Showing posts with label birthday party. Show all posts
Showing posts with label birthday party. Show all posts

:...Happy Birthday Love...:

HAPPY BEDAY SAYANG MAK...SEMOGA MENJADI ANAK YG SOLEHAH...love u untill jannah.... 
   
Majlis ringkas untuk family jer, tak ada hadiah tahun ni, just a little cake for my little baby gurl...kek pilihan abang nak warna warni kali ni...nanti kat tadika insya allah kita buat ya sambut dengan kawan-kawan pulak...wait ayah dapat cuti...

HAPPY BIRTHDAY SAYANG 

:...Dinner Time With Lovely Family..:

Entry lama...Finally baru nak update...kisah akhir bulan mei....
 
Actually ayah tiri mak nak sambut beday dia yang awal bulan mei...memandangkan tak sempat sambut masa hari jadi dia kerana bertugas di sabah itu yang tertunai dihujung bulan mei...dan kebetulan juga my second brother born day jatuh pada 29 Mei...so kira sekali la sambutnya...

Menu ayah tiri yang pilih hasil tuaian dia di sabah iaitu ikan kerapu dan udang...so terhasillah masakan dibawah ini...
 
Menu pilihan ikan kerapu tiga rasa, udang goreng,sayur kailan, tomyam campur, telur dadar dan air tembikai dan epal...semua ni dia suruh kedai masak...

Apapun alhamdullilah rezeki untuk kami sekeluarga...memang kenyang sangat dan biasalah kan diet kelaut la bila balik ipoh :)..

Semoga ayah tiri mak dan abang mak bahagia dunia akhirat, dikurniakan kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu amin....

:...Sambut Birthday 1 Family..:

Rasa story pasal birthday my son tahun ni banyak kali rasanya...dari persiapan goodies bag, sambutan di tadika and now sambutan bersama mak ayah dan adik pulak...Tapi kali ni ada kek tak macam tahun lepas sebab sambut di sekolah sahaja kerana tarikh tersebut memang tarikh lahir my son...
Kek pun tak besar cuma beli kek satu slice je kat secret recipe...cake indulgent...muka still kelat sebab tak dapat apa yang dia nak iaitu mainan gasing...tapi bila nasi dah sampai terus makan dengan senyum lebar...my daughter macam biasa ikut perangai dia je...senyum tak pernah lekang kalau suruh bergambar...tu pun sebab mood baik...siap posing dengan cawan lagi...

:...Happy Birthday 6 Years...:

Selamat hari lahir sayang mak...semoga menjadi anak yang soleh, mendengar suruhan agama dan perintah ALLAH, patuh pada ibu bapa, keluarga dan dikurniakan kesihatan yang baik, kepandaian yang bijaksana dan berjaya dunia akhirat...
Now sayang dah besar dah nak masuk sekolah darjah satu pun tahun depan...so mak doakan sayang berjaya dunia akhirat mengikut landasan ALLAH dan menjadi seorang anak, abang yang terbaik untuk mak dan ayah serta adik or adik-adik (in case ada adik lagi nanti)...

Belajar untuk lebih bertolak ansur dan kurangkan sikap merajuk, angin tsunami tu dan selalu menunaikan solat... Mak dan ayah kagum pada sayang dalam umur 6 tahun ni sayang mampu mendengar semua arahan mak dan ayah tanpa bersungut mahupun meninggikan suara (sesekali tu ada la)... tapi mak dan ayah sentiasa bersyukur dengan perkembangan pembelajaran sayang...dan paling mak dan ayah bersyukur sayang tidak memberontak bila mak dan ayah suruh sayang bersolat...mak dan ayah syukur sangat-sangat...mak dan ayah doakan agar tanggungjawab ini sayang laksanakan sehingga hujung nyawa amin...

Doa mak dan ayah serta adik agar sayang terus menjadi abang a.k.a pelindung terbaik buat adik dan mak ayah...mak dan ayah akan terus berdoa dan mak dan ayah harap sayang akan terus berusaha menjadi insan yang paling berguna di muka bumi ALLAH ini dan sentiasa bersama keluarga tercinta...

Mak dan ayahkan doakan juga kesihatan sayang agar sentiasa sihat dan kehidupan sayang dirahmati olehNYA... dunia dan akhirat....Mak dan ayah bersyukur kerana pada tarikh ini mak dan ayah bergelar sebagai seorang ibu bapa :D .... 

Syukur dengan segala pemberian dariMU YA ALLAH...akan kami pertahan dan menyemai pemberianMU ini ke jalan yang DIKAU redhoi amin....

:...Persiapan Goodies Bag Untuk Kawan-kawan...:

Hari jadi anak bujang mak dah almost dekat...macam-macam dia request tapi selagi mak dan ayah mampu mak dan ayah akan tunaikan...kalau tahun lepas kami sediakan goodies bag yang agak meriah untuk sambutan hari lahir 5 tahun, tapi kali ni persiapan untuk goodies bag mak buat ringkas jer... Kalau ikutkan kehendak dia, dia nak buku color transformer, air dan biskut atau kek untuk kawan-kawan...

Memandangkan buku color tu mak tak jumpa walaupun satu chow kit mak mencari akhirnya mak tukarkan dengan barang ini sahaja...
Lima item dalam satu goodies bag yang mak rasa amat bermakna...nak pulak anak mak dah nak masuk darjah satu so baik mak belikan sesuatu yang boleh digunakan oleh semua kawan-kawan dia nanti...walaupun pada mak murah tapi berguna...

Jadinya sabtu dua minggu lepas kebetulan my hubby tengah cuti sem, kami pakat-pakat masukkan kesemuanya dalam goodies bag...
Sementara my hubby dan bakal beday boy melaksanakan kerja, my daughter pulak sibuk bermain :)
Gambar atas tu bila dia dah boring main sorang-sorang baru dia tolong...tapi setiap kali tangan dia masukkan barang-barang dalam beg plastik merah tu setiap kali itu la mulut dia menyanyikan lagu beday to you...

Sekarang dia pulak bertanya birthday dia bila dan nak buat jugak...my daughter sayang kita buat masa awak masuk tadika ya :)

:...Happy Birthday Mum...:

Cuti merdeka hari tu kami sepakat adik beradik untuk sambut my mom born day...padahal ada lagi seminggu dari tarikh asal dia...tapi tak kisah la...kami tak beli hadiah just buat makan-makan dan belikan kek jer...merata jugak la mencari kek Secret Resepi ni... Chocolate Chip Walnut...first time rasa dan terus terlekat...sebab fikir jugak kalau beli kek lain my mom tak makan...only kek chocolate je dia boleh habiskan...

Bila dapat kek ni hasilnya simple and nice decoration dia...timbul huruf-huruf tu...dan alhamdullilah habis kek ni kami semua makan...
Muka happy dapat potong kek...dan plan ni memang tak bagi tahu dia...sampaikan dia merajuk kejab sebab jalan tak ajak dia hehe...
Selamat hari lahir mak...semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik....jaga diri elok-elok  ya...kami sayang mak selamanya :)

~~ Tabung AsyDhia ~~