anak yang soleh, mendengar suruhan agama dan perintah ALLAH, patuh pada ibu bapa, keluarga dan dikurniakan kesihatan yang baik, kepandaian yang bijaksana dan berjaya dunia akhirat...
Now sayang dah besar dah nak masuk sekolah darjah satu pun tahun depan...so mak doakan sayang berjaya dunia akhirat mengikut landasan ALLAH dan menjadi seorang anak, abang yang terbaik untuk mak dan ayah serta adik or adik-adik (in case ada adik lagi nanti)...

Belajar untuk lebih bertolak ansur dan kurangkan sikap merajuk, angin tsunami tu dan selalu menunaikan solat... Mak dan ayah kagum pada sayang dalam umur 6 tahun ni sayang mampu mendengar semua arahan mak dan ayah tanpa bersungut mahupun meninggikan suara (sesekali tu ada la)... tapi mak dan ayah sentiasa bersyukur dengan perkembangan pembelajaran sayang...dan paling mak dan ayah bersyukur sayang tidak memberontak bila mak dan ayah suruh sayang bersolat...mak dan ayah syukur sangat-sangat...mak dan ayah doakan agar tanggungjawab ini sayang laksanakan sehingga hujung nyawa amin...

Doa mak dan ayah serta adik agar sayang terus menjadi abang a.k.a pelindung terbaik buat adik dan mak ayah...mak dan ayah akan terus berdoa dan mak dan ayah harap sayang akan terus berusaha menjadi insan yang paling berguna di muka bumi ALLAH ini dan sentiasa bersama keluarga tercinta...

Mak dan ayahkan doakan juga kesihatan sayang agar sentiasa sihat dan kehidupan sayang dirahmati olehNYA... dunia dan akhirat....Mak dan ayah bersyukur kerana pada tarikh ini mak dan ayah bergelar sebagai seorang ibu bapa :D .... 

Syukur dengan segala pemberian dariMU YA ALLAH...akan kami pertahan dan menyemai pemberianMU ini ke jalan yang DIKAU redhoi amin....

:...Persiapan Goodies Bag Untuk Kawan-kawan...:

Hari jadi anak bujang mak dah almost dekat...macam-macam dia request tapi selagi mak dan ayah mampu mak dan ayah akan tunaikan...kalau tahun lepas kami sediakan goodies bag yang agak meriah untuk sambutan hari lahir 5 tahun, tapi kali ni persiapan untuk goodies bag mak buat ringkas jer... Kalau ikutkan kehendak dia, dia nak buku color transformer, air dan biskut atau kek untuk kawan-kawan...

Memandangkan buku color tu mak tak jumpa walaupun satu chow kit mak mencari akhirnya mak tukarkan dengan barang ini sahaja...
Lima item dalam satu goodies bag yang mak rasa amat bermakna...nak pulak anak mak dah nak masuk darjah satu so baik mak belikan sesuatu yang boleh digunakan oleh semua kawan-kawan dia nanti...walaupun pada mak murah tapi berguna...

Jadinya sabtu dua minggu lepas kebetulan my hubby tengah cuti sem, kami pakat-pakat masukkan kesemuanya dalam goodies bag...
Sementara my hubby dan bakal beday boy melaksanakan kerja, my daughter pulak sibuk bermain :)
Gambar atas tu bila dia dah boring main sorang-sorang baru dia tolong...tapi setiap kali tangan dia masukkan barang-barang dalam beg plastik merah tu setiap kali itu la mulut dia menyanyikan lagu beday to you...

Sekarang dia pulak bertanya birthday dia bila dan nak buat jugak...my daughter sayang kita buat masa awak masuk tadika ya :)

:...Happy Birthday Mum...:

Cuti merdeka hari tu kami sepakat adik beradik untuk sambut my mom born day...padahal ada lagi seminggu dari tarikh asal dia...tapi tak kisah la...kami tak beli hadiah just buat makan-makan dan belikan kek jer...merata jugak la mencari kek Secret Resepi ni... Chocolate Chip Walnut...first time rasa dan terus terlekat...sebab fikir jugak kalau beli kek lain my mom tak makan...only kek chocolate je dia boleh habiskan...

Bila dapat kek ni hasilnya simple and nice decoration dia...timbul huruf-huruf tu...dan alhamdullilah habis kek ni kami semua makan...
Muka happy dapat potong kek...dan plan ni memang tak bagi tahu dia...sampaikan dia merajuk kejab sebab jalan tak ajak dia hehe...
Selamat hari lahir mak...semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik....jaga diri elok-elok  ya...kami sayang mak selamanya :)

:...Sambutan Ringkas Hari Jadi...:

Isnin lepas merupakan hari born day my daughter...so mak happy hari tu sebab kami dapat sambut dengan sungguh bersederhana walaupun tanpa hadiah...tapi hanya kek sebiji untuk santapan kami sekeluarga...

