:...Lukisan Keempat-My Fish...:

Monday, April 29, 2013 0 Comments A+ a-

Last wednesday, my son bring this drawing from school...sebelum tu my son tanya "mak pandai ke lukis fish"..cam biasala kan sure mak jawab tahu...serentak dengan tu mak terbayang cara lukis ikan yang paling mudah mak buat...memandangkan anak bujang bertanya kat dalam kereta so tak kan nak lukis sambil memandu kan...mak pun cakap la nanti balik mak tunjukkan k..

Habis je cakap, my son pun serahkan lukisan ni....

My Son say " asyraaf dan pandai lukis, teacher ajar"....so ni lukisan keempat selepas dia lukisan rumah, raksasa jerung,kapalrumah dan orang....so setakat ni lukisan itu bukan sahaja terhasil di atas kertas tapi juga terhasil di atas dinding pada sabtu yang lepas...

^0^ Bila kalian berdua bergabung, mak dan ayah hanya mampu mengurut dada...syukur ada marah pun ada dengan keberanian dan kebolehan melukis anak-anak mak nie hehe ^0^

:...Sepakat membawa berkat...:

Saturday, April 27, 2013 0 Comments A+ a-

Orang cakap bila bergabung tu kerja yang dibuat semuanya akan menjadi mudah dan cepat. Kalau kerja bos pun suka, kalau bina rumah, rumah pun cepat siap...tapi kalau sama-sama bergabung tenaga di rumah akan menjadikan rumah cantik sentiasa....
Kerja dua beradik untuk hari ini...patutla senyap dari tadi rupanya kat rumah ada ikan besar kat dinding bilik huhuh...
Kepada sesiapa nak hiasan dinding ni silala hubungi saya ya...upah tidak mahal hanya ais krim atau mainan hahaha...
Nak marah tapi terpaksa tahan...once dah sekolah rendah and tadika sorang lagi ni barulah mak cat rumah huhhhu...

:...Learn ABC...:

Monday, April 15, 2013 1 Comments A+ a-

Dua tiga menjak nie my daughter kerap bukak tab and no more movie...bila tengok balik apa yang dia buat rupa-rupanya...
^0^ Semoga anak-anak mak dipermudahkan dalam pelajaran, dunia dan akhirat ameenn ^0^

:...Lukisan Ketiga...:

Friday, April 12, 2013 0 Comments A+ a-

Balik dari sekolah semalam, masa menanti mak datang ambik, my son diberikan aktiviti melukis oleh teacher dia...now my son dah pandai melukis walaupun sikit-sikit....Dan ini la hasilnya...
Ok mari mak terangkan setiap inci apa yang ada digambar ini...
1) Mewakili rumah..
2) Ultramen
3) Raksasa
4) Ayah raksasa
5) Keretapi
6) Kereta
7) Perang-perang

Kadang-kadang as mother sukar nak jangkakan apa la yang difikirkan oleh anak kecil ini...disaat ini imaginasi dia sangatlah diluar jangkaan dan kadang-kadang jawapan yang diberikan mengelirukan emak...tapi mak tahu anak mak sedang proses belajar...belajar sesuatu yang baru...dari imaginasi diterapkan ke atas kertas dan ini la hasilnya...

Tapi mak tetap teruja dengan hasil lukisan anak mak...satu proses learning yang ditunjukkan dengan emosi dari imaginasi macam lukisan pertama dan lukisan kedua ini...mana tahu one day anak mak jadi arkitek kan hehe...

^0^ pasni leh learn more lukisan yang terbaik macam ayah dia lukis dulu untuk aktiviti suka-suka ^0^

:...Mainan Pasir Berwarna...:

Tuesday, April 09, 2013 0 Comments A+ a-

Jumaat lepas my son bawa goodies bag birthday balik dari tadika...so dalam tu just ada mamee, air kotak, gula-gula dan satu stiker berserta pasir berwarna...actually mak tak pernah dedahkan anak mak pada mainan ini sebabnya...

