:...Concert & Convocation Day Part 2...:

Wednesday, November 28, 2012 0 Comments A+ a-

Kita sambung part 2 pulak pasal concert & convo day k...so lps rehat dlm beberapa minit tu, majlis pun disambung dengan acara penyerahan sijil convo pada anak2 umur 6 thn...yang ni mak malas nak tgkp gmbr sebab anak mak tak terima pun lagi...so tahun dpn leh la tgkp gambar puas2 hehe...

Lepas acara tu majlis diteruskan lagi ngan choral speaking dari anak2 umur 6 thn...yg ni pun mak tak snap picture sbb tengah ralit main note ayah (chatting ngan kawan mak)...pastu baru la my son meneruskan persembahan dengan 5 currant buns...so watak dia sebagai pencerita jer tapi sebut ramai2 ngan kawan2 in english...walaupun pelat tapi mak kagum hhehe...
Sebelum majlis ditamatkan, anak2 ni pun membuat persembahan tarian...my son terlibat dgn tarian Anak Kg...kat rumah tak da praktis pun so bila lihat waaa...bagus2....ada 3 tarian kesemuanya...
1- anak kg
Sampai ternganga jugak la adik dia tgk abg dia menari hehe...
2-thug le (hindi song)
3-oppa gangnam style (korean song)
sangat2 terhibur dengan gelagat  anak2 nie...

Lepas acara tarian, majlis diteruskan dengan satu lagi role play - The Hare & The Tortoise...yg ni story dia pnjg...almost 15 minit br abis drama...tp sgt kagum ngan budak baju merah yg jd The Hare tu sbb english waaahhhh berabuk di hujung mulut...kagum2...berdoa my son pun mampu buat cmtu...
Penutup tirai majlis diakhiri dengan penyerahan sijil dan anugerah sepanjang tahun 2012...my son tak dpt apa2 anugerah pun...just happy sebab perkembangan selama 11 bulan belaja nie sangat2 membuatkan mak kagum dengan cara cikgu mengajar & penerimaan dia dlm dunia belajar...

So majlis abis pukul 1 petang dalam cuaca yg sejuk sbb hujan turun dengan lebatnya...mak n my hubby tak makan pun sbb ramai sangat orang...so lps majlis kami pun gerak alik...Tak sabar nak wait next year concert lak...nak tgk tarian apa n my son convo lak...insyallah semoga dipermudahkan semuanya olehNYA...cuti sekolah pun akan bermula tak lama lagi...so my son akan rehat 1 month sblm menempuh ke alam 6 thn ;)


^0^...macam tak percaya anak dah masuk 6 thn next year...^0^

:..Concert & Convocation Day Part 1...:

Wednesday, November 28, 2012 4 Comments A+ a-

Lamanya tak update blog…bukan sebab alasan bz tapi alasan talian internet yang tidak mengizinkan…rindunya nak cerita perihal anak-anak kat cni….

