Showing posts with label gelagat my son. Show all posts
Showing posts with label gelagat my son. Show all posts

:... Geram je... :

Anak makin hari makin membesar... dari kecil sampai la dah ke sekolah... as parent semua kelengkapan semua jaga... makan, minum, pakai, mainan, kelengkapan sekolah semua sediakan... tapi mak akan jadi marah bila tak gunakan... sekali check rupanya tak ada... 

Bila ditanya katanya tak tahu... angin je satu badan... kalau sehari satu lama-lama mak boleh bukak kilang alat tulis rasanya... nasihat berbuih-buih tapi hasilnya kejab je la kan...

Ingat jari tu lurus macam pembaris... cuba la kemas sikit tulisnya wahai anak bujang mak... dah darjah dua kot... ni bila buat matematik khasnya... time nak garis jawapan bukan pakai pembaris, terus je jari kecik tu menggaris... senget pun senget la janji garis... kalau macam ni hasilnya rasa marah ke idak..... 
 
Boleh hilang sabar dan suara dibuatnya huhuhu.... 

:...Sahur Time...:

Percubaan untuk mengajar my son dalam berpuasa...muka sememeh nak bangun...kejutkan bangun tu ok la masih mampu dikawal oleh my hubby tanpa perlu bergaduh...cuma bila dah sampai kat meja makan muka macam nak tido...
 
Last-last mak terpaksa suapkan nasi..kunyahan mengalahkan sunnah nabi...punya la lama nak wait dia abis kunyah...
Bila tengok anak teringat zaman kecik dulu...pejam mata pun masih mampu kunyah makanan bila mak kejutkan waktu sahur...untuk anak mak dapatla separuh hari berpuasa...insya allah cuba lagi lepas ni...

Apa pun selamat berpuasa semua....

:...Sesi Mencabut Gigi Lagi...:

Sejak dua minggu lepas my son asyik bebel bagitau gigi arnab dia dah goyang...siap mimpi gigi tercabut lagi...dah la tido pun bunyi gigi belaga...risau lak gigi tu tercabut dan tertelan...Dulu gigi depan bahagian bawah dah cabut...sekarang gigi bahagian atas pulak...Isnin lepas memandangkan dah tak tahan sangat dengan bebelan my son, akhirnya my hubby mengaku kalah dan terus bawa dia ke klinik gigi...

Sampai kat klinik dalam jam 6.00 petang selepas ambik my daughter...kat klinik tak ramai orang dan kami orang yang kedua dipanggil...masuk je dalam bilik, my son disuruh baring...lepas mak maklumkan pada doktor pasal gigi dia, doktor cadangkan supaya kedua-duanya dicabut terus...kalau ikutkan mak biar betul-betul goyang baru cabut even teacher dia pun cakap biar dulu...tapi my hubby pulak cakap selagi tak cabut selagi tu dia akan membebel..

Bila dah dapat persetujuan daripada tuan punya badan, so doktor pun letakkan ubat bius berperisa strawberi...
Tak sampai seminit kedua-dua gigi susu my son telah berjaya dicabut tanpa sebarang tangisan daripada my son...
Lepas ni tak boleh senyum lebar-lebar nampak gigi sebab nanti tak hensem dah...kena wait gigi naik baru leh senyum nampak gigi...

^-^ Tapi sayang mak tetap hensem dihati mak...dan secara rasminya 4 batang gigi bertukar menjadi gigi kekal ^-^

:...Pengalaman di Klinik Gigi...:


Petang selasa lalu, mak bawa my son ke klinik gigi coz second gigi dia dah start goyang dan mak tengok dibelakang gigi tu dah ada naik putih-putih macam nak tumbuh baru…orang pesan kalau dah naik macam tu better pergi cabut takut nanti naik berlapis dah tak hensem or cantik..

So mak sampai ke klinik ni pada jam 6 petang…sebelum nak jejakkan kaki kesini, mak rasa semacam cemas termasuk teringat zaman kanak-kanak dulu…bila sebut je ke klinik gigi sure dah menangis sepanjang perjalanan…belum masuk ke bilik doctor meraungnya dah sedepa dengar…belum doctor spray ubat kebas dah nangis macam gigi dah kena cabut hehe…tu kenangan mak la…tapi anak zaman sekarang ni berani dia lain macam…

My son sebelum bawa ke klinik, mak tanya dia berani ke tidak…my son said “tak takut, asyraaf berani”…wah bagus anak mak..pastu dia soal pulak “doctor buat tak sakit kan…nanti dia spray kan kat gigi asyraaf”…then mak tanya sapa cakap doctor spray…dia ckp my hubby yang bagitahu…mak ask again…”ummi buat sakit ker”, my son mengangguk…

