Showing posts with label gelagat my son. Show all posts
Showing posts with label gelagat my son. Show all posts

:... Geram je... :

Anak makin hari makin membesar... dari kecil sampai la dah ke sekolah... as parent semua kelengkapan semua jaga... makan, minum, pakai, mainan, kelengkapan sekolah semua sediakan... tapi mak akan jadi marah bila tak gunakan... sekali check rupanya tak ada... 

Bila ditanya katanya tak tahu... angin je satu badan... kalau sehari satu lama-lama mak boleh bukak kilang alat tulis rasanya... nasihat berbuih-buih tapi hasilnya kejab je la kan...

Ingat jari tu lurus macam pembaris... cuba la kemas sikit tulisnya wahai anak bujang mak... dah darjah dua kot... ni bila buat matematik khasnya... time nak garis jawapan bukan pakai pembaris, terus je jari kecik tu menggaris... senget pun senget la janji garis... kalau macam ni hasilnya rasa marah ke idak..... 
 
Boleh hilang sabar dan suara dibuatnya huhuhu.... 

:...Sahur Time...:

Percubaan untuk mengajar my son dalam berpuasa...muka sememeh nak bangun...kejutkan bangun tu ok la masih mampu dikawal oleh my hubby tanpa perlu bergaduh...cuma bila dah sampai kat meja makan muka macam nak tido...
 
Last-last mak terpaksa suapkan nasi..kunyahan mengalahkan sunnah nabi...punya la lama nak wait dia abis kunyah...
Bila tengok anak teringat zaman kecik dulu...pejam mata pun masih mampu kunyah makanan bila mak kejutkan waktu sahur...untuk anak mak dapatla separuh hari berpuasa...insya allah cuba lagi lepas ni...

Apa pun selamat berpuasa semua....

:...Sesi Mencabut Gigi Lagi...:

Sejak dua minggu lepas my son asyik bebel bagitau gigi arnab dia dah goyang...siap mimpi gigi tercabut lagi...dah la tido pun bunyi gigi belaga...risau lak gigi tu tercabut dan tertelan...Dulu gigi depan bahagian bawah dah cabut...sekarang gigi bahagian atas pulak...Isnin lepas memandangkan dah tak tahan sangat dengan bebelan my son, akhirnya my hubby mengaku kalah dan terus bawa dia ke klinik gigi...

Sampai kat klinik dalam jam 6.00 petang selepas ambik my daughter...kat klinik tak ramai orang dan kami orang yang kedua dipanggil...masuk je dalam bilik, my son disuruh baring...lepas mak maklumkan pada doktor pasal gigi dia, doktor cadangkan supaya kedua-duanya dicabut terus...kalau ikutkan mak biar betul-betul goyang baru cabut even teacher dia pun cakap biar dulu...tapi my hubby pulak cakap selagi tak cabut selagi tu dia akan membebel..

Bila dah dapat persetujuan daripada tuan punya badan, so doktor pun letakkan ubat bius berperisa strawberi...
Tak sampai seminit kedua-dua gigi susu my son telah berjaya dicabut tanpa sebarang tangisan daripada my son...
Lepas ni tak boleh senyum lebar-lebar nampak gigi sebab nanti tak hensem dah...kena wait gigi naik baru leh senyum nampak gigi...

^-^ Tapi sayang mak tetap hensem dihati mak...dan secara rasminya 4 batang gigi bertukar menjadi gigi kekal ^-^

:...Pengalaman di Klinik Gigi...:


Petang selasa lalu, mak bawa my son ke klinik gigi coz second gigi dia dah start goyang dan mak tengok dibelakang gigi tu dah ada naik putih-putih macam nak tumbuh baru…orang pesan kalau dah naik macam tu better pergi cabut takut nanti naik berlapis dah tak hensem or cantik..

So mak sampai ke klinik ni pada jam 6 petang…sebelum nak jejakkan kaki kesini, mak rasa semacam cemas termasuk teringat zaman kanak-kanak dulu…bila sebut je ke klinik gigi sure dah menangis sepanjang perjalanan…belum masuk ke bilik doctor meraungnya dah sedepa dengar…belum doctor spray ubat kebas dah nangis macam gigi dah kena cabut hehe…tu kenangan mak la…tapi anak zaman sekarang ni berani dia lain macam…

My son sebelum bawa ke klinik, mak tanya dia berani ke tidak…my son said “tak takut, asyraaf berani”…wah bagus anak mak..pastu dia soal pulak “doctor buat tak sakit kan…nanti dia spray kan kat gigi asyraaf”…then mak tanya sapa cakap doctor spray…dia ckp my hubby yang bagitahu…mak ask again…”ummi buat sakit ker”, my son mengangguk…

Tapi yang mak kagum dengan anak zaman sekarang nie bukan saja berani minta dibawa ke klinik gigi tapi boleh main lagi huhu…Tengok je la gelagat dia sementara nama nak dipanggil…
Mak rasa sangat lama untuk menanti giliran dia…so around jam 6.30ptg nama dipanggil dan tak sampai 10 minit semuanya selesai…hati nak tangkap gambar tapi malu lak rasa…so dapat tangkap lepas gigit dicabut je la hehe…

