:...Salah Satu Soalan Peperiksaan Sekolah Agama...:

Monday, May 26, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah minggu exam dah pun berakhir rabu lepas (21 Mei) dengan keceriaan dimuka my son sebab dah tak perlu nak kena dengar mak bebel suruh study or pegang buku...Sekarang hanya menanti waktu ayah pulak untuk menyelesaikan semua perkara bagi sem 2 dia...

Hari khamis lepas, my son bawa soalan JAWI dari peperiksaan sekolah agama...Ini muka depan dan soalannya seperti dibawah...
 Soalan pada mak amat mencabar bagi murid darjah 1...tapi comfirm bukan anak mak bacakan...mesti ustaz or ustazah bacakan untuk anak-anak ni...Secara jujurnya mak pun jenuh nak membaca jawi...last belajar pun masa sekolah menengah...pastu tak mendedahkan diri pun dengan tulisan atau buku-buku jawi ni...jadi ayat my son pada mak selalunya macam nie " Mak tak pandai macam ayah"...

Ya ayahnya more better dari mak...sebab mak kurang bahasa jawi nie..tp mak usaha juga membaca didepan anak mak...walau apa pun soalannya dalam bentuk apa pun, mak doakan semoga anak mak berjaya dunia dan akhirat...

Semoga anak mak dapat keputusan cemerlang dan tidak gagal dalam semua mata pelajaran yang diambil...Untuk my hubby good luck  for final sem 2 dan semoga dipermudahkan untuk menjawab semua soalan..

p/s: mak tak sabar nak ayah habis study sem ni...leh kita jalan2 balik kampung heheh

:...New look in Asydhia Resepi...:

Wednesday, May 21, 2014 2 Comments A+ a-

Akhirnya....blog masakan mak berubah wajah...walaupun hasil gambar makanan tak seberapa dan masakan tak sesedap chef..tapi mak suka dengan wajah baru ni...

Jenuh jugak mak mencari template blog yang free dan sesuai dengan blog mak yang simple...start buat dari jam 8 malam hingga 11 malam...cuma kena edit gambar sikit lagi di slide show tu...

Insya allah lepas ni blog ini juga akan berubah wajah...cuma kena cari template yang betul-betul sesuai dengan story didalamnya...

mak suka sangat hahahha....♥♥♥

:...Exam Datang Lagi...:

Saturday, May 17, 2014 0 Comments A+ a-

Sekarang ni mood exam dah bermula...baik anak mahupun ayahnya...jadual exam pun mak dah tampal supaya alert exam apa untuk sekolah agama yang bermula dari semalam (15/5 - 21/5) dan sekolah kebangsaan (19/5 - 21/5)...ayahnya pula start exam 10/6 - 18/6...jadi sebarang aktiviti berjalan tidak dibenarkan oleh ayahnya...
   
Rumah comfirm akan bertukar ke nada senyap untuk beberapa tempoh ketika bila sesi ulangkaji berjalan...apa pun selamat menjawab setiap soalan dengan tenang untuk anak kesayangan mak dan juga ayah kepada anak-anak mak...

Semoga mendapat markah yang terbaik...amin....

:...Kemajuan Dalam Lukisan...:

Tuesday, May 13, 2014 0 Comments A+ a-

Hasil lukisan my son selepas almost 2 tahun 5 bulan bersekolah...dari lukisan orang lidi menjadi lukisan orang empat segi hehe...tak pe la sayang proses learning kan..mak dulu pun tak pandai lukis...kalau ayah memang tip top...

:...Berdebar Bila Terima Surat Dari Cikgu...:

Monday, May 12, 2014 0 Comments A+ a-

Bila dapat surat dari cikgu pasal perjumpaan ibu bapa berkenaan perkembangan anak, hati ni sure berdebar....nak pulak anak maklumkan yang perjumpaan ni untuk anak-anak yang masih tidak pandai baca...mak ayah saling pandang memandang fikirkan betul ke tak anak mak tak pandai baca...bila di suruh baca mak tengok alhamdullilah boleh baca....cumanya kalau perkataan yang panjang2 macam tangan, sayang, dengan...yang mana ada huruf NG sure dia tergagap2....

Dulu masa mak darjah 1 tak pasti mak mampu baca or baru kenal huruf...sekarang semuanya kena cepat...teruk sangat ke anak mak sorang ni...but mak always think positive...bukan semuanya dilahirkan terus pandai dan anak mak tak worse sangat seperti yang mak fikirkan...hati mak sure nak yang terbaik untuk anak...

So wait and see apa cikgu dia nak cakap...permulaan mukadimah berkaitan KSSR dan LINUS, kemudian diterangnya apa tu disleksia dan apatah lagi satu...bila diterangkan sedikit ciri-cirinya, mak perasan anak kesayangan mak ada sedikit but tak keseluruhannya...Ati berdebar, berdetik dimanakan salahnya sedangkan ada je latihan yang dibuat dirumah...mungkinkah tidak banyak atau bagaimana...apa itu disleksia boleh google dan fahamkan sendiri...

Lepas taklimat segala bagai, mak berjumpa dengan cikgu mathematik dan cikgu kelas dia...alhamdullilah my son tidak la seteruk yang mak fikirkan dan perangai disekolah amatlah baik...pelajaran mathematik alhamdullilah dia mampu buat cuma bahasa yang menjadi masalahnya sekarang..mak tak nak anak mak turun kelas...seteruk mana my son, insya allah mak akan cuba terbaik mungkin...

Walaupun bila menerima cerita daripada cikgu dengan positif, tapi air mata tetap mengalir laju...kenapa my son...terdetik dihati adakah adiknya bakal terima nasib yang sama hanya Allah yang maha mengetahui...diri mak terus rasa nekad, yang mak perlukan buat latihan lebih pada anak-anak..mak yakin anak mak mampu buat cuma tempoh 5 bulan disekolah rendah yang perlu semuanya pandai dalam sekelip mata membuatkan mak semakin tensen...

Dah la tempoh mengajar mak tak mampu lebih dari 20 minit...nanti mak naik angin and my son naik bosan...mak cuba terbaik mungkin ya sayang mak...Setiap emak di dunia ini hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka... nak anak yang pandai, bijak, berkebolehan, hensem dan semua yang baik-baik la...tapi semuanya atas ketentuan Yang Maha Esa...mak terima seadanya amin... dan yang paling utama kita tak putus asa ya sayang...

Bila balik dari majlis tu mak dapat tag buku comel ni...buat kenangan :D

:..Membuat Cheese Tart...:

Tuesday, May 06, 2014 0 Comments A+ a-

Last week my mom and my brother yang sulung datang ke sini...so sementara menunggu diorang datang, my son beria la sangat nak buatkan sesuatu untuk opahnya...bekejar la kami ke kedai bahan kek BAGUS seperti biasa...

Memandangkan mak ni "pakar sangat" dalam buat bakery ni...maka mak pun beli kelonsong tart siap-siap...rasa not bad sebab acuan dia memang dah cukup sifat...cuma mak perlu tambahkan perasa dan cheese didalamnya..

Hasil bantuan air tangan tiga beranak ni...tart mak pun menjadi...cuma last adunan terhangit sikit...but rasa still not bad...
Tengok aje la gaya anak bujang memasukkan cheese dalam acuan tu...gambar ketiga tu hasil kerja my daughter...dituangnya cheese dulu baru blueberry...terima kasih semua sebab sudi tolong mak...lov u olllsss.. ^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~