Showing posts with label didik anak. Show all posts
Showing posts with label didik anak. Show all posts

:... Membaca Amalan Mulia...:

Untuk pertama kalinya cuti perayaan besar mak sefamily duduk di Kuala Lumpur...selalunya kalau cuti-cuti macam ni mak sure balik kampung...tapi syukur sepanjang 4 hari bercuti, aktiviti sangat padat...nanti mak story percutian dari hari pertama raya cina sampaila ke hari keempat...

Almost 9 tahun menjejakkan kaki di KL, sekarang baru berpeluang untuk singgah di Perpustakaan Negara dekat Jalan Tun Razak...tu pun dah lama janji dengan anak bujang, finally baru berhasil untuk bawa...
Lokasi library untuk anak-anak adalah dibahagian bawah bersebelahan dengan kafeteria...sangat mudah untuk dilihat semasa anda menghampiri pintu masuk utama bangunan library tersebut...Kasut perlu dibuka namun ada rak kasut disediakan...

Masa mak pergi bawa kedua-duanya, paking senang dapat dan tak ramai orang...kami sampai dalam jam 10.30 di sini...Bila masuk kawasan dalamnya, mak nampak banyak rak buku seperti dibawah...
Kalau tengok bahan bacaan yang terdapat di situ ada dari umur setahun ke 12 tahun..so nice...malah selain dari tempat membaca buku terdapat juga bahan interaktif seperti beberapa buah komputer dan kawasan menonton movie...

Kalau didalam library kita sering nampak tanda diarah senyap, namun di sini ada je anak-anak yang bising...so pada mak tak mengganggu pun..cuma kawasan dilarang bising ada pada kawasan library untuk golongan dewasa...

Antara buku yang dah mak pilih...

Dari hasil tangkapan yang dibuat, asyraaf mampu membaca sedikit demi sedikit terutama buku english...buku bahasa melayu dah boleh lari pecut sikit...yang adiknya memang merangkak lagi la kan...kenal huruf pun baru nak mula...

Tengok je la gelagat anak-anak membaca sebelum pergi bermain game di komputer yang disediakan... 
 
Sesuai untuk buat homework dihujung minggu sekiranya anak hendak berubah angin seketika...insya ALLAH will come back again...

:...Latihan Pertama...:

Now my daughter dah nak genap 4 tahun, mean tahun depan nak tak nak mak kena hantar jugak ke tadika...setakat ni tadika bijak masih dihati mak...so maybe bulan 11 mak akan register my daughter...

Berbalik pada my daughter, semalam kami ke kedai buku...mak beli buku story yang tengah hangat kat kaca tv iaitu "kerana terpaksa aku relakan"...setakat ni mak dah baca sikit kat penulisan.com....masa kat kedai tu my daughter bodek nak beli buku..so mak turutkan je...

Sampai kat rumah sebelum tido mak ajar sikit cara untuk menulis...
Caranya tarikkkkkk....tarikkkkk dan tarikkkk...mengikut garis-garis putus yang ada...setakat ni pegang pensil masih perlu diperbaiki..tak pe la sayang janji awak mahu walaupun dapat dalam dua baris jer...pastu awak dah mengeluh penat la tangan sakit la...tak tau la tahun depan nak sekolah macam mana...mau cikgu rotan awak hehhee....
Budak busuk mak ni dah malas nak tulis....macam-macam la awak ni awfiyah...sebut nombor one until ten pandai, even satu hingga sepuluh tapi nak tulis adoii la...semoga anak-anak mak berjaya dunia akhirat amin...

:...Kasih sayang...:

Semoga kasih sayang kalian dua beradik kekal selamanya...walaupun tinggal sikit atau ada sikit kongsi lah bersama-sama ok...kalian la anak -anak kesayangan mak....love both of you and tq coz be a great kids to me and my hubby...

:...Membaca Surah Al - Fatihah...:

Mendidik anak dalam membaca muqadam a.k.a IQRA sebelum melangkah membaca al-quran merupakan cabaran paling mencabar sekarang ini melainkan ilmu agama kita memang tip top...dan setakat ni mak bersyukur dan alhamdullilah my son dah kenal huruf ALIF sampai YA...

