Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

:...Melaka Bandar Bersejarah – Part 3...:

Finally the last episode of Melaka from me...

Untuk hari ketiga kami agak lewat keluar dari hotel…suasana waktu tu agak sejuk sebab hujan turun rinik-rintik…untuk hari ketiga lokasi yang kami hendak tuju hanyalah ke Menara Taming Sari, membeli sedikit cenderahati dan melawat muzium kapal selam…

Menara Taming Sari
Bayaran masuk bagi menara taming sari adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak…part ni my mom tak join sebab dia takut pening…dengan keberanian yang ada pada kami, kami pun kuatkan hati naik benda tu…dan alhamdullilah semuanya ok dan ceria bergambar di atas…
Kat atas ni kita akan dihidangkan dengan pemandangan Bandar Melaka yang sangat cantik yang betul-betul berada di persisiran pantai…
Bangunan Stadthuys
Disini kami beli baju untuk anak-anak dengan magnet peti sejuk untuk adik beradik yang tak join kami…yang bestnya akibatkan hujan yang tak henti-henti walaupun tak lebat, kami semua beli payung dan itulah cenderahati dari Melaka buat kami..

Kemudian kami menuju ke Pantai Klebang untuk melihat Muzium Kapal Selam…destinasi tak jauh cuma bila dah berharap pada WAVE sure la melalui jalan macam-macam kan…sebelum sampai ke sana, kami lalui jalan Baba dan Nyonya…
Muzium Kapal Selam
Dalam ½ jam kami sampai ke destinasi yang kami cari…bayaran masuk adalah RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak…tapi sewaktu mak membuat bayaran, kanak-kanak tidak dikira pula…rupanya kami hanya dapat melihat kapal itu sahaja…pintu masuk ke dalam perut kapal ditutup tanpa sebarang notis…

Untuk tidak menghampakan perasaan masing-masing kami pun bergambar je la sekitar kapal nie…takut kata ada yang tak percaya pulak…
 ^0^ 4 entry hanya untuk mencerita betapa lamanya mak dan anak-anak di Melaka…insyallah akan turun lagi bersama ahli-ahli keluarga yang lain…kepada yang bosan membaca mak say sori for that ^0^

:...Melaka Bandar Bersejarah – Part 2b...:

Masih berkisarkan Melaka...so sambungan part 2a bermula...


Sebelum menuju ke destinasi berikutnya, kami sempat posing di sini dulu...
Pasangan romantik la konon haha...semoga kekal selamanya...
Dah macam hero hindustan pulak mak tengok hahhaa


Kota A Famosa
Kalau dah sampai Melaka tak singgah sini memang tak tahu la nak kata apa…for the second time mak sampai bersama my hubby dan pertama kali bersama anak-anak…terlalu ramai orang yang lalu lalang so berjaya tangkap gambar kat sini jer la…tapi ada jugak orang cakap tempat ni keras…bukan sebab batunya tapi sejarahnya…dimaklumkan dulu tempat ni gereja so faham-faham je la kan…
Dibelakang pintu gerbang A Farmosa nie ada gereja yang mak maksudkan tu…banyak sungguh bilangan anak tangga tapi jangan tanya berapa sebab tak kira pun…yang pastinya di tengahari rambang kami memanjat anak tangga yang ada…memandangkan keberatan dah macam lori, nasib baik la my hubby tolong tolakkan…kalau tak sure lewat baru sampai ke puncak…

Di tepi kanan bangunan ni ada makam belanda dan didalam bangunan ni pula ada penutup keranda rasanya…sebab kat atas batu tu dia tulis macam nie… “Disini disemadukan jasad….” nama omputih jadi mak pun tak berapa alert sangat…rasanya tokoh-tokoh dulu-dulu kot..kami just ambik gambar kat tingkap bangunan ni dan diluarnya sahaja…
Dalam bangunan ni jugak ada 1 lubang besar yang bertutup dimana banyak duit syiling dan kertas ada dalam lubang nie…kalau tengok pada pengunjung yang datang, semuanya dok baca senyap-senyap dan sumbat atau masukkan duit ke dalam lubang tu…wish something kot hehehe…