Tapi yang mak kagum dengan anak zaman sekarang nie bukan saja berani minta dibawa ke klinik gigi tapi boleh main lagi huhu…Tengok je la gelagat dia sementara nama nak dipanggil…
Mak rasa sangat lama untuk menanti giliran dia…so around jam 6.30ptg nama dipanggil dan tak sampai 10 minit semuanya selesai…hati nak tangkap gambar tapi malu lak rasa…so dapat tangkap lepas gigit dicabut je la hehe…

^0^ now secara rasminya 2 batang gigi susu sudah gugur untuk digantikan dengan tetap heheh ^0^

:..Ambil Gambar...:

Hari bila mak dah lupa tapi pada hari tu senyap sunyi rumah…mentang-mentang la mak tengah tatap blog ni, you all my kids buat kerja dalam bilik yer…patut la mak tengok kamera tak da atas meja rupanya jadi model dalam bilik…
Bila jenguk rupanya ini yang kalian buat erk anak-anak kesayangan mak…nasib baik angle tangkap gambar tu pandai kalau tidak hasilnya tah la…So tatap je la hasil kalian nie yer…sok besar leh tangkap gambar mak dengan ayah comel-comel k J
 ^0^ betapa majunya budak zaman sekarang nie..generasi Z my friend say…lepas ni generasi huruf apa pulak hehe ^0^

:...SUN, Bintang Dan Sayur...:


Pagi tadi masa hantar asyraaf ke sekolah banyak persoalan yang dia tanya...perbualannya bemula bila dia tengok suasana pagi tadi agak mendung dan tiada cahaya matahari...jam waktu tu dalam 7.20 pagi.

Asyraaf: Mak kenapa tak da sun
Mak: Sun belum keluar lagi
Asyraaf: Asyraaf tahu kenapa dia tak keluar lagi, sebab dia ada kat bawahkan
Mak: Mana pulak kat bawahnya...sun belum masa nak keluar tu (dalam hati cmner nak bgtau sun tu berpusing macam bulan jugak)
Asyraaf: Nanti mesti dia keluar dari bawah tu, asyraaf tahu la
Mak: Ok nanti dalam jam 8.00 pagi (sambil tengok jam) sure sun keluar gantikan bulan

Tak sampai seminit, asyraaf keluarkan balik suara dia pasal sun huhuhu...

Asyraaf: Tapi kenapa sun tak nak keluar lagi mak
Mak: Tak da orang kejutkan sun suruh bangun kot (dah mati idea nak cakap)
Asyraaf: Sun bangunla dah pagi nie (sambil jerit dalam kereta) - mak hanya mampu senyum jer
Mak: Dah-dah nanti sun bangun la tu...kadang-kadang bila cuaca mcm ni mungkin nak hujan so sun tak keluar la
Asyraaf: OOOooo...asyraaf tahu, sun nak bagi bird terbang dulu kot...tapi mana bird ni tak nampak pun
Mak: Ye la tak da Bird...maybe bird cari makan kot, bird lapar, asyraaf tak lapar ker nanti sakit perut cmner..mak tak da sarapan untuk asyraaf pagi nie
Asyraaf: Tak pe asyraaf tak lapar, kalau sakit perut asyraaf tahan je...asyraaf kuat...
Mak :Ok la klau mcm tu...apa2 bgtau teacher tau...
Asyraaf: Mak sun tengah mandi yer tu pasal dia tak keluar lagi
Mak: Mana pulak sun mandi...nanti dia keluar la...
Asyraaf: Mak bintang tak da ke
Mak: Bintang keluar malam nanti malam mak tunjuk bintang mcm mn k
Asyraaf: Ok...

Akibat malas nak layan soalan dia pasal SUN a.k.a MATAHARI or bintang, aku pun ubah topik dia ke topik lain...tapi yang keluar lagi memeningkan kepala hahaha

Asyraaf: Mak makan la sayur banyak-banyak
Mak: Kenapa nak makan banyak-banyak sayur
Asyraaf: Yela nanti perut mak besar, mak sakit perut pergi hospital pastu baby botak keluar (baby yang baru lahir)
Mak: Ye ker??? kan mak dah pesan cakap dengan ayah
Asyraaf: Ala asyraaf lupa la...nanti la asyraaf cakap
Mak: Asyraaf cakap la dengan ayah suruh beli sayur banyak-banyak bagi kat mak ye
Asyraaf: Ye la nanti asyraaf cakap...asyraaf nak baby boy tau...yang merayap-merayap tu, asyraaf nak bawa pergi rumah ibu macam baby kat rumah ibu tu (pengasuh)
Mak: Ye la dah pakai kasut jom nanti mak lambat

