Showing posts with label tahun satu. Show all posts
Showing posts with label tahun satu. Show all posts

:...Hasil Seni Visual My Son...:

Alhamdullilah, my son dah selesai menjalani peperiksaan akhir tahun di tahun satu...salah satu soalan peperiksaan yang memerlukan penyediaan ibu bapa di rumah adalah subjek Seni Visual a.k.a Pendidikan Seni...Ini antara soalannya tapi anak-anak murid boleh pilih satu daripada 4 dibawah.
 
Antara intipati soalan 1 adalah menggunakan teknik kolaj dimana potong kertas warna kecil-kecil dan tampal pada lukisan berbentuk buah-buahan. Soalan no 2 menggunakan teknik gosokan yang memerlukan peralatan yang mempunyai permukaan yang timbul. Soalan 3 - teknik origami main lipat-lipat kertas, yang ni mak sejujurnya tak pandai nak buat dan soalan terakhir ada teknik anyaman, kalau setakat nak buat anyam tikar boleh la mak ajar...

Bila dah tengok soalan, mak tanya nak buat soalan mana, so my son jawab nak buat soalan no 2 iaitu Rumah Saya...pada mak nampak menarik tajuknya dan agak mudah (pada umur mak la)...

Petang tu kami ke kedai buku mencari apa jua barang yang mempunyai permukaan yang timbul tapi dukacita tak jumpa sampai ke sudah...pusing punya pusing akhirnya jumpa la blok mainan berbentuk rumah...so my hubby pun beli dengan harapan nak mengajar anaknya...

Balik rumah mak pun start la melukis dan ajar apa yang patut..."asyraaf mula-mula lukis bentuk rumah, pokok, awan pastu ambik itu...ini..." mak membebel sambil mengajar.....so ini la hasilnya lukisan tangan mak (rujuk gambar atas) dan hasil lukisan my son huhu...sedih (rujuk lukisan bawah) tapi pada mak, dulu kita darjah 1 pun bukannya terus pandai lukis kan...semuanya take time melainkan dengan izin ALLAH SWT terus pandai :D
Pada petang hari exam tu, mak dan my hubby dah tanya dia boleh buat ke tidak dan macam biasa jawapannya "boleh Mak...tapi asyraaf pakai duit syiling jer"....ayahnya bertanya tak pakai ke bahan yang ayah beli tu...jawapannya "tidak sebab takut cikgu marah...tu kan mainan ".... Ok anak mak tau peraturan di sekolah tak membenarkan mainan di bawa...

Keesokkannya my son bawa balik kertas lukisan peperiksaan dia dan ini la hasilnya...Muka ayah agak stress sejak semalam mendengarkan jawapan si anak dan bila terpandang hasil kerja lagi ayahnya stress...tapi tak pe la sayang...as long tak dapat E sudah la...janji markah masih OK...kita usaha lagi tahun depan ya...

:...Kejayaan Di Hari Sukan...:

Senyuman kejayaan seorang anak atas kemenangan di Hari Sukan pada jumaat lepas sebelum puasa menjelma...bab sukan nombor satu anak bujang kesayangan mak nie..semoga cemerlang dalam semua pelajaran ya sangat...happy for you...

:...English Homework...:

Finally...mak dapat tengok hasil kerja sekolah anak mak...sebabnya semua homework jarang dibuat dirumah..okla..dah pandai lukis dan menulis...semoga anak mak terus maju amin :)

:...Salah Satu Soalan Peperiksaan Sekolah Agama...:

Alhamdullilah minggu exam dah pun berakhir rabu lepas (21 Mei) dengan keceriaan dimuka my son sebab dah tak perlu nak kena dengar mak bebel suruh study or pegang buku...Sekarang hanya menanti waktu ayah pulak untuk menyelesaikan semua perkara bagi sem 2 dia...

Hari khamis lepas, my son bawa soalan JAWI dari peperiksaan sekolah agama...Ini muka depan dan soalannya seperti dibawah...
 Soalan pada mak amat mencabar bagi murid darjah 1...tapi comfirm bukan anak mak bacakan...mesti ustaz or ustazah bacakan untuk anak-anak ni...Secara jujurnya mak pun jenuh nak membaca jawi...last belajar pun masa sekolah menengah...pastu tak mendedahkan diri pun dengan tulisan atau buku-buku jawi ni...jadi ayat my son pada mak selalunya macam nie " Mak tak pandai macam ayah"...

Ya ayahnya more better dari mak...sebab mak kurang bahasa jawi nie..tp mak usaha juga membaca didepan anak mak...walau apa pun soalannya dalam bentuk apa pun, mak doakan semoga anak mak berjaya dunia dan akhirat...

Semoga anak mak dapat keputusan cemerlang dan tidak gagal dalam semua mata pelajaran yang diambil...Untuk my hubby good luck  for final sem 2 dan semoga dipermudahkan untuk menjawab semua soalan..

p/s: mak tak sabar nak ayah habis study sem ni...leh kita jalan2 balik kampung heheh

:...Exam Datang Lagi...:

Sekarang ni mood exam dah bermula...baik anak mahupun ayahnya...jadual exam pun mak dah tampal supaya alert exam apa untuk sekolah agama yang bermula dari semalam (15/5 - 21/5) dan sekolah kebangsaan (19/5 - 21/5)...ayahnya pula start exam 10/6 - 18/6...jadi sebarang aktiviti berjalan tidak dibenarkan oleh ayahnya...
   
Rumah comfirm akan bertukar ke nada senyap untuk beberapa tempoh ketika bila sesi ulangkaji berjalan...apa pun selamat menjawab setiap soalan dengan tenang untuk anak kesayangan mak dan juga ayah kepada anak-anak mak...

Semoga mendapat markah yang terbaik...amin....

:...Result Exam Sekolah Agama...:

Alhamdullilah syukur dengan keputusan yang my son dapat...walaupun tak mendapat markah penuh tapi anak mak mampu lakukan yang terbaik...untuk pertama kali ambik peperiksaan dalam ujian sekolah agama
 
Ok la kedudukan tempat ke 10 dari 14...cuma mak dan ayah kena lebih mengajar dari segi muqadam dan al-quran.. Syabas sayang mak...ujian kedua kita study lebih ok...

~~ Tabung AsyDhia ~~