Tengahari tu mak minta mama adam temankan mak beli kek...just 1/2 kg kek ais krim coklat je untuk santapan kami malam tu...Sebelum buka puasa mak keluarkan kek tu and birthday gurl pun dok sibuk nyanyi "beday you you....beday you you"...

Senyum sampai ke telinga my daughter sampaikan dia sibuk nak duduk atas kerusi budak tu nak potong kek..Bantal busuk a.k.a memey pun tak nak lepaskan
Tapi biasala yang lebih sibuk adalah abangnya...siap request birthday dia nanti nak kek bola kampong atau ultramen...adoiii la abang sampai dua kek tu..sapa la nak makan tu...
 Teknik memotong sedang cuba diketengahkan dengan senyuman yang melebar...
Dan akhirnya hasil kek yang dipotong huhu...sila focus pada gambar...potongan ikut suka namanya hehehe
Happy dapat lunyaikan kek...nasib sebelah jer....sebelah lagi dapat mak selamatkan untuk makan malam esoknya...if not mau jadi apa dah huhuhu...

p/s: to my daughter, hadiah nanti ya...mak ingat nak belikan motor tu, tapi lepas raya la ye sayang if ada rezeki ok

:...Happy Born Day Sayang...:

Rabu lepas merupakan hari bermakna for my hubby…hari putus tali pusat orang panggil…dan alhamdullilah now he become 32 series hehe…lambatnya nak update pasal ni sebab mak malas nak taip so jadilah bertangguh sampai ke hari nie...

So cerita banyak pun tak guna, mak just belikan hubby tersayang kek ais krim coklat dan KFC for whole family celebrate born day dia…hadiah mak just bagi mengikut keperluan dia hehe yang pasti murah (tali leher)...untuk dia bergaya di tempoh kursus nanti hahaha...

Look a happy face of all my family…

To my hubby tq becoz be a such great hubby, friend and everthing that u can….and me sangat-sangat bersyukur atas anugerah ALLAH menjadikan dikau sebagai my hubby for ever….dan semoga Abang dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan dunia dan akhirat…amennn

^0^ can’t wait for 2 more week for another Big Day for both of us ^0^

:..Selamat Hari Lahir Sayang...:

Tahun ni pada mak tahun yang amat bererti buat mak...pertama-tama TQ sangat-sangat pada my hubby coz tunaikan permintaan mak yang boleh dikatakan menggunakan costing yang banyak...tapi mak minta untuk pertama kali sepanjang umur 5 tahun anak sulung mak...TQ sangat-sangat sayang...(nanti kita buat sama jugak untuk our daughter k)

Keduanya mak nak anak mak sambut birthday tahun ni di sekolah tadika untuk pertama kali...sebab mak tahu tahun depan kita sambut kat rumah je la k...hanya kita berempat (in case adik kecik masih tidak ada)...


Pagi tu mak beli kek ais krim di Ampang hasil bantuan auntie Suzie...so dapat la kek yang sedap ini...

Sila fokus pada kek sahaja hehe...

Sampai kat tadika my son tengah seronok-seronok main bersama kawan...maklumla mereka ada end year party hari tu...so mak join sekali untuk majlis hari jadi (tumpang majlis sekolah)...lepas je anak-anak kecil bersuka ria, teacher dia pun mula menyusun meja dan kerusi anak-anak dan bermula la sambutan hari lahir anak bujang mak..


My son dan adiknya diletakkan betul-betul depan kek dan kawan-kawan...me n my hubby di bahagian tepi...kebetulan my BFF ari tu cuti sebab demam so mak pun angkut dia dengan anak dia sekali...TQ Mie temankan...