Pening hari-hari dalam memberikan penjelasan yang munasabah pada anak yang baru bersekolah even tadika...setiap jawapan dari mulut akan membawa kepada soalan dari mulut kecil dia pulak...kadang-kadang soalan anak hanya terhenti tanpa sebarang jawapan...mampukah aku menjadi emak yang terbaik dalam mendidik anak-anak...semoga aku kuat dalam memberikan jawapan yang logik di fikiran dia ameennn...

^0^ To my hubby cuba bagi jawapan yang bernas jika soalan pasal makan sayur banyak-banyak tu terjadi lagi...^0^

:..Main Mak Dan Anak...:

Zaman kanak-kanak dulu teringat main masak-masak, main mak-mak, main kahwin-kahwin…ingatkan bila zaman IT yang penuh dengan gadjet,mainan macam ni tak akan ada dah…

Hari tu tak ingat lak bila, my hubby tengah ironkan baju, so mak pun temankan la buah hati mak…sambil tu mak tengok dua beradik nie main mak-mak…so sapa jadi baby diorg….tu yang dalam gambar hitam putih tu dengan warna merah biru tu…
My Kids baringkan 2 ekor (ekor ker..hentam je la ya) atas bantal dan bancuh susu menggunakkan blok lego hehe...
 Fokus betul-betulkan benda yang my daughter pegang tu :)...tu la lego a.k.a botol susu untuk disumbat ke mulut anak-anak yang baring atas bantal tu ehehe...
Terfikir jugak mak, adakah perlakuan seharian kami dirumah diperhatikan atau my kids dapat pengaruh dari kawan baik diorg nie…maklumla baru-baru ni mai rumah pun sibuk main masak-masak dan mak-mak….

^0^  cepatnya masa berlalu, semakin cepat anak-anak sekarang matang  ^0^

...Tab Mandi Yang Bergaya...:

Cerita lama yang baru nak update, kalau tak silap pertengahan bulan NOV, my hubby ajak kami ke KLCC tengok pameran perabot dan alat-alat kelengkapan rumah (Home Deco)…so banyak la risalah even beg yang kami dapat…dan ada satu contoh rumah tu menarik perhatian mak...kalau la mak ada tanah yang luas mak nak bina macam nie untuk riadah di pagi dan petang heheh..

Lepas tu di tepi rumah tu mak buat kolam renang macam nie...sure bestkan sambil berehat boleh tengok anak-anak berenang...
Tapi yang menarik perhatian anak-anak adalah benda nie…

Teruja gile tengok sambil berangan alangkah bahagianya kalau ada bilik air luas yang boleh sumbat benda nie hehee…rasa macam orang kaya-kaya lak kalau ada tab macam nie...sure tak payah suruh anak-anak mandi...mesti diorang dengan rela hati bangun pagi mandi hehe...
Anak-anak apa lagi nak pulak tengok air bertakung macam tu lagi la teruja kan hehe…so mak berdoa n berusaha bersama ayah untuk pastikan one day kita akan mandi di kolam ini di rumah sendiri…hope hotel yang akan kami pergi 4 Jan 2013 nanti akan ada la kolam nie seperti dalam gambar di website dia…

^0^  tak sabar nak bawa anak-anak mandi tab hotel hahaha  ^0^

:...Jalan Sesak...:

Selalu tengok jam kat luar rumah, balik kerja, pergi kerja sure hari-hari jam...duduk di KL kalau tak jam memang tak sah...tapi ingatkan bila masuk rumah dah tak da situasi ni...tapi mak salah sebab still ada kesesakan yang berlaku...kali ni keliling karpet di hall rumah...huhuhu susahnya nak jalan....kalau langgar sure my son bising....


:...Keletihan...:

Setiap kali balik sekolah, my son akan tido...really2 tired kot seharian di sekolah...

