:...Hasil Seni Visual My Son...:

Wednesday, October 29, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah, my son dah selesai menjalani peperiksaan akhir tahun di tahun satu...salah satu soalan peperiksaan yang memerlukan penyediaan ibu bapa di rumah adalah subjek Seni Visual a.k.a Pendidikan Seni...Ini antara soalannya tapi anak-anak murid boleh pilih satu daripada 4 dibawah.
 
Antara intipati soalan 1 adalah menggunakan teknik kolaj dimana potong kertas warna kecil-kecil dan tampal pada lukisan berbentuk buah-buahan. Soalan no 2 menggunakan teknik gosokan yang memerlukan peralatan yang mempunyai permukaan yang timbul. Soalan 3 - teknik origami main lipat-lipat kertas, yang ni mak sejujurnya tak pandai nak buat dan soalan terakhir ada teknik anyaman, kalau setakat nak buat anyam tikar boleh la mak ajar...

Bila dah tengok soalan, mak tanya nak buat soalan mana, so my son jawab nak buat soalan no 2 iaitu Rumah Saya...pada mak nampak menarik tajuknya dan agak mudah (pada umur mak la)...

Petang tu kami ke kedai buku mencari apa jua barang yang mempunyai permukaan yang timbul tapi dukacita tak jumpa sampai ke sudah...pusing punya pusing akhirnya jumpa la blok mainan berbentuk rumah...so my hubby pun beli dengan harapan nak mengajar anaknya...

Balik rumah mak pun start la melukis dan ajar apa yang patut..."asyraaf mula-mula lukis bentuk rumah, pokok, awan pastu ambik itu...ini..." mak membebel sambil mengajar.....so ini la hasilnya lukisan tangan mak (rujuk gambar atas) dan hasil lukisan my son huhu...sedih (rujuk lukisan bawah) tapi pada mak, dulu kita darjah 1 pun bukannya terus pandai lukis kan...semuanya take time melainkan dengan izin ALLAH SWT terus pandai :D
Pada petang hari exam tu, mak dan my hubby dah tanya dia boleh buat ke tidak dan macam biasa jawapannya "boleh Mak...tapi asyraaf pakai duit syiling jer"....ayahnya bertanya tak pakai ke bahan yang ayah beli tu...jawapannya "tidak sebab takut cikgu marah...tu kan mainan ".... Ok anak mak tau peraturan di sekolah tak membenarkan mainan di bawa...

Keesokkannya my son bawa balik kertas lukisan peperiksaan dia dan ini la hasilnya...Muka ayah agak stress sejak semalam mendengarkan jawapan si anak dan bila terpandang hasil kerja lagi ayahnya stress...tapi tak pe la sayang...as long tak dapat E sudah la...janji markah masih OK...kita usaha lagi tahun depan ya...

:...Result Peperiksaan Bulanan Sek Agama...:

Thursday, October 23, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah my son dah masuk darjah satu di sekolah agama 10 bulan...dah bersyukur jugak sepanjang 10 bulan ni dah mengadap 3 exam di sekolah agama...

Dua exam bulanan dimana result macam dibawah ni...
Setelah dilihat-lihat rupanya tajwid markahnya ustazah tersalah tulis...patutnya dapat 80 tapi jadi 46 je...menurut my hubby, result baru my son dikedudukan 11 dari 14 murid yang ada....walaupun jatuh markah sebab tak berapa nak study (menziarahi mak saudara yang meninggal di palong negeri sembilan) tapi mak tetap bersyukur dan berdoa agar anak mak one day akan jadi budak yang berjaya dunia akhirat amin...

:..Lukisan Dua Generasi...:

Thursday, October 23, 2014 0 Comments A+ a-

Lukisan dua generasi...seorang lukisan my son dan seorang lukisan my hubby...semua boleh teka yang mana satu lukisan anak dan ayah kan...
Hope one day, my son mampu lukis secantik my hubby...amin...

:...Pedoman Untuk Diri Sendiri...:

Tuesday, October 07, 2014 0 Comments A+ a-

Bila baca mesej diatas, mak bersyukur dilahirkan sebagai Hamba ALLAH SWT yang amat bertuah...kenapa mak cakap bertuah, sebab mak ada family, saudara mara, sahabat dan kawan-kawan yang masih sayangkan mak untuk nasihatkan diri mak dikala lena dan terhanyut dibuat mimpi yang mengkhayalkan..

Mak sentiasa bersyukur dengan semua rezeki yang ALLAH SWT berikan buat mak sekeluarga...tapi mak bersyukur jugak dan memohon kepadaNYA agar mak tak menyusahkan kawan-kawan dari segi kehidupan mahupun pekerjaan...mak yakin ALLAH SWT dah atur yang terbaik buat hambaNYA...cuma kita perlu redho dan sentiasa berusaha...dan paling penting jangan merungut dalam apa jua urusan di dunia ini...sebaliknya sebutla ALHAMDULILLAH dalam apa jua bentuk yang ALLAH SWT sampaikan.


#Peringatan untuk diri mak sendiri


:...Bekas Mainan Baru...:

Tuesday, October 07, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah, finally box baru untuk mainan anak-anak dah ada...kalau dulu berselerak rumah dengan mainan yang kadang-kadang letak dalam kotak, bekas timba kecil even bakul kain mak..tapi kini dah ada bekas baru...

My Hubby beli bekas ni dengan harga RM99 kat big aeon...so far nice sebab ada roda dan senang untuk dibawa dan ditolak oleh anak-anak...Masa sampai dekat rumah, terus my hubby pasangkan sambil dibantu oleh my daughter...
 
Ceria je nak siapkan box ni...ada empat tempat nak letak, adik ambik warna pink, satu utk semua koleksi robot, satu untuk kereta hotwheel (kereta mainan besi kecil-kecil) dan satu lagi untuk kereta mainan plastik...so bila nak main, tarik je satu tray and bawa main...senangkan...
Inila hasilnya box mainan anak-anak yang baru...bilik my son pun tak nampak la berserabutnya :D
Mak suka dengan box ni...alhamdullilah anak-anak pun senang nak menyimpan dan memilih mainan tanpa selerakkan rumah ^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~