^0^ now secara rasminya 2 batang gigi susu sudah gugur untuk digantikan dengan tetap heheh ^0^

:..Ambil Gambar...:

Hari bila mak dah lupa tapi pada hari tu senyap sunyi rumah…mentang-mentang la mak tengah tatap blog ni, you all my kids buat kerja dalam bilik yer…patut la mak tengok kamera tak da atas meja rupanya jadi model dalam bilik…
Bila jenguk rupanya ini yang kalian buat erk anak-anak kesayangan mak…nasib baik angle tangkap gambar tu pandai kalau tidak hasilnya tah la…So tatap je la hasil kalian nie yer…sok besar leh tangkap gambar mak dengan ayah comel-comel k J
 ^0^ betapa majunya budak zaman sekarang nie..generasi Z my friend say…lepas ni generasi huruf apa pulak hehe ^0^

:...SUN, Bintang Dan Sayur...:


Pagi tadi masa hantar asyraaf ke sekolah banyak persoalan yang dia tanya...perbualannya bemula bila dia tengok suasana pagi tadi agak mendung dan tiada cahaya matahari...jam waktu tu dalam 7.20 pagi.

Asyraaf: Mak kenapa tak da sun
Mak: Sun belum keluar lagi
Asyraaf: Asyraaf tahu kenapa dia tak keluar lagi, sebab dia ada kat bawahkan
Mak: Mana pulak kat bawahnya...sun belum masa nak keluar tu (dalam hati cmner nak bgtau sun tu berpusing macam bulan jugak)
Asyraaf: Nanti mesti dia keluar dari bawah tu, asyraaf tahu la
Mak: Ok nanti dalam jam 8.00 pagi (sambil tengok jam) sure sun keluar gantikan bulan

Tak sampai seminit, asyraaf keluarkan balik suara dia pasal sun huhuhu...

Asyraaf: Tapi kenapa sun tak nak keluar lagi mak
Mak: Tak da orang kejutkan sun suruh bangun kot (dah mati idea nak cakap)
Asyraaf: Sun bangunla dah pagi nie (sambil jerit dalam kereta) - mak hanya mampu senyum jer
Mak: Dah-dah nanti sun bangun la tu...kadang-kadang bila cuaca mcm ni mungkin nak hujan so sun tak keluar la
Asyraaf: OOOooo...asyraaf tahu, sun nak bagi bird terbang dulu kot...tapi mana bird ni tak nampak pun
Mak: Ye la tak da Bird...maybe bird cari makan kot, bird lapar, asyraaf tak lapar ker nanti sakit perut cmner..mak tak da sarapan untuk asyraaf pagi nie
Asyraaf: Tak pe asyraaf tak lapar, kalau sakit perut asyraaf tahan je...asyraaf kuat...
Mak :Ok la klau mcm tu...apa2 bgtau teacher tau...
Asyraaf: Mak sun tengah mandi yer tu pasal dia tak keluar lagi
Mak: Mana pulak sun mandi...nanti dia keluar la...
Asyraaf: Mak bintang tak da ke
Mak: Bintang keluar malam nanti malam mak tunjuk bintang mcm mn k
Asyraaf: Ok...

Akibat malas nak layan soalan dia pasal SUN a.k.a MATAHARI or bintang, aku pun ubah topik dia ke topik lain...tapi yang keluar lagi memeningkan kepala hahaha

Asyraaf: Mak makan la sayur banyak-banyak
Mak: Kenapa nak makan banyak-banyak sayur
Asyraaf: Yela nanti perut mak besar, mak sakit perut pergi hospital pastu baby botak keluar (baby yang baru lahir)
Mak: Ye ker??? kan mak dah pesan cakap dengan ayah
Asyraaf: Ala asyraaf lupa la...nanti la asyraaf cakap
Mak: Asyraaf cakap la dengan ayah suruh beli sayur banyak-banyak bagi kat mak ye
Asyraaf: Ye la nanti asyraaf cakap...asyraaf nak baby boy tau...yang merayap-merayap tu, asyraaf nak bawa pergi rumah ibu macam baby kat rumah ibu tu (pengasuh)
Mak: Ye la dah pakai kasut jom nanti mak lambat

Pening hari-hari dalam memberikan penjelasan yang munasabah pada anak yang baru bersekolah even tadika...setiap jawapan dari mulut akan membawa kepada soalan dari mulut kecil dia pulak...kadang-kadang soalan anak hanya terhenti tanpa sebarang jawapan...mampukah aku menjadi emak yang terbaik dalam mendidik anak-anak...semoga aku kuat dalam memberikan jawapan yang logik di fikiran dia ameennn...

^0^ To my hubby cuba bagi jawapan yang bernas jika soalan pasal makan sayur banyak-banyak tu terjadi lagi...^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~