Muzium Istana Melaka
Turun je dari bukit tu masing-masing mencari air sebab cuaca yang betul-betul panas di tengah hari yang panas…lepas berehat ala kadar, kami pun bergerak ke Muzium Istana Melaka…dikatakan muzium ini merupakan replika yang dibentuk berdasarkan buku sejarah dulu…masa sampai tu teruja gile sebab ingatkan memang istana Melaka yang betul sebab ada taman larangan bagai…Bila dah masuk rupanya replika yang dibina…tapi so nice for me…anggap je anda yang berkunjung sedang masuk istana yang betul…
Kalau ikutkan ada 3 tingkat kesemuanya dekat istana ini…tingkat 1 diletakkan sebagai balai rung seri dimana semua pembesar, pedagang, ahli agama, anak raja mahupun pesalah yang mengadap hukuman diletakkan dalam posisi yang sepatutnya seperti gambar ini…di tingkat yang sama juga diletakkan pameran cerita pasal hang tuah dengan hang jebat…disamping pakaian rasmi setiap negeri di semenanjung ini…
Ditingkat dua pulak ada bilik beradu raja….semuanya warna kuning dan bertali dilarang masuk…tapi mak tangkap gambar posisi tepi je la…dekat ruang beradu ni ada sudut macam tempat dia berehat sambil bersantap la lebih kurang…

Ditingkat ini juga ada perhiasan yang dipamerkan cuma yang menjadi tanda tanya mak kenapa semuanya berlapikkan kain kuning hehhee…Di tingkat yang sama juga diletakkan cerita berkaitan kehebatan seorang wanita dalam mempertahankan negeri Melaka…mak tak ingat lak apa namanya..
Di tingkat 3 dalam istana ini pula terletaknya tempah simpanan khazanah…tapi masa mak pergi tu, tingkat tu tidak dibenarkan masuk…maybe takut ada barang yang hilang atau sememangnya dilarang masuk…Lepas je pusing-pusing kami pun keluar dan menuju ke bahagian bawah istana untuk berehat…sebelum keluar ke pintu masuk istana, terdapat beberapa replika istana dari beberapa negeri dan patung pedagang dipersembahkan…ini antara replika yang mak ambil..nama istana ni jangan tanya sebab dah lupa hehe...

Bahagian bawah istana pula diletakkan pangkin dikatakan untuk bermain permainan tradisional seperti congkak, batu seremban…so kami pun berehat la kat bawah nie…maklumla waktu tu pun dah almost ke jam 2.30 petang lebih kurang la…perut pun lapar, kaki pun dah sakit…penat semua ada…

So destinasi berakhir pada pagi sampai petang itu adalah di Medan Selera yang letak betul-betul depan Muzium Samudera sebelum kami berangkat balik semula ke hotel ;)

River Cruise
Untuk malam kedua di Melaka, tanpa menghampakan impian anak-anak buah yang seronok berjalan, mak bawa diorg ke River Cruise…
^0^ wait for the last entry pasal Melaka ^0^

:...Melaka Bandar Bersejarah – Part 2a...:

Sambungan cerita di Melaka Bandar Bersejarah - Part 1 hari tu....lamanya nak update heheh...

Selepas menempuh hari permulaan yang agak tidak menyeronokkan di MELAKA ini, itu tidak mematahkan semangat mak untuk membawa my kids berjalan-jalan…kami bertolak dari hotel jam 9.00 pagi dan rezeki kami, kami dapat paking depan belakang je antara my car dengan my mom car…lepas tu kaum adam pun pergi mencari kupon paking…Di Melaka ni paking kereta menggunakan kupon parking dimana beroperasi setiap hari termasuk cuti umum kalau tak silap la…1 jam bernilai RM0.60…so kami pun gores kupon paking tu sebanyak 7 keping bermula jam 10.30 pg – 5.30 ptg di atas dashboard kereta masing-masing…Lokasi kami adalah:

Muzium Samudera
Lokasi pertama jejakkan kami jam 10.30 pagi…dengan berbekalkan hanya RM3.00 untuk dewasa dan Rm1.00 untuk kanak-kanak kami boleh memasuki kapal ini berserta 2 muzium bersebelahannya…

So teruja my son sebab dapat naik kapal nie…walaupun diatas darat tapi sekurang-kurangnya merasa naik kapal..so di dalam kapal ada 4 tingkat kesemuanya, ada bilik tahanan, ada patung pedagang, ada rempah ratus, ada lukisan peta zaman dulu, ada meriam dan ada juga mata duit lama…
Kat dalam kapal ni tak banyak gambar yang mak ambil sebab my mom dah bising…my mom tak kasi sebab banyak patung dan ada anak kecil…so tangkap je la apa yang boleh…