1) Bila pasir sure la halus-haluskan nak pulak kalau kena handle sorang-sorang a.k.a merenyahkan... 
2) Kalau dimakan dek adik dia macam mana...maklumlah adiknya kecil lagi tapi akal besar...
3) Sangat renyah sebab mak tak suka nanti pasir tu berterabur...
4) Kena bukak satu persatu stiker tu untuk letak warna pasir tu...

Memandangkan dari dalam kereta dah diminta untuk bermain so hari tu mak mengalah untuk pastikan anak mak dapat buat benda nie...Permulaan mak lapik surat khabar dan bawa 6 bekas kecil dan 2 sudu kecil untuk my kids supaya tak berebut....6 bekas kecil tu nak letak 6 warna yg berbeza walaupun pasir warna tu sikit sahaja...

Pastu mak suruh dua beradik tu duduk diam-diam dan mak buka semua stiker yang ada dan suruh my kids tabur la ikut macam mana yang dia nak...mean that tak ikut langsung gambar yang diberi...

Lihatkan ketekunan my kids, mean mak boleh beli la benda ni kan...cuma nak menyimpan pasir-pasir tu yang mencabar sikit...dan macam biasa adik akan tunjuk lebih pandai dari abangnya dalam membuat sepah hahha...
Ketekunan nak letak warna merah pada kelopak bunga tu...one sight adik, another sight abang punya...
 Dan ini la hasilnya...hasil tangan kedua beradik dibantu oleh emak hehe...
^0^ ok dah siap, mak boleh masak pulak huhuh ^0^

:...Pan Heart From Sustagen...:

Sunday, April 07, 2013 2 Comments A+ a-

Alhamdullilah akhirnya rezeki mak dapat jugak apa yang diredeem hari tu...mula-mula mak redeem anmum dan berjaya mendapatkan hasilnya...terbaru mak redeem sustagen lak...dan hari rabu mak dapat surat dari pos office suruh ambik barang...
Hati mak dah berbunga-bunga ni sure barang yang mak redeem hari tu...so akibat tak sabar, mak pun ke pos office on thursday dan ambik barang ni....
Bila buka bungkusan...yaaayyy barang yang dipesan dah sampai...
Actually mak rasa teruja sangat...so tak sabar nak guna pan nie...basuh pan tu, letak minyak sikit dan masukkan telur sebiji...rupanya cabaran jugak nak jadikan dia bentuk hati walaupun pan ni dah beracuan hati....last-last telur ayam mak jadi macam kat bawah nie...tak kisah la janji ada ala-ala bentuk hati...tapi bila tangkap gambar, tak nampak lak lekuk hati tu...janji leh guna...
Rasa berbaloi beli susu sustagen ni walaupun lebih banyak keluar dari nilai hadiah nie...tapi mak suka sebab ada kenangan barang sustagen yang pastinya ada COP SUSTAGEN hehe..

^0^ pasni nak tengok Dutch Lady lak...kot-kot boleh redeem apa-apa sebab dah kumpul banyak bar code hehhe ^0^

:..Fesyen Rambut...:

Saturday, April 06, 2013 2 Comments A+ a-

Cuti sekolah last week, mak dah janji nak bawa anak-anak berjalan, so memandangkan my hubby tak boleh nak cuti so plan nak ke KB terbatal secara rasminya...so destinasi bertukar ke ipoh....alang-alang balik tu, mak ambik kesempatan mencantas rambut kami 4 beranak di satu kedai yang biasa mak potong rambut....

Hasil kerja amat-amat memuaskan dan harga sangat-sangat berbaloi berbanding di kedai ini hari tu...just cut sikit jer tapi harga macam potong banyak...agaknya itulah harga di KL nie berbanding di ipoh...

Hari nie, tetiba mak rindu sangat dengan gaya rambut my daughter nie...maklumlah my son fesyen rambut satu jenis jer like my hubby cut short dah settle...tapi bila anak perempuan, nak la simpan panjang sikit bagi nampak cantikkan...