Ini semua kawan-kawan yang hadir pada masa tu...
Sebelum potong kek my son pun bergambar dengan semua kawan-kawan dia...dari kelas umur 4 tahun sehingga la umur 6 tahun...sila abaikan my daughter yang suka menyelit itu hehehe
Ini kelas cerdik kalau tak silap mak...salah satu kelas untuk anak-anak umur 5 tahun dan yang dibawah ni kawan-kawan asyraaf kelas cerdas...same kelas dengan dia...tapi tak banyak yang datang...
Lepas tu my son pun bergambar dengan pengasas & pengetua tadika...so friendly dan nampak penyayang dengan anak-anak di tadika...respect diaorang sebab kagum boleh manage semua anak-anak yang ada...kalau mak yang anak dua pun kadang-kadang hilang kesabarannya...
Yang ini, my son bergambar dengan BFF dia maybe BFF la kot sebab selalu bermain bersama...besar nanti tak sure la jadi kawan rapat ke camner...hope kawan selamanya macam mak dia hehe...
Lepas penat tangkap gambar semua, akhirnya masa yang ditunggu pun tiba makan time...tapi aku kagum kat tadika ni sebab sebelum nak potong kek tu pun ada proses learning sebenarnya...teacher dia siap tanya kawan-kawan dia berapa umur asyraaf, berapa batang lilin yang ada, berapa adik asyraaf...all in english...respect budak sekecil itu faham jugak bahasa omputih tu hahaha...
Memandangkan hari tu hari last day, so mak minta izin bawa my son balik awal hari tu...majlis pun tamat around jam 12.05 tengahari...so before kami balik, my son pun bagi goodies bag pada semua kawan-kawan dia termasuk teacher dia...so alhamdullilah majlis yang dirancang berjalan lancar...Syukur sangat-sangat YA ALLAH...




^0^  Selamat hari lahir sayang...sori mak lambat update kat sini...really busy dengan benda lain...mak, ayah, adik dan semua orang doakan yang terbaik untuk asyraaf, semoga menjadi anak yang soleh, taat pada perintah agama & Allah serta selalu bertolak ansur dengan semua orang...aminnnn  ^0^

:...Hadiah Hari Lahir...:

Tahun ni memandangkan peruntukan mak dah tak ada…so mak tak da sambut birthday party di rumah…sekadar di tadika my son jer…tapi yang bestnya TQ pada auntie AMY yang sempat menyelinap ke kedai hadiah untuk membeli hadiah ni pada my son…
So jam tu dirasmikan pada masa nak balik ipoh baru-baru ini...

Pada hari ahad 2 minggu yang lepas, masa hantarkan goodies bag ke klang, MAMA a.k.a mak saudara  my son belikan kek ni untuk kami makan sama-sama di kedai Mamak di Klang…walaupun tanpa api di lilin tapi TQ MAMA coz sanggup menyinggah sekejab ke kedai kek dan membeli kek ini…
Masa balik ipoh pula, opah tersayang bagikan cucu dia hadiah ini...
Tapi memandangkan cucu dia ni dua beradik so terpaksa la opahnya memberikan jugak hadiah pada adik birthday boy yang nie....
Alhamdullilah setakat ni kedua-dua dino berada dalam keadaan sempurna lagi hehe...

^0^  kepada anak mak sayang...tahun ni no present k...cuma keta lego tu je la hadiah buat asyraaf  ^0^

:...Persiapan Hari Lahir...:

What a long day untuk cerita pasal persiapan my son birthday...actually birthday dia jatuh pada hari Jumaat 2 week sebelum nie...memandangkan sangat-sangat busy dengan kerja-kerja remeh dan kesihatan yang tidak mengizinkan, so hanya boleh start story on this month...

Saat mak menulis nie, anak mak dah berumur 5 tahun 10 hari...persiapan ni mak dah mula masa awal tahun lagi..betapa terujanya mak nak buat untuk pertama kali bila anak mak berumur 5 tahun dan kebetulan my son now dah belajar di tadika...so dari awal tahun until bulan ke-11 dia ke sekolah sure ada je goodies bag yang dibawa balik...


After bincang dengan my hubby, so kata putus pun dah diputuskan untuk buat goodies bag dan sambut di sekolah dia sahaja...no birthday party at home dan niat mak nak bagi goodies bag pun tercapai...antara barang yang mak letak dalam tu adalah:


1. Air kotak (ada dua jenis soya & air laici)

2. Mainan (ada 3 jenis versi tapi kebanyakkannya adalah lego car untuk kawan-kawan asyraaf & kawan mak di opis, mainan ball untuk setahun kebawah & puzzle dinosour, bee & butterfly untuk my family)
 3. Coki-coki, Biskut dan Agar-agar sedut serta sugus
6. Apam Pokodot (untuk kawan-kawan di tadika sahaja)
Mainan mak beli kat D.I.Y dengan pemborong di chow kit...so anggaran semua memang ikut budget mak...pada mak memang mak puas hati sebab semua kawan asyraaf dan cikgu di tadika, kawan di opis mak dan anak buah di ipoh dan klang semuanya dapat...yang jauh minta maaf ye susah nak post hehhee...

