:...Bowling Time...:

Monday, March 31, 2014 0 Comments A+ a-

First time ajak anak-anak main bowling...dulu masa mak join family day anjuran opis anak-anak tengok je main...so bila nak release tension, aktiviti ni bagus jugak walaupun balingan anak-anak masuk longkang...
 
Kabur pulak gambar balingan abang dia..tapi masing-masing teruja nak campak bola yang berat tu termasuk mak..nanti ayah cuti semester kita main baling-baling lagi ya...

:...Belajar Mencuci Kasut Sekolah...:

Thursday, March 20, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah dah masuk bulan ketiga anak mak bersekolah darjah satu baik sekolah agama mahupun sekolah kebangsaan...setakat ni hanya sekolah agama sahaja yang dah buat ujian dan mak dengar gosip-gosip dari mak-mak yang menunggu anak masa nak ambik my son sekolah petang dimaklumkan bulan empat akan ada exam...sekarang ni tengah spelling katanya...

Patutla dua tiga minggu ni mak dok dengar dia mengeja...maybe dah kena exam kot...apa pun mak doakan terbaik untuk semua anak-anak mak...Ok kita berbalik pada tajuk...dua minggu lepas merupakan hari pertama mak minta dia belajar basuh kasut sekolah...

Actually dia ada dua pasang tapi mak hanya benarkan pakai sepasang je untuk sesi pagi dan petang melainkan kena hujan...sebabnya mak pun malas nak basuh...memandangkan my son pernah cakap cikgu suruh belajar basuh kasut so mak pun suruh la dia...

Tempat basuh hanya di sinki dapur, guna berus sabut dan sabun basuh kain...mak ajar la dia tenyeh2, gosok2 termasuk tapak kasut hehhe...
Hasilnya boleh tengok kat gambar hujung tu...leh bezakan tak mana satu dia basuh dan mak basuh..

:Sekolah Ganti...:

Saturday, March 15, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah anak mak dah boleh cuti dua hari nanti masa raya puasa...so wait sekolah rendah kebangsaan pulak buat cuti ganti...pastu boleh plan cuti di kelantan yeeayyyyy :D...

p/s: mak kena puasa ganti jugak start this week huhuhu...no malas-malas 

:...Skodeng Anak..:

Tuesday, March 11, 2014 0 Comments A+ a-

Lepas kes kehilangan or diambil tu, mak dah my hubby dah nekad nak jumpa pengetua dia untuk bincangkan hal ni...tapi tak da rezeki nak jumpa pengetua, so jumpa penyelia petang je...jadila kan...so lepas dah story apa yang patut kami pun mulakan langkah jadi spy tak berbayar anak bujang sorang ni...

Rehat sekolah rendah kebangsaan dalam 3.15 petang...so kami ingatkan kami je yang skodeng anak rupanya ada lagi 2-4 parent buat benda yang sama...maybe anak-anak baru masuk 2 bulan bersekolah kot....Penat gak jadi spy nie...dah la panas terik cuaca lak macam berjerebu...

Bila tengok gelagat dia, rasa anak mak dah besar dah...dah semakin bijak, dah semakin pandai bergaul dan semakin pandai membeli...Memandangkan hari tu dia pakai baju sukan so duit ada dalam tracksuit dia...tengok je la gelagat dia..orang makan kat kantin dia makan kat pondok menunggu lak...
Balik sekolah cerita dia sama macam apa yang dilihat...dan untuk pertama kalinya bulan MAC ni...sekali lagi dompet dia tak ada...kali ni mak malas dah nak bising sebab mak rasa anak mak cuai dan mulai hari ni baik bawa bekal je la ye sayang...

:...Minggu Exam Sek Agama...:

Tuesday, March 11, 2014 0 Comments A+ a-

Minggu ni merupakan minggu exam pertama kali my son kat sekolah agama...Agak pening jugak nak mengajar mengikut subject yang diberi...mak mengaku bukan la pandai sangat bab agama tapi mak cuba.....

Ini subject yang perlu anak mak hadapi untuk tempoh tiga hari ni....
Bila balik sekolah dia cakap dia boleh buat...kalau betul alhamdullilah mak bersyukur kalau tak pun mak tetap bersyukur sebabnya baru 2 bulan belajar agama...nak lak tulisan semuanya jawi dan arab...
So malam ni mak kerah jugak untuk buat latihan walaupun mak tak tau esok soalan yang keluar macam mana..tapi at least mak dah usaha sikit dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan anak mak esok...amin....

:...Relaxing With Gintel...:

Tuesday, March 04, 2014 0 Comments A+ a-

Bila dah penat berjalan rehat kejab di ruang urut Gintel boleh melegakan kaki dan badan yang lenguh...tengok aje la gelagat dua beradik ni....tapi tak boleh selalu sebab tak sesuai untuk anak masih kecil....

~~ Tabung AsyDhia ~~