Tengah belek-belek gambar dia dari kecik, mak tengok rupanya ada ikal sikit rambut my daughter...lepas je cukur abis masa baby dia naik macam gambar di bawah nie...waktu tu mak rasa sure dia ikut rambut mak...tapi alhamdullilah now mak tahu dia ikut rambut my hubby...

Waktu ni tak sure umur berapa bulan...bergaya dengan rambut yang ala-ala kerinting hehhe...
Rindu nak pakaikan dia cekak rambut...tapi sekarang kalau pakaikan tak sampai 1/2 jam dah dibukaknya...
Ini la rambut terakhir yang mak dapat tangkap...panjang dan tak mahu diikat...memandangkan my daughter tak mahu diikat maka dengan arahan my mom rambutnya beralih arah menjadi seperti gambar terakhir itu hehehe...
This is a new look of my daughter...short hair...bila dah berambut pendek nie, gelagat dia pulak yang panjang...tapi mak sayang semua anak mak...

^0^ now bila lihat dia berambut pendek, mak nampak dah macam sama dengan sepupu di klang and ipoh...but you still cute di hati mak ^0^

:...The Croods...:

Thursday, April 04, 2013 2 Comments A+ a-

Cuti sekolah yang lepas, my son request tengok wayang...mana dapat idea tengok wayang mak tak sure...penat jugak nak tau cerita apa la yang ada di panggung sebab mak bukan jenis kaki wayang...dan kebetulan tengok iklan tv nampak sedutan cerita Bola Kampung The Movie...terus lari-lari anak ke bilik bagitahu my hubby apa cerita yang boleh ditonton...

Memandangkan timing nak pergi tengok wayang tu my mom ada disini, so kami sefamily pun pergi ke Wangsa Walk...dekat dengan rumah dan paking pun senang...sampai je sana rupanya ada another story cartoon iaitu The Croods...
Bila suruh my son buat pilihan, dia pilih cerita nie...Tengok timing tayangan sangat cantik sebab kami sampai jam 3.00 petang dan waktu tayangan yang ada 3.20 petang...so tak payah nak wait lama terus tuju pergi beli tiket...tapi tempat duduk yang tinggal adalah baris ke-3 dari layar wayang...tapi ok la dari tak ada...nanti tak tunaikan kena tahan telinga lagi minta...(walaupun dia bukan jenis meminta yang kerap-kerap la)

Mula-mula story dipaparkan kenapa hanya family ini saja yang tinggal dan apa yang dibuat oleh family dia....tapi bila part dia mencari sarapan pagi yang tak boleh masuk diakal..hanya kerana sebiji telur burung (burung tu besar sangat dan telur dia pun besar)...family ni punya lasak sangat-sangatla best untuk hidup dan dapatkan sarapan pagi...the best part sebiji telur kongsi dengan semua ahli keluarga sebelum masuk semula ke gua dan tido hehe...semangat berkongsi dan berkorban untuk family...

Tapi anak perempuan dia sangat-sangat jenis nak ingin tahu...so banyak la keletah dan gelagat diorang sefamily untuk teruskan hidup...selebihnya sila ke panggung untuk melihat sendiri...grafiknya yang sangat-sangat cantik...dan secara jujurnya mak memang nangis bila part almost ending tu, touching...mak nangis dalam panggung hahaha....

Masa nak masuk wayang, sure la kena beli pop corn kan...so kebetulan ada satu gambar MONSTER INC. terus mak suruh my son bergambar kenangan...
Ni saat nak masuk panggung...masing-masing tak sabar dah...
Tapi bila wayang nak start, my daughter dah tutup mata takut hehe...
Abg dia relax jer...janji dapat tengok wayang hehe...

^0^ ...lepas ni kalau ada rezeki kita tengok bola kampung pulak k....ramai kata best...terbaik after cerita GENG Upin N Ipin...tapi anak mak kena study dulu la ya...^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~