On first week this month, tadika my son adakan konsert & konvo day untuk anak-anak tadika bijak but convo for the 6 years…so sepanjang bulan Okt hari tu my son dapatla berlatih untuk beberapa acara konsert yang dia kena persembahkan…so this is a backdrop untuk majlis tersebut…so simple n nice…
Aturcara majlis dimulakan dengan aksi teakwando daripada anak2 tadika yang sangat2 bijak n aktif…nak tergelak jugak bila ada yang terlupa step…tapi sangat menghiburkan bila 2 anak dari umur 6 tahun melakukan aksi mengikut arahan daripada jurulatihnya (tali pinggang kuning)…walaupun agak ingat2 lupa namun semuanya berjaya dilakukan oleh mereka…kagum2 sbb mereka mampu ingat every single step dari mula sehinggala habis majlis…tahniah2…
Selepas acara teakwando…majlis diteruskan dengan nyanyian daripada anak2 yang mengikuti kelas Global Star (Chinese Reading & Writing Programme)…so kat cni my son nyanyi dalam 3 buah lagu sebelum diarahkan untuk memegang kertas bagi membolehkan anak2 berumur 6 thn membaca dan menjelaskan maksud dalam bahasa English…selepas persembahan tu anak2 yang mengikuti kelas akan diberi sijil penyertaan…so klau diingatkan kembali sepanjang tahun pertama persekolahan my son, dua kali dia bw balik kertas ujian mandarin…satu yang ini dan satu yang ini…
Lepas acara nyanyian lagu mandarin…anak2 membuat persembahan music pulak dengan bimbingan dari one group remaja nie…nama group tu tak tahu la pulak…so diorg pun susun anak2 ni & diberikan sorg satu alat music…bunyi permulaannya sgt2 la berterabur…lama2 baru ok…klau tak silap kelas music ada setiap minggu cuma tak pasti brp kali dlm seminggu tu…
Kemudian sebelum majlis tutup utk fasa 1, anak2 umur 6 tahun menyanyikan lagu nasyid yg sgt2 mendayu2...cute sgt2...good jobs pd mereka...
Time rehat ni la my daughter dah panas ponggong…nasib baik la ada playground kecik kat tepi tadika nie…so blh la hilangkan bosan dia….
Aduh panjang lg nak cerita…kita sambung part 2 pulak la k J

^0^  semoga sabar menanti sambunganya hehhe  ^0^

:...Peristiwa Menakutkan...:

Tuesday, November 27, 2012 2 Comments A+ a-

Last week on 24 Nov merupakan antara hari yang menyeronokkan dan menakutkan...semua berlaku serentak...pagi tu mak ada family day ngan group mak bekerja...so mood tentunya happy coz dpt berkumpul ngan semua org...dan paling menariknya mak berjaya dapatkan 1 hadiah untuk my son dlm acara mumia...cuma nnt je mak cerita k.. (masalah tak leh upload pic skrg nie...sbb katanya size dah penuh huhuhu)...

Dalam jam 2.00ptg cmtu majlis pun abis...yang mak ingat waktu tu masing-masing sibuk nak kemaskan barang nak balik & ada yang nak mandi...mak masih terbayang-bayang lagi saat tu mak bukakan balutan lolipop untuk anak2 mak...mak ingat lagi saat mak bagi pada anak perempuan mak...dan mak ingat lagi lepas tu mak kemas2 tikar dan suratkhabar...dan dalam sekelip mata juga benda ni berlaku...

My hubby ask mana anak perempuan mak...mak jd keliru pdhal dia ada time tu...tak sampai 5 minit semuanya berubah...jantung mak berhenti seketika...suasana mcm sunyi...semua budak2 mak nmpk sama jer...pdhal anak mak pakai baju warna hijau...terkaku seketika mak sementara ayah mencari sekeliling tapi tak jumpa...difikiran mak yg anak mak dah ke sg sendirian or maybe ikut orang...di fikiran my hubby pulak anak kesayangan dia dah kena kipnap...

TQ auntie farah n auntie hasni coz sudi tolong mencari smpai ke tepi sungai...sedangkan mak dah tak leh nak bergerak...mak ingatkan dia ikut auntie IDA tapi sangkaan mak meleset...alhamdullilah my hubby jumpa dia di playground tepi tu...alone dgn mulut berisi lolipop...betapa selambanya dia...tau tak dia erti takut or risau mak ayah nie...ternyata my daughter sgt2 berani...

Alhamdullilah tuhan pertemukan semula kami...klau andai kata tak jumpa hari tu...sure aku tak mampu nak teruskan perjuang ini...anugerah tak ternilai yang mak dpt tapi mak tak jaga elok2...sesungguhnya apa yg berlaku mungkin ada rahmatnya...



^0^  kpd anak mak...tolongla mak jugak yer...tanpa kalian rasanya baik tak payah mak teruskan diri ini...kalian la kekuatan mak...to awfiyah tolong la jgn buat lagi perangai tu yer...berani sungguh la seberani maksud mu huhuhu  ^0^

:...Rahsia Perangai Anak No 2 ...:

Tuesday, November 13, 2012 0 Comments A+ a-


Ok kita mulakan dengan ciri2 menyatakan yang anak no 2 ni anak yang manja dengan mak...tapi bila dibandingkan dengan my daughter dia agak rapat dengan ayah so andaian ini tidak boleh dipakai pada usia dia sekecil ini kerana kemanjaannya mengikut mood dia...tapi once dia datang mengada2 dia mmg dia akan manja ngan mak...

2) Dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ –
Yang ni mak boleh cakap yang my daughter mempunyai pendiriannya yang tersendiri...usia seawal ini mmg boleh nampak yang kadang-kadang apa yang dikatakan oleh parents tak boleh diterima terutama dalam sesuatu perkara yang dia nak...contohnya selagi tak bukak tv selagi tu dia akan mengamuk suruh bukak walaupun elektrik tak ada time tu (base on pengalaman ayah masa menjaga dia semasa demam jumaat lps huhuh)

3) Kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya-
Ciri ke tiga nie dia tak boleh nak di katakan lagi...tapi setakat ni kalau kemahuan dia nak mainan or tonton cerita kartun tak ditunaikan sure dia akan mengamuk dan kadang-kadang orang pun dia boleh gigit...betapa brutalnya anak dara mak nie..tapi bab tolong klau dia nak tolong insyallah dia akan tolong tapi klau dia rasa tak nak tu jgn harap la wlpn mulut ni membebel...

4) TAK PANDAI PUJUK –
Bab pujuk ni rasa mak n ayah yang main peranan lebih, dia kurang la kan...tapi one day ari tu mak ada nangis...tapi dia dok pujuk...terus hilang nak nangis...maybe besar dia pandai pujuk kot...cuma skrg ni tgk dia kuat mengamuk a.k.a mencubit orang...mangsa kejadian abg dia hehe

5) HITAM / PUTIH Apa yg dikatakan semua dipegang –
Yang ni kita wait dia besar dulu la baru tgk betul ker tidak...

6) HATI Anak no 2 ni juga nampak aje keras.tp hati dia lembut –
Hati dia mmg kental cikit...jatuh mcm mana pun dia kurang nangis...tapi klau marah sikit dia yang nangis...kadang-kadang buat2 nangis...air mata tak keluar pun...suara je lebih nak dapatkan simpati si ayah kot hehhe...

7) BERDIKARI Very independent –
Berdikari untuk budak umur 2 tahun sesuatu yang sukar diperkatakan...so mak wait besar ckit k...

8) mudah bergaul.very take care –
My daughter setakat ni mcm tak da masalah nak bergaul sebab bila dia nmpk je org lain or budak sure dia nak p cucuk budak tu...kadang-kadang terlebih peramah mak tengok sampaikan semua orang nak ditegurnya....

9) ARAHAN Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan –
Yang ni boleh dikatakan ikut mood tapi kebiasaannya susah...contoh bila dia terpacak depan tv comfirm payah nak suruh dia bergenjak sampai terpaksa bergaduh ngan dia...

10) lebih suka buat hal sendiri –
Errmmm...setakat ni anak2 mak semua suka buat hal sendiri dalam hal main...so mak boleh buat kerja rumah ngan aman damai tanpa gangguan diorg...bagus anak2 mak ;)

11) PEMAAF & CARING –
Ciri yang ni kena wait dia ada adik n dia dah besar...klau nak nilai umur sekarang ni macam tak adil pulak...

12) awas jangan bagi diorang marah –
Ciri terakhir nie mmg betul...klau my daughter marah sure abis semua orang dia marah, kejar, dah terbaru pandai tarik rambut abg dia hehe..

^0^ ... kebanyakkan ciri2 anak no 2 ada pada my daughter so after this mak n ayah kena kuat utk bentuk dia...hope perasaan marah dia tak bawa smpai ke besar ameenn...apa pun anak2 mak adalah permata hati terbaik mak & ayah...^0^

:..Rahsia Perwatakan Anak Sulung...:

Tuesday, November 13, 2012 11 Comments A+ a-


Not sure mak dapat info ni dari mana...tapi rasanya dari one of friend mak kat Fb atau pun page FB yang mak like...actually dah almost one month nak letak dalam blog nie tapi tak kesempatan...so hari ni curi-curi buat la hehehe...