Baru-baru ni mak and my hubby dah selesai misi mencari Muqadam macam kita zaman-zaman dulu baca sebelum wujudnya IQRA...so sekarang ni dah almost 2 page anak bujang mak berjaya habiskan dengan bantuan my hubby...dan alhamdullilah juga di tadika setiap isnin dan rabu, my son akan membaca IQRA di sebelah petang dan dimaklumkan akan diajar solat setiap hari...(sebelum ni isnin dan rabu sahaja)

Pagi tadi sedang membelek FB, terjumpa artikel ini...dari FB ini   
Termenung seketika mak memikirkan macam mana nak betulkan anak mak yang boleh dikatakan seorang yang pelat bila bercakap even mengaji...setakat ni Surah Al-Fatihah alhamdullilah anak mak dah mampu ingat cuma sebutan tu masih perlu diperbaiki lagi...

Praktik mak sekarang ni sebelum tido anak-anak mesti baca doa tido, surah al-fatihah, 3 Qul, Surah Kursi dan Doa Penerang hati...tapi macam biasa la bacaan sure kena betulkan sebutan walaupun my son rasa dia baca dah betul...


^0^  Hope dengan panduan yang ada dapat mak memperbetulkan apa yang termampu mak bantu dan semoga ALLAH permudahkan urusan mak ^0^

:...Learn Math Together...:

Last Saturday,my hubby ada urusan di Jaya Jusco AU, keramat…so my hubby pun bawa la kami bersama coz my hubby said alang-alang dia dah nak tunjuk muka tu so dia suruh mak daftar di Kaunter JPJ terus untuk dapatkan ID bagi laman web JPJ yang baru…tujuan adalah untuk memudahkan urusan secara online…

Lepas dah daftar mak pun ajak my hubby ke D.I.Y tingkat atas untuk membeli box duit untuk opis mak nie…lepas dapat apa yang dihajati, mak pun pusing-pusing la mencari apa-apa yang menarik…my kids dah pow mak set memancing yang hanya berharga RM2.90 sorang satu…so mak pun dah pow ayah buku nie untuk my son…
Harga buku ni hanyalah RM3.50 tapi mak belek jugak isi dalam dia…macam dah budak darjah 1 je latihan dia sambil ambik sambil fikir mampu ke anak mak buah…so tanam azam nak ajar dia matematik tambah je dulu…

So balik rumah, buku ni pun mak letak je terus…malam tu, my son sendiri ambik buku (sesuatu yang mak boleh puji pada anak mak…teruskan pendirian itu) sambil bawa pensil box dan duduk di depan mak sambil berkata “Mak ajar asyraaf”…wah betapa lekanya aku ketika itu..
So permulaan yang agak baik coz almost number dia dah kenal…cara mak mengajar tambah tu lebih kurang macam mama ni mengajar (cuma mama ni mengajar dia lukis bulat-bulat pada nombor tapi mak ajar guna jari…)tapi pening gak bila lebih dari 5 pada satu-satu penambahan…

Nasib baik my hubby sudi bantu…setakat ni hasil penambahan yang dibuat alhamdullilah…tapi kena pantau if not sure ada yang salah ditambahnya…
Yang bestnya buku nie dia ada stiker sekali…so lepas je buat latihan mak letak stiker…even jawapan pun dia ada bagi…nanti nak beli buku lain pulak J
^0^ kagum mak dengan ayah coz teruja anak dah pandai asas matematik walapun hanya pada pengiraan tambah yang senang-senang (padahal anak orang lain tah-tah dah pandai darab kot) hehehe ^0^

:...Adab Bertutur Dengan Anak...:

Sebagai manusia biasa yang bergelar ibu, emak, ummi, mama atau mummy dan apa jua gelaran yang dipegang oleh seorang ayah, bila sudah mempunyai anak pasti akan cuba buat yang terbaik dalam mendidik anak-anak dari kecil sehingga la besar...

Ingin berkongsi info dalam memperbaiki diri sendiri serta peringatan untuk mak dan my hubby dalam cara bertutur bersama-sama anak-anak...

1. Biasakan bersuara rendah
Anak yang biasa mendengar ibu bapanya bertutur dengan suara yang rendah dan lembut akan lebih berkemungkinan memperoleh watak yang lembut da mulia. Ia tidak mudah berkasar dengan rakan-rakannya dan orang-orang lain. Al-Quran juga ada mengingatkan bahawa bercakap dengan suara yang tinggi adalah seperti 'seekor keldai'.
- Part ni agak mustahil pada mak sebab nada suara mak sangat tinggi terutama bila marah...sampaikan sekarang mak perasan my son pun dah terikut nada tu bila dia bercakap dengan my daughter...In sya Allah mak akan cuba terbaik dalam mengawal amarah serta nada suara mak...TQ my hubby coz tegur sekiranya mak buat juga...dan mak tahu mak mampu ubah walaupun lambat...lebih baik ada dari tiada langsung perubahan...