Bila mak hitung jam, anak mak almost 9 hour di sekolah...patutla penat macam ni sekali...siap nganga mulut kepenatan...huhuh...tapi nak buat camner...untuk jadi pandai dan bijak mak terpaksa sayang...hope one day asyraaf faham kenapa mak tak mampu ambik asyraaf di tengahari ;(

^0^  alangkah baik kalau mak boleh jadi macam zaman opah dulu...alik sekolah mak dah wait di rumah hehehe ^0^

:...Who Say My Daughter Still A Baby...:


Kadang-kadang terfikir adakah my daughter is still a baby or dah boleh menjadi kak ngah hehe...lagak manja usah ckp la cukup-cukup manja bila dgn si ayah mcm nie...
Terlentok manja kat ayah hehee

Apa-apa semua minta ayah buat...so mak happy coz mak boleh buat kerja lain...tp bila time baik ngan abg long dia akan jd mcm nie...
Sama2 menulis, sama2 mewarna

Tapi bila dapat time bergurau a.k.a bergaduh akan jadi mcm nie...
See bila tgk gmbr tu agak2kan my daughter baby ke dah besar...lasaknya bukan main lagi...siap gomoi abg dia...klau tgk pd gmbr last tu blh nmpk muka dia geram hehe...tu la my daughter...so lasak...no more like a girl hehe....

Tapi time merajuk or angin manja dia dtg, my daughter akan kelihatan ayu sgt pd kami...i love my kids...kdg2 tertanya pd diri...klau ada adik lg cmner la dua beradik ni kan hehehe


^0^ ...Hope my kids will be happy n sentiasa bersama2 smpai besar... ^0^


:...TQ Mama Adam...:

Entry yg dah berlapuk nak dikeluarkan tapi sangat2 sibuk...sbbnya byk benor keja dtg dlm 1 masa ni pun curi2 tulis menunggu waktu nak balik...apa pun tq pd mama adam coz sudi bagi saya main mainan nie...
Mainan yg diberikan oleh mama adam adalah warna hijau yang dibawah tu, kuning dan biru di sebelah kanan....bila kluarkan dr beg terus dia tny mana mak beli sapa bagi...bila dah jelaskan semuanya baru la dia fhm...oooo auntie bagi...

Kira ok la dpt mainan robot tu...so disusunnya dengan robot2 yg ada kat rumah...ms dpt tu terus dia main lawan2
 See dia punya la teruja bila dpt mainan baru...tu la gelagat dia hari2 bila balik dari sekolah...


^0^ ...To mama adam, tq sgt2 ya..skrg nie robot2 tu dah dok sama2 ngan robot2 yg lain... n to my son semoga cepat sembuh k...mak, ayah n adik syg sgt2 kat asyraaf...^0^



:...Permintaan Yang Tertunai...:

Tajuk x hingat entry nie...actually setelah minta byk kali dr my hubby a.k.a from me also...finally my kids dpt laksanakan impian diorg selama 2 ari di petang yg indah di sini...
Sila fokus betul2 kanta mata anda...yg kelihatan di buai adlh my daughter ngan my hubby...ni view from tingkat 8...jd gmbr org akan kelihatan sekecil semut hehhee...
  Yang mcm naik basikal tu my son...
Ni la tmpt idaman dua beradik ni hari2 balik dr sekolah ngan rumah pengasuh...tp hajat x kesampaian sbb mak akan angkut semuanya naik rumah...so cuti 3 ari tu dptla diorg main kat taman nie...tu pun mak mls nak turun...ayah je la temankan k 
Yang ni x sure apa diorg buat...bila tny my hubby dia ckp ni mcm ala2 nak tumbuk...tp gmbr gegar lak...

^0^ ...Mcm kiut je tgn adik sbb nmpk cam bolat2... ^0^

:...Let's Play Car Racing...:

Bila bergaduh semua benda x jd...smpai kan ada yg calar balar muka atau pun ada yg kena tarik rambut...tp bila x gaduh aman damai maka jd la lagu nie...
Penyokong kuat si abg...siap jerit2 suruh abg menang...n si abg plak asyik nak dptkan no 1 jer n finally he did it...bgs2 anak mak...hope belajar pun blh jd no 1 k ;)
winner ok...setelah brp bln dia main...cptnya bab ni klau dia belajar huhuhu

Alamak terperasan lak dia mak tgkp gmbr...pastu kelam kabut dia mai tgk kat kamera...sibuk je dia ;p

^0^ ...Bila berbaik semua benda buat bersama tp bila dpt bercakar semua benda nak jerit gaduh...apa pun anak2 mak cuba2 la berbaik selalu sejuk ati mak...leh mak kurangkan panas angin mak nie...apa pun mak tetap sayang anak2 mak smpai hujung nyawa mak... ^0^

:...Berhijab Seketika...:

Mlm td masa mak ngan ayah buka posa, my daughter mai jatuhkan tudung yg mak sangkut kat kerusi...so dia pun sebut "akai2" (pakai)...so lps mkn semua mak pun pakaikan la anak dara ni tudung tu...
Malas nak betulkan tudung dia so sauk jer la...pas solat semua si abg n si adik pun nak tgkp extra gmbr...konon nak buat tnd peace tp jd lain lak...hehe...siap susun rapat2 jari dia konon nak bg sama mcm jari si abg...
Geram je tgk aksi dak kecik nie...x pe la penghibur mak dikala suka dan duka ;)

^0^ ...Pasni x tau la aksi apa lak huhuhu... ^0^

:...Kesian Anak Bujang Mak...:

Semalam lps my son colouring the tomato...dia pun request MILO a.k.a susu coklat dutch lady yg sedap hasil air tangan mak dia...after bg kat dia, dia pun request nak tgk cartoon...so mak pun bukak la cartoon disney 615 time tu...cerita alvin n chipmunks...tengah ralit dia tgk cartoon tetiba my daughter dtg dan berdiri di tgh2 tv tu....

Apa lg berlakulah pergaduhan hebat antara adik n abg...mula2 kami dah tegur si adik srh tepi tp cm biasa budak bum2 tu x nak berganjak..last2 si abg pun tolak la sikit...tp adik x mengalah terus menaikkan kaki nak bg kat abg...mn dia blaja aku tau dr sapa...so ingatkan dah settle rupanya x...lps kami mrh si adik dia x puas ati rupanya...terus dia buat benda ni kat muka si abg...
 Ni hasil cakaran si adik tersayang...so raya ni my son ada parut di pipi...jgn tny knp sbb my son baik tp my daughter sgt2 "bijak" huhuhu....so si abg pun meraung kuat la kena kan...makanya mak pun mengambil rotan n rotan tgn si kecik tu...ngan penuh simpati dia minta bantuan si ayah ngan lembutnya...tp kami x nak layan...smpai tertido si abg...

Pg td ms nak mandikan si abg, dia pesan jgn basuh kat kawasan tu n tlg balutkan...dah mcm gengster mak tgk muka anak bujang nie...x pe la sayang lama2 ilang la k...kenangan tu huhhu....

^0^  ...knp la my daughter ganas sgt huhuhu...cian kat abg dia ;( ...  ^0^ 

:..Baju Tdo Baru...:


Semalam tghari mak turun ke kawasan cafeteria opis utk pusing2 cuci mata..last2 tertacap kat baju tido anak2...pusing2 sekali jmp harga yg murah RM10 sepasang for my daughter...cuma utk anak bujang harga kena top up RM2...so smlm belek punya belek lps la ambik 2 pasang utk si kecik...tp ati x sedap je tetiba (niat asal nak belikan utk my daughter saja)....sekali terlintas plak bayang anak bujang dpn mata...so mak pun belila sepasang utk dia..
...Sila abaikan kawasan ruang tamu yg dilanda badai tu...
Baju tido versi angry bird...selalunya mak belikan baju yg jalur2 yg ada gmbr ultramen kat poket jer...smlm belikan dia yg nie...siap srh tgkp gmbr lg n show peace...nasib la belikan dia jgk klau idak apala jwpn yg mak nak ckp bila dia tny mana asyrap punya huhuhu....Ni dialog dlm keta masa bgtau dia yg mak belikan utk dia...

Mak: Arini mak x beli donut tau (suka benor makan donut...dah mcm donut mak ari2 huhhu)
Asyraaf:Tak pe x nak mkn pun
Mak:Tapi mak ada belikan asyraaf baju (smbil tunjuk kat beg plastik)
Asyraaf:Mana2 asyap punya...ooo cantik ma...tp knp burung kecik tu warna yellow, bkn warna blue ker???
Mak:Tu bird lain ni bird lain pasal tu x sama warna
Asyraaf:Asyap nak pakai la (smbil cuba dlm keta)
Mak:Alik nnt terus mandi nnt blh terus pakai

Burung yang dimaksudkan adlh burung nie...
 
Begitu teruja my son bila dpt brg siap tny beli dimana, sapa bg semua la...so layan je la soalan2 dia...yg bestnya bila si abg tgkp gmbr smbil show peace ms tu...si adik pun nak cuba jgk...tp dah jd gaya pa pun x tau la nie...
Lps tgkp gmbr sibuk nak tgk alik apa org tangkap huhu....

^0^  ...moral of the story after this jgn sesekali beli barang utk sorg jer,,,apa2 kena beli utk dua2 sekali...wlpn berlainan warna @ rupa…  ^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~