:...Hasil Seni Visual My Son...:

Wednesday, October 29, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah, my son dah selesai menjalani peperiksaan akhir tahun di tahun satu...salah satu soalan peperiksaan yang memerlukan penyediaan ibu bapa di rumah adalah subjek Seni Visual a.k.a Pendidikan Seni...Ini antara soalannya tapi anak-anak murid boleh pilih satu daripada 4 dibawah.
 
Antara intipati soalan 1 adalah menggunakan teknik kolaj dimana potong kertas warna kecil-kecil dan tampal pada lukisan berbentuk buah-buahan. Soalan no 2 menggunakan teknik gosokan yang memerlukan peralatan yang mempunyai permukaan yang timbul. Soalan 3 - teknik origami main lipat-lipat kertas, yang ni mak sejujurnya tak pandai nak buat dan soalan terakhir ada teknik anyaman, kalau setakat nak buat anyam tikar boleh la mak ajar...

Bila dah tengok soalan, mak tanya nak buat soalan mana, so my son jawab nak buat soalan no 2 iaitu Rumah Saya...pada mak nampak menarik tajuknya dan agak mudah (pada umur mak la)...

Petang tu kami ke kedai buku mencari apa jua barang yang mempunyai permukaan yang timbul tapi dukacita tak jumpa sampai ke sudah...pusing punya pusing akhirnya jumpa la blok mainan berbentuk rumah...so my hubby pun beli dengan harapan nak mengajar anaknya...

Balik rumah mak pun start la melukis dan ajar apa yang patut..."asyraaf mula-mula lukis bentuk rumah, pokok, awan pastu ambik itu...ini..." mak membebel sambil mengajar.....so ini la hasilnya lukisan tangan mak (rujuk gambar atas) dan hasil lukisan my son huhu...sedih (rujuk lukisan bawah) tapi pada mak, dulu kita darjah 1 pun bukannya terus pandai lukis kan...semuanya take time melainkan dengan izin ALLAH SWT terus pandai :D
Pada petang hari exam tu, mak dan my hubby dah tanya dia boleh buat ke tidak dan macam biasa jawapannya "boleh Mak...tapi asyraaf pakai duit syiling jer"....ayahnya bertanya tak pakai ke bahan yang ayah beli tu...jawapannya "tidak sebab takut cikgu marah...tu kan mainan ".... Ok anak mak tau peraturan di sekolah tak membenarkan mainan di bawa...

Keesokkannya my son bawa balik kertas lukisan peperiksaan dia dan ini la hasilnya...Muka ayah agak stress sejak semalam mendengarkan jawapan si anak dan bila terpandang hasil kerja lagi ayahnya stress...tapi tak pe la sayang...as long tak dapat E sudah la...janji markah masih OK...kita usaha lagi tahun depan ya...

~~ Tabung AsyDhia ~~