Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

~~ Teruskan Berjuang ~~

Luahan hati untuk melepaskan rasa kelegaan didada.........................

Aku tahu aku bukan insan yang terbaik di muka bumi ini...aku pun byk kesalahan dan kesilapan...selagi aku boleh belajar untuk betulkan diri aku akan terus belajar...

Melangkah ke dunia pembelajaran sekali lagi merupakan satu langkah besar yang aku ambil untuk kemajuan diri...tinggalkan sementara dunia pekerjaan dan melangkah ke alam Universiti yang langsung tidak sama semasa zaman diploma dulu...banyak jurang perbezaan dr zaman mula-mula masuk diploma, degree and now master.... ambik master dan semakin master kawan sekeliling aku....masing-masing ada pengalaman kerja yang mencabar minda...

Aku cuba yang terbaik, belajar sebaik-baiknya dan cuba untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan tak kira samaada individu mahupun kumpulan...Bukan nak belagak bagus mahupun pandai..aku masih bodoh untuk mengetahui sesuatu perkara...selagi mampu aku akan cuba menyelesaikan segalanya...mungkin menggesa, mendesak atau apa jua istilahnya tapi sekiranya salah sorg tidak menjadi penggerak sapa yang akan menjadi penggerak dan menyiapkan segalanya...tarikh semakin hampir dan semakin mendesak...

Ya...aku kena bertenang.... selalu bertenang...tapi kalau markah tak dpt boleh ke bertenang selepas itu...tanya la iman memasing...inila dugaan bergelar pelajar...bkn menyindir atau membuat orang terasa...fikirkan sendiri sebab semuanya dah dewasa...maaf kalau ada yang terasa...x niat langsung.... CHILL YA....

Dugaan yang perlu aku teruskan untuk selesaikan segalanya...semoga aku terus berjuang dan bertabah....

...................Buat peringatan untuk diri sendiri..............

:...Carta Merencana Anak..:

Petang tadi masa tengah tengok mukabuku, tertarik dengan artikel yang dikongsi oleh kawan U mak dulu...bile tengok rupanya dia perolehi maklumat daripada facebook Ustaz Zahazan Mohamed....penerangan yang simple dan menarik untuk semua orang...

Carta untuk perencanaan Anak Soleh...bila baca alhamdullilah kebanyakkannya mak buat untuk my kids dan ada juga perkara yang tak sepatutnya mak buat...ini mengajar mak apa yang baik dan patut dalam mendidik anak-anak terutamanya dalam kehidupan seharian untuk menjadi islam yang sejati...

Mengikut carta diatas, sewaktu anak-anak berusia 1hari,as parent kita kena azan dan iqamat ditelinga anak-anak dan alhamdullilah my kids sejurus dilahirkan dan dibalut terus my hubby azan dan iqamah sebelum nurse ambik untuk dibersihkan..masa preggy sulung ada kawan opis bercerita, dia cakap adalah lebih baik sejurus anak dilahirkan ayat pertama yg didengar di telinga adalah azan dan iqamah...syukur sangat...

Untuk belah mulut atau erti kata lain tahnik, alhamdullilah dilakukan oleh my opah angkat...dan kedua-dua uri adik beradik ini ditanam dekat dengan sepupu di klang...maklumlah rumah atas rumah mana ada tempat nak tanam uri...dalam pemberian nama, alhamdullilah dalam tempoh my hubby bercuti nama didaftarkan cuma aqiqah sahaja dilakukan almost my kids 1 year...budget tak mencukupi untuk mak buat cepat sebab mak ngan ayah bukannya kaya huhuhu...kenangan anak-anak bercukur rambut ada mak rakam siap dengan mandikan bunga lagi untuk my kids...cuma my daughter je gambar or video tak berapa banyak huhuhu....

Alhamdullilah juga sejak my kids didalam kandungan lagi mak telah dengarkan alunan ayat suci al-quran serta tak putus baca al-quran (baik mengandung mahupun tidak) kepada anak-anak mak dengan harapan dan doa agar my kids akan menjadi seorang muslimah dan muslim yang sejati...

Banyak panduan yang alhamdullilah mak ikut...semoga dengan apa yang telah mak dan ayah buat dirahmati olehNYA...dan kini me n my hubby dalam proses mengajar my son untuk solat bersama-sama agar apa amalan yang kami lakukan akan diikuti oleh our kids..dah alhamdullilah jugak our son mampu membaca doa ringkas dan berpuasa walaupun tak sampai sehari...separuh hari pun jadi la dan kami bersyukur sangat-sangat...

Pada mak, panjang lagi arus dan cabaran yang perlu mak dan ayah sama-sama berusaha dalam membentuk corak atas our kids...dan bersyukur sangat kerana ajaran islam dalam permulaan lembaran anak telah kami corakkan...Insyallah mak dan ayah akan sama-sama memastikan anak-anak mak mendapat ajaran dunia dn akhirat dengan secukupnya....

^0^ Ya Allah permudahkanlah segala doa dan impian kami dalam kehidupan dan kesejahteraan yang KAU berikan kepada kami....kuatkan la semangat kami dalam mendidik dan tanamkan la kesabaran yang tinggi pada kami...dan jadikanlah our kids seorang yang berilmu dunia dan akhir serta patuh pada ajaranMU Ya Allah amennnn ^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~