Masa beli mainan tu punya la jenuh...asalnya nak belikan color pensil & coloring book kecil tapi last-last pilihan hati lego tu...walaupun bukan ori punya tapi masih boleh dijadikan bentuk kereta....

Ini la birthday boy yang sangat-sangat teruja nak beli hadiah...sikit-sikit cakap "nak bagi kawan asyraaf ye mak"...penat nak menjawab balik...
Yang ni pulak adik pada birthday boy yang turut sama sibuk dikedai mainan borong tu...so terpaksa jugak la ambik 1 set mainan perempuan yang ada cermin muka, sikat bagai tu...maklumla nak cantik kata gurl kan heheh...
 Ni trip pertama angkut mainan...semuanya almost 80 kotak dibeli disini...
Balik rumah dalam seminggu sebelum my son birthday baru la kami pack semua benda ni ke dalam beg plastik yang tertulis HAPPY BIRTHDAY...macam biasa bila mak dengan ayah buat kerja makanya dua beradik ni pun menyibuk sama...
^0^ ...Nanti mak story pulak sambutan di hari lahir di sekolah dengan hasil puzzle yang dibeli k... ^0^

:...makan-makan at chicken rice shop...:

on last week our family sambut belated beday my mum at CRS tesco ipoh semperna beday dia yang ke 55 tahun....so almost 16 ahli family termasuk yg anak2 dr 4 beradik yang ada....so happy n so berbaloi2 mkn kat situ....kostingnya mampu diberi oleh semua ahli yg terlibat...dlm RM220 + kami dpt diskaun lagi...tq to my father....

kami bertolak lps maghrib dlm kul 8pm cmtu....smpai sana kami ambik side luar so berbaris panjang meja tu cmni....

so ms menunggu makanan tu biasa la kan budak2 asyik bg org mrh jer....n my hubby plak sibuk tangkap2 gmbr...so ni antara menu makanan n minuman yg kami ambik....penuh meja dibuatnya hehhe..

Lps mkn masing2 kekenyangan smpaikan x blh nak bergerak....nasib x tamak...kami cuma ambik 2 set family yg anggaran 6-7org mkn,tmbh nasi dlm 6 pinggan nasi dan 4 jenis air lain termasuk kerabu mangga sepinggan hehe....sgt2 puas hati mkn....lps mkn kami pusing2 kat tesco so dptla my kids main benda ni sementara menunggu mak longnya membeli barang....

<♡♡♡♡ cubaan menggunakan note utk update blog....sgt2 mencabar minda...hope hasilnya ok klau paparan di lappy or pc....for my family i'm so happy coz kita blh gathering bersama n nnt kita mkn2 besar lg k hehehe...♡♡♡♡>

:..It's My Big Day...:

Cepatnya masa berlalu...dah 30 tahun diri ini duduk dimuka bumi ALLAH tercinta nie...n alhamdullilah dgn rezeki dan rahmat dariNYA sepanjang tempoh ini...dah ada angka 3 dalam umur rupanya...so it's really2 ari yg plg berharga for me...sbbnya ari ni jugak merupakan ari IBU dan BAPA pada kedua2 my parents...bersyukur sgt2 sbb my mom sudi mengandungkan, melahirkan dan membesarkan bersama2 my dad smpai la sekarang nie...Walaupun almost 12 years my dad dah meninggalkan diri ini, tp diri ini bersyukur kerana di berikan seorg ayah yg cukup garang dlm membentuk anak2 demi masa depan yang baik n cemerlang...

Pg td tepat kul 12.30 cmtu my hubby said hapy beday to me...n doakan yg terbaik for his wife n also utk family...waktu tu terharu sgt tp sbb mata ngantok aku pun layan tdo jer hehhee...pg td my hubby said it again...ngan senyum smpai ke telinga, me ucapkan mekasih kat my hubby...Lps loading semua anak2 tersayang, me pun hantar my hubby ke keta dia...suddenly my hubby bg kad beday to me...

Terharu gile mak...my hubby ingat beday n sanggup p beli kad..wlpn hanya sekeping kad tp ati ini berbunga2 smpai skrg nie...serius hapy gile...apa pun tq sayang...n for today also i like to wish hapy beday to myself...n alhamdullilah aku masih sihat dlm menjalani kehidupan ini...
^0^  ...mekasih sayang...semoga ikatan kasih sayang kita berkekalan hingga ke akhir zaman dan selamanya...semoga doa2 kita dimakbulkan olehNYA...alg as your wife bersyukur gile dgn kehadiran sayang dlm hidup ini...terima kasih YA ALLAH kerana menganugerahkan suami yg jgk kawan baik untuk selamanya ameennn...  ^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~