2. Bercakap dengan Mata-Temu-Mata(MTM)
Hubungan MTM ini memberi anak kecil keyakinan bahawa ibu ayahnya memberi tumpuan kepadanya dan menyayanginya. Ibu ayah yang mengamalkan MTM akan cepat memahami betapa pentingnya hubungan konsentrasi sebagai asas pendidikan & pembangunan anak-anak. Dengan cara MTM ibu bapa akan membiasakan anak-anaknya mudah memberi tumpuan sepenuhnya setiap kali mereka bercakap, belajar atau berfikir. 
- MTM selalu mak praktikan pada my kids...setakat ni alhamdullilah apa yang mak terangkan akan diterima oleh mereka walaupun kadang-kadang pelbagai soalan akan muncul semula...paling berkesan MTM ni bila my kids buat salah...dalam menerangkan kepada mereka kenapa, mengapa dan apa jua alasan dalam membetulkan kesalahan, pasti air mata mak akan turun sama...for my kids bila mak dah nangis diorg pun ikut nangis huhu..

3. Bercakap secara positif, optimis dan meransang
Adab ketiga ini ada kaitannya dengan pembinaan asas-asas kemanusiaan dan ketauhidan. Dengan menggunakan bahasa dan nada yang lembut ibu bapa akan membina suasana tenteram dan mulia. Ibu bapa boleh menyatakan aspek-aspek keagungan, kekaguman tentang benda-benda seperti hujan, air, kesihatan, bulan, ikan dan sebagainya yang memberi tanda kebesaran Tuhan.
- Alhamdullilah my son banyak belajar tentang perkara ini...apa itu bulan, bintang, matahari apa jua yang dicipta olehNYA mampu difahami...cuma untuk lebih memahamkan my kids, mak perlu kesabaran yang tinggi dalam menerangkan segala yang ALLAH ciptakan di muka bumi ini...

4. Adab memuji Allah swt
Setelah anak dapat memerhatikan keindahan dan kesempurnaan sesuatu perkara serta berpandangan positif atas setiap kejadian, maka perasaan syukur dan pujian harus dihadapkan kepada Allah SWT yang menjadikan makhlukNya. Antara latihan ialah mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar dan seumpamanya. 
- Mak perasan selepas sedawa my son akan ucapkan alhamdullilah..setiap kelakuan yang dirasakan salah jika dibuat dia akan berkata "nanti ALLAH tak sayang"...dan now mak dan my hubby dalam proses membentuk dia untuk bersolat walaupun hanya 1 waktu sehari...mak nak my son tahu as umat islam WAJIB kita buat apa yang disuruh olehNYA dan jika mendapatkan sesuatu perlu bersyukur kepadaNYA...

5. Adab silaturrahim
Adab silaturrahim sangatlah penting kerana anak yang cerdik harus juga menjadi anak yang mulia. Ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik iaitu sentiasa buat baik dengan orang, suka menolong, ghairah dalam kerja kebajikan dan kemasyarakatan akan mencorakkan anak sedemikian juga. Anak-anak kecil yang membesar dalam suasana yang kaya dengan penghayatan itu akan lebih berkemungkinan untuk membina budaya silaturrahim dan menjadi orag-orang yang disayangi dan dihormati oleh orang lain. 
- Alhamdullilah adab ini dari kecil mak percaya semua parents terapkan...dan alhamdullilah my kids bila berjumpa dengan saudara mara or kawan-kawan mak insya allah akan bersalam...suka menolong buat masa ni mak rasa my kids ikut mood diorg...kadang-kadang bila minta baru membantu kadang-kadang bila disuruh baru dibuat...maybe semua ini mengambil masa sebab my kids baru 6 tahun ke bawah...insya allah mak dan my hubby akan cuba yang terbaik...

Semoga setiap adab bertutur ini dapat mak terapkan dalam kehidupan kami seharian dalam mendidik anak yang masih suci dan bersih...semoga ALLAH permudahkan urusan kami membentuk anak yang soleh dan solehah serta menjadi ibu bapa yang mithali ameennnn

^0^ terima kasih kepada sumber info dari Majalah Pa & Ma, 
Disember 2012 ^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~