Menurut sumber yang mak baca ni untuk perwatakan anak sulung...but tak semua anak sulung akan mempunyai perwatakan macam nie dari kecil hingga besar...jadi apa yang mak boleh buat adalah membuat perbandingan semasa my son masih kecil dengan perwatakan ini...

Rahsia Perangai Anak  Sulung :
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi adik-adik.  

Bila diperhatikan 
ciri-ciri anak sulung yang ada pada my son:

1) Sikap pelindung – 
Yup dia seorang yang pelindung pada adik kesayangan dia...terutama bila di luar kawasan rumah mcm dekat taman atau rumah pengasuh..tapi dirumah dia tak berapa sebab dia tahu mak & ayah pelindung kepada semuanya...
2) Suka bertolak ansur – 
Yang ni boleh dikatakan benar sebab kadang-kadang dia mengalah jugak dengan adiknya tapi tidak pada adik...apa yang abg ada sure dia kena ada, apa yg abg main sure dia pun nak even abgnya more give dari take sebab nanti mak bising hehehe...
3) Ego –
Yang nie susah nak cakap...ego bila dia rasa dia betul dan apa yang dia buat adalah benar...so mak, ayah n adik kena mengalah dengan dia...semakin dia dah sekolah nie lagi nmpk ego dia...klau dia ckp TIDAK tu sure kena wait until dia reda...makin di tekan makin dia ego...
 4) Sering berjaya dalam kehidupan – 
Yang ni mak kena tengok bila dia besar nanti..tapi base on apa yang cikgu dia ckp, dia ada potensi dalam kelas dia & dari segi my son cakap dia dapat no 3 dalam kelas...so yang ni mak tak berani nak berharap walaupun dalam hati berharap yang anak mak pandai (sapa yang tak nak anak pandaikan)...
5) Lebih pandai mengambil hati orang tua – 
Yang ni mak tak berani nak puji...tapi bila dia merajuk sure hati mak cepat-cepat nak pujuk dia walaupun tahu sepatutnya mak tak pujuk...tapi mak boleh puji dia rajin tolong mak ringan tulang orang cakap...walaupun merungut kadang-kadang tapi dia still membantu...TQ sayang mak...
6) Mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.- 
Tanggungjawab as a brother mak nampak di sini, tanggungjawab dalam belajar baru separuh yang mak nampak, tanggungjawab sebagai anak tu nanti besar baru mak update k..

^0^ ... Ok nanti kita tengok pulak ciri-ciri anak no 2 yang ada pada my daughter pulak...maklumla mak ada 2 je pemata hati hehe...^0^

:..Lukisan Zaman Batu...:

Monday, November 12, 2012 2 Comments A+ a-


Ingatkan zaman moden ni dah tak da lukisan zaman batu rupanya ada lagi erk...cuma kali ni bukan dekat GUA tapi dekat bilik anak bujang mak...actually dah lama lukisan nie...sejak raya posa hari tu lagi...tapi mak tak sempat nak snap & maklumkan pada BFF mak pasal lukisan zaman batu nie...

Actually my son dah maklumkan ni hasil lukisan dua budak yang baru kenal sekolah nie...nak tanya lebih2 pun buat sakit hati jer sebab lukisan zaman batu nie semakin banyak di dinding-dinding sekeliling bilik mahupun lorong menuju ke bilik...
So nak terang lebih lanjut pasal lukisan ni pun mak keliru..yang tahu ada pokok, ada orang dengan perut bulat dia ada tranformer lagi hehee...so nak tahu sapa budak dua orang tu...ni la budak tu...hope jadi kawan baik selamanya...
0^  semoga dua kawan baik ni akan kekal menjadi kawan baik dan semoga berjaya dalam pelajaran dan kehidupan...yang paling penting NO MORE lukisan zaman batu ok hehhee  ^0^

:..Main Masak-Masak...:

Monday, November 12, 2012 0 Comments A+ a-

Bila mak sibuk memasak di dapur...anak-anak pulak sibuk memasak di dalam bilik sambil temankan my hubby iron baju...huhuhu
Mari masak tomato bersama anggur...tu dia chef asyraaf bersama pembantunya awfiyah...tah apa la yang diorang masakkan...bila ditanya buat apa, my son cakap main mak-mak...cmner erk dia boleh tahu sedangkan ni first time dia main...sebab sebelum ni tak pernah belikan mainan nie...tapi x pe la layankan je la gelagat diorg nie..
Ingatkan dah abis masak tengahari tadi rupanya bersambung ke malam hari pulak...kali ni kat ruang tamu...bukan main lagi dua beradik nie erk...
Smbil masak pun tak lekang bantal busuk dia...my daughter lak konon-konon tgh minum air heheh...apa je la anak mak dua orang nie...time baik ni la kelakuannya hehee...


^0^  sempat pulak tanya mak nak mkn apa...bila tny masak apa...my son said masak telur hahahaha  ^0^

:...Smart Tab Android...:

Friday, November 09, 2012 20 Comments A+ a-

Untuk membantu my hubby dalam cita-cita untuk berniaga...so me as a wife akan mengiklan kan 1 produk baik punya from taiwan iaitu SMART TAB ANDROID...OS dia adalah ice cream sandwich...kat sini kami tawarkan dalam 3 jenis pilihan iaitu

Pilihan pertama:

Untuk pilihan ni sekiranya ada yang berminat untuk membeli smart tab android sahaja termasuk free set yang dipaparkan seperti digambar di atas...untuk harga ini ia tidak termasuk dengan casing...

Pilihan Kedua:
Untuk pilihan kedua ini pula ia merangkumi smart tab android bersama casing biasa termasuk free set yang dipaparkan seperti digambar di atas...

Pilihan Ketiga:
Untuk pilihan ketiga sekiranya ada yang berminat ia merangkumi smart tab android termasuk free set yang dipaparkan seperti digambar tersebut beserta speacial casing pilihan samaada casing yang mempunya keyboard (gambar warna hitam) atau casing yang mempunyai speaker (gambar berwarna kuning)...

Sekiranya memerlukan penghantaran barangan dibuat, pada yang berminat sebahagian daripada kos penghantaran perlula ditanggung oleh anda....Smart Tab Android ini juga mempunyai beberapa pilihan warna seperti pink, putih, hitam, kuning dan merah...namun pilihan ini bergantung kepada stok yang ada....

Sekiranya ada yang berminat atau sebarang pertanyaan boleh email kami di zadorra@gmail.com atau amranmadya@gmail.com... 

* harga tertakluk kepada perubahan pasaran dan stok yang ada...terima kasih


^0^  cepat-cepat sementara stok masih ada... ^0^

...Alhamdullilah rezeki my daughter...:

Friday, November 09, 2012 2 Comments A+ a-

Alhamdullilah akhirnya bulan NOV kunjung tiba...walaupun masih byk kerja di opis tak siap lagi tapi kehidupan perlu diteruskan...bulan ni terlalu banyak yang nak diupdatekan tapi kita mulakan cerita dengan kedatangan benda nie pada 9 nov kul 7.30 mlm td hehhe....
Kedatangan untuk kali ke-2 tapi pertama kali redeem untuk my second baby...walaupun ada komen-komen yang mengatakan redeem ni lambat & ada yang tak dapat macam kisah di sini....namun alhamdullilah jika ada rezeki insyallah akan sampai juga ke rumah...

My hubby dah kecoh-kecoh tanya apa benda yang dapat & me of course senyum lebar sebab dah tau akan dapat benda nie... 
Yeeepeee...rezeki my daughter dan kebetulan stok susu dia pun dah abis...so kedatangan susu percuma nie macam bonus for me untuk jadikan stok before p beli hujung minggu nie nanti...apa pun tq sangat2 anmum for this redeem....


^0^  so skrg tgh gagah menyimpan lg hujung pencedok utk dihantar lagi sementara stok masih ada hahaha...^0^

~~ Tabung AsyDhia ~~