Muzium TLDM (Muzium Bersebelahan Muzium Samudera)

Lepas keluar dari Muzium Samudera, destinasi kami adalah di Muzium yang terletak betul-betul di sebelah kanan kapal (melalui pintu masuk)…dalam muzium ni tak ada banyak sangat yang boleh dilihat melainkan beberapa jenis kapal pedagang zaman dahulu, ada penyu besar, ada patung macam kawasan nelayan…time ni my mom dah sakit kaki dan pening…maklumlah dia tak boleh nak berjalan banyak dan tak boleh kena panas...
So ambik la kesempatan bergambar dengan penyu batu nie...tersengeh jer my kids...yang belakang tu sibuk je nak inteframe hehe...
 Mak pun tak pasti kenapa dalam muzium ni ada patung angkasa nie…so layan je la tangkap gambar untuk anak-anak…

Muzium TLDM (Muzium Terletak di Seberang Jalan-Bersebelahan Medan Selera )
Di muzium ni kita akan lihat banyak kazanah untuk tentera laut…so disini terdapat senarai Kapten Yang Dipertua TLDM, koleksi-koleksi baju TLDM, senarai Menteri Pertahanan Pertama sehingga sekarang, kapal terbang TLDM dan sebuah kapal TLDM yang terletak di luar bangunan ini…So sapa-sapa yang tak tahu senarai menteri pertahanan boleh la rujuk kat sini k...even pelbagai simpulan dan ikatan tali pun ada...
Kat dalam muzium, barang-barang pameran banyak yang anda boleh tengok dan kadang-kadang boleh terus mempelajari apa kerja TLDM secara amnya...so boleh la posing je pada replika yang ada hehe...
Cuaca diluar waktu tu memang panas...namun tak mematahkan semangat kami untuk bergambar dan naik kapal ni walaupun tak dapat masuk ke perut kapal….
 ^0^ ok...rehat sekejab...sambung part 2b pulak nanti k ^0^

:..Melaka Bandar Bersejarah – Part 1...:

Alhamdullilah dan bersyukur sangat-sangat finally kami berjaya membawa our kids ke MELAKA semperna cuti sekolah nie…kali ni bercuti tak boleh diistilahkan sebagai family reunion sebab tak cukup ahli..yang join hanya mak sefamily, my only sister and of course my MOM yang tercinta…total person hanya 10 orang sahaja….

Kami bertolak ke Melaka pada pagi sabtu 22hb dalam around 10 pagi menuju terus ke tempat kediaman kami hehe of course la hotelkan…HOTEL KING’S bukan kedai KEK KING’S tau…lokasi betul-betul hadapan Hospital Pantai Puteri Melaka…dan bilik yang kami booking adalah Executive Suite (2 bilik and 1 hall)…bilik dia sangat-sangat luas even boleh menyumbat almost 5 family (tapi kena bawa toto and bantal la kan)…amaun bilik tu ibarat kata RM300 per family untuk 4 hari 3 malam…for mak sangat-sangat berbaloi…
Inilah hotel yang kami duduk dan ini pula gambaran bilik yang kami sewa hehe
Kings Hotel Melaka
Lepas dah check in, lebih kurang jam 6.00 petang kami bergerak ke rumah my BIL at Dusun Murad untuk pergi makan ikan bakar malam tu…actually time tu my SIL yang dari Klang pun ada…kiranya makan malam kami sangat-sangat la besar dengan almost 5 family berkumpul…

Memandangkan kami dah biasa makan ikan bakar di Ambai, so kami pun request untuk makan malam di UMBAI and my BIL pun bawakan kami ke Perkampungan Ikan Bakar Umbai…orang time tu almost dah banyak dan majoritinya ada yang dah tempah…so kami yang sampai dan tak tempah apa-apa kena redho je la untuk mencari kedai yang tak ramai orang…

Perkampungan Ikan Bakar Umbai ni memang banyak kedai even ada 2 tingkat tapi majoritinya makan di aras bawah sahaja kenapa maybe ini sebabnya…

Memandangkan area bawah dah penuh, my hubby pun menjenguk ke aras atas…NAKHODA IKAN BAKAR if I not mistaken la…so kat sini kawasan luas dan tak ramai orang…time tu kami order menu around 9.00 pm ok…diulangi 9.00 MALAM…

Lepas dah duduk around 15 minit, air pun sampai…so time tu ok lagi…
Tangkap-tangkap gambar bagai semua dan masih menanti….tunggu punya tunggu almost 1 ½ hour, menu kami masih tak sampai-sampai lagi…nasi tak sampai lauk apatah lagi…yang sampai hanyalah sotong dan udang goreng tepung dan sayur kalian...yang lain tak ada…at least kalau ada nasi pun dah boleh bagi budak-budak makan...sedangkan bila mak perhatikan majoriti mana-mana meja yang dah sampai air akan automatik sampai nasi jugak...tapi meja kami tidak...

Masing-masing dah buat muka bosan...
Mak perhatikan je orang yang menghantar makanan, dah la yang hantar tu budak…budak yang menunggu nak masuk sekolah balik bulan 1 ni...orang pulak makin banyak maklumla gaji kan…so mak dah bosan, mak pun ajak my kids main taman di bawah…around jam 10.30 malam, my hubby cakap nasi dah sampai…rupanya diorang lupa nak hantar nasi kami…kalau ikutkan my mom n my sis, mau je kami blah dari situ, tapi memandangkan budak-budak dah lapar dan hormat pada my BIL and my SIL so kami bertahan…

Bayangkan orang yang datang lambat, order terus boleh dapat sedangkan kami datang dan jadi pak pacak menu tak sampai-sampai lagi…diorg bukan tempah siap-siap ok sebab kami nampak diorg sampai dan pergi order…bila budak yang mai hantar makanan datang, muka budak tu pun tercangak-cangak nak hantar mana…even ada yang panggil dia terus je hantar…adil ker???

Almost 2 hour menunggu dan selepas my SIL serang di dapur diorang barulah menu kami sampai satu persatu, tu pun sebab ada yang nangis sebab dah lapar…dalam banyak-banyak menu tom yam seafood tak sampai langsung ke meja kami...so masa bayar biasala kan kena  marahla orang yang jaga kaunter…gambar menu yang kami order pun kami tak tangkap sebab mood rasa happy dah bertukar ke rasa marah....

Total menu yang diambil adalah RM470 untuk 2 ekor ikan siakap masak 3 rasa, 1 ekor ikan kerapu masak 3 rasa, 2 pinggan sayur kalian, 3 set nasi, 3 jug air tembikai, 3 pinggan sotong goreng tepung, 2 pinggan udang goreng tepung 2 pingan sepapan dan 2 jam menunggu…adakah berbaloi…masa bayar tu saja mak cakap kuat-kuat "MAHALNYA DAH LAH LAMA TUNGGU CAMNE NI" even my SIL pun join bebel kat kaunter bayar tu...terus harga menjadi RM370...

Lepas ni tobat tak nak pergi dah ke Restoran Nakhoda Aras Atas di Perkampungan Ikan Bakar Umbai..kami band terus restoran ni...gah tapi hancur...sangat-sangat hancur...kalau tengok pada google ramai yang puji tapi untuk beberapa tahun lepas la...tahun ni hancur ok...untuk orang yang pertama kali datang dan tak akan datang langsung lepas nie...insya ALLAH...

Rating yang boleh diberi daripada 5 bintang…

Kebersihan kawasan sekitar termasuk meja  makan : 2/5
Toilet: 0/5 (sangat-sangat tidak bersih even tidak ada air dan tidak boleh flush dan ada pulak mesin basuh kat situ)
Layanan or Service: 1/5
Masa menunggu makanan: 0/5 (sangat-sangat mendukacitakan sampaikan tak dapat nak bagi markah)
Makanan : 3/5 (walaupun sedap tapi kalau dah wait sampai 2 jam sudah jadi tak sedap…rasas sedap bertukar menjadi rasa MARAH)

Sebelum balik kami rawat hati dengan tangkap gambar di dataran tu huhuh...
Malam tu kononnya nak naik river cruise pun tak jadi sebab kami stack kat tempat nie…balik hotel semula around jam 12 tgh mlm…anak-anak pun dah tido…hari permulaan yang tidak menyeronokkan huhu…

^0^ bukan nak mengata tempat makan nie tapi layanan sangat-sangat la menghampakan sehingga tidak dapat digambarkan ^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~