:... Membaca Amalan Mulia...:

Friday, February 27, 2015 1 Comments A+ a-

Untuk pertama kalinya cuti perayaan besar mak sefamily duduk di Kuala Lumpur...selalunya kalau cuti-cuti macam ni mak sure balik kampung...tapi syukur sepanjang 4 hari bercuti, aktiviti sangat padat...nanti mak story percutian dari hari pertama raya cina sampaila ke hari keempat...

Almost 9 tahun menjejakkan kaki di KL, sekarang baru berpeluang untuk singgah di Perpustakaan Negara dekat Jalan Tun Razak...tu pun dah lama janji dengan anak bujang, finally baru berhasil untuk bawa...
Lokasi library untuk anak-anak adalah dibahagian bawah bersebelahan dengan kafeteria...sangat mudah untuk dilihat semasa anda menghampiri pintu masuk utama bangunan library tersebut...Kasut perlu dibuka namun ada rak kasut disediakan...

Masa mak pergi bawa kedua-duanya, paking senang dapat dan tak ramai orang...kami sampai dalam jam 10.30 di sini...Bila masuk kawasan dalamnya, mak nampak banyak rak buku seperti dibawah...
Kalau tengok bahan bacaan yang terdapat di situ ada dari umur setahun ke 12 tahun..so nice...malah selain dari tempat membaca buku terdapat juga bahan interaktif seperti beberapa buah komputer dan kawasan menonton movie...

Kalau didalam library kita sering nampak tanda diarah senyap, namun di sini ada je anak-anak yang bising...so pada mak tak mengganggu pun..cuma kawasan dilarang bising ada pada kawasan library untuk golongan dewasa...

Antara buku yang dah mak pilih...

Dari hasil tangkapan yang dibuat, asyraaf mampu membaca sedikit demi sedikit terutama buku english...buku bahasa melayu dah boleh lari pecut sikit...yang adiknya memang merangkak lagi la kan...kenal huruf pun baru nak mula...

Tengok je la gelagat anak-anak membaca sebelum pergi bermain game di komputer yang disediakan... 
 
Sesuai untuk buat homework dihujung minggu sekiranya anak hendak berubah angin seketika...insya ALLAH will come back again...

:...Sesi Solat Bersama Abang...:

Monday, February 23, 2015 1 Comments A+ a-

Alhamdullilah mak happy dan syukur sangat-sangat...both of my kids dah boleh dengar kata untuk bersolat...satu kejayaan pada ibu bapa dalam mendidik anak-anak bab ilmu agama...nak kata berjaya 100% tu tak la...tp mak happy dan bersyukur gila dengan kurniaan dariNYA...

Walaupun masih kelaut solat dan mengajinya, but mak rasa is better than nothing...
Tok guru mengaji seperti biasa is my hubby...tq sayang...maafla isterimu tidak berapa bagus dalam bab mengajar quran or iqra ini...

Memandangkan anak-anak leka bermain dan kami dah settle solat, saja mak uji abangnya untuk jadi imam pada adik...boleh la adik follow walaupun tak berapa dengar pertuturan abangnya.. 
Syukur step solat dah mahir cuma tinggal nak menghafal ayat quran dan surah sahaja...apapun yang terbaik dari ALLAH dan kelemahan semua dari mak...mak dan ayah akan ajar yang terbaik untuk anak-anak...hope umur 10 tahun nanti tak perlu la mak memegang rotan untuk arahkan anak-anak kesayangan mak untuk bersolat... 

Syukur atas kurniaan dariMU YA ALLAH...AMIN.... ^-^ 

:... Ruginya... :

Sunday, February 08, 2015 3 Comments A+ a-

Hari tu mak berbelanja di Big Aeon dapat voucher cash rm8 tapi dapat tiga keping... so total rm24... mak dah ingat dah kena guna sebelum tarikh luputnya yang hanya diberikan dalam anggaran seminggu sahaja...

Ternyata memang mak rugi sebab hari ni 8 Feb 2015 baru mak jumpa voucher ni sedangkan tarikh luput 5 feb 2015... waaaaaaa  ;(( sangat rugi huhuhu

:... Diskusi Dua Beradik... :

Wednesday, February 04, 2015 1 Comments A+ a-

Entah apala yang dibincangkan di awal sesi persekolahan...seorang pening dengan kerja sekolah dan seorang lagi sibuk dok menulis huruf dalam buku latihan...

Semoga anak-anak mak menjadi insan yang berjaya dunia akhirat amin....

~~ Tabung